"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, April 29, 2014

PERSIMPANGAN SEKALI LAGI

Salam kepada semua pembaca,

Malam tadi anak anak aku demam panas. Batuk juga selsema. Banyak berjaga. Dan aku jadi cemas sepertimana seorang ayah yang cemas melihat anak anaknya kesakitan. Jadi malam tadi aku tak sempat buka blog dan facebook. Baru ni dapat buka. Dan aku tersenyum sendirian melihat komen komen pedas yang dilemparkan kepada aku. Termasuklah komen komen yang menyerang peribadi.

Dalam blog dan facebook aku, aku tidak menamakan individu, dan aku tidak menyerang keperibadian individu. Kalau kita bertelagah pendapat berkenaan strategi, polisi dan pelaksanaan polisi, maka ini adalah normal. Bila kita menyerang peribadi seseorang, maka.... aku fikir kita semua tahu setakat mana kita boleh nilai peribadi orang yang menyerang. 

Aku harap kita semua tidak akan memilih jalan 'character assassination' atau 'character undermining'. 

Baik. Isu asasnya ialah Pondok Tanjung. Aku menyatakan 'ketakutan' aku yang pengurusan ketiga akan menjadikan ianya sebagai ladang import besar besaran yang berlawanan dengan tujuan asal Pondok Tanjung. 

Dan aku juga fikir, sepatutnya pengurusan kedua diberi peluang dan diberi lebih masa untuk memulihkan projek tersebut. Mereka telah melabur jumlah yang banyak menggunakan dana mereka sendiri. 

Dan program mereka adalah jelas untuk pembiakan. Semasa aku melawat mereka adalah cerah kepada aku yang program pembiakan bakal menjadi paksi. Import import telah pun berhenti, dan dalam proses 'recovery' daripada kesilapan pengurusan pertama yang lalu. Dan untuk pengetahuan, pengurusan kedua adalah sebangsa seagama dengan pengurusan ketiga.

Dan aku juga fikir, taktik taktik pengurusan ketiga beserta badan yang menyelia, dalam mengeluarkan atau 'eject' pengurusan kedua, adalah cara yang kurang hormat. Tidak sepatutnya digunakan cara sebegitu.

Dan dalam masa yang sama, aku juga sedar, sebagaimana aku mendengar bagaimana pengurusan pertama dan kedua menceritakan hujah masing masing, aku juga kena mendengar hujah hujah daripada pengurusan ketiga. Demi mendapatkan gambaran yang lebih adil.

Dan aku juga sedar, nampaknya aku dijadikan salah satu instrumen untuk membentuk persepsi, oleh kesemua pengurusan. Dari yang pertama hinggalah yang ketiga.

Apa pun, aku tahu aku kena melawat sekali lagi Pondok Tanjung dibawah pengurusan baru ini, sebagaimana yang aku lakukan terhadap pengurusan pertama dan kedua.

*Sebenarnya pengurusan ketiga dah pun kenal aku, tapi tak perasan kot. Dalam mesyuarat halatuju industri dengan JPV federal tahun sudah. Pengurusan ketiga duduk belah kanan aku. Pengurusan kedua duduk belah kiri aku.

Dan aku tak sangka yang suatu hari nanti, kita semua akan bersilang jalan sekali lagi. 

Salam!





4 comments:

  1. Apa sebenarnya kemah keming? Minta pencerahan. TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik maksudnya.... Sorryberbahasa salah tempat

      Delete
  2. Loghat Terengganu tue yob... Kemah Keming = Mantap/Terbaek!

    ReplyDelete