"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, April 3, 2014

GENGSTER BUAT AKU RISAU

This is not racial profiling.

Semalam, pukul 11.30 pagi, aku menerima kedatangan mengejut sekumpulan budak muda India dari tempat berdekatan. Gengster style. Empat orang. Bawak lori enam tayar. Kosong.

Aku rasa lain macam bila diorang dok panggil panggil aku datang ke pintu pagar. Katanya nak beli kambing. Nak potong buat sembahyang keesokannya. Seekor aje. Tak nak yang besar. Kecik aje katanya.

Aku tanya diorang nak angkat kambing la ni jugak ke? Jawabnya ye.

Aku pun bawak diorang ke kandang sambil sambil cuba ingat ingat kat mana pernah nampak geng budak muda ni. Bila aku tanya diorang dari mana, dan bila dijawabnya dari sebuah tempat berdekatan, aku jadi makin saspen, sebab aku tahu reputasi tempat tu sebagai teluk pencuri dan penyamun.

Aku timbang dua ekor jantan. Alih alih katanya takde duit nak bayar. Kena pergi bank dulu, petang pukul 5 baru datang balik ambik kambing.

ah sudah, tadi kata nak angkat terus kambing. Siap datang dengan lori kosong. Apakehal plak u turn cakap takde duit?

Saja saja datang buat reconnaissance mission kat ladang aku ke?

Aku memang tak sedap hati. Kena pula bulan 4. Tahun sudah pun bulan 4 juga aku diuji. Memang rasa lain macam sungguh.

Terus aku arahkan para pekerja aku buat preparation. Pasang telinga. Jaga jaga.

Apa apa hal pun, aku tahu aku kena bergantung kepada Tuhan. Minta pertolongan, dan perlindungan daripada Nya. Sekiranya aku diuji juga, maknanya ujian tersebut untuk mengingatkan aku agar kembali kepadaNya, dan menghapuskan dosa dosa aku yang sememangnya banyak bertimbun timbun.

Wahai Tuhan Maha Pelindung, Engkaulah sebaik sebaik Pelindung, dan aku memohon perlindunganMu.

Tiada lagi Pelindung yang lebih baik daripadaMu.

Amin.



2 comments:

  1. Tak tahu nak cakap ape dah ngan orang jahat ni.Hanya Allah saja yang tahu dan Maha Pelindung dari apa2perkara dilangit dan di bumi.BISMILLAAHILLAZI LAA YADHURRUMA ASMIHII SYAI UN FIL ARDHI WALAA FISSAMAA IWAHUWASSAMII UL ALIIM.3xlepas Maghrib dan Subuh.Tolong perbetulkan bacaan doa ini ngan mana2 ustaz.

    ReplyDelete
  2. Nak tanya farm kat mana? I nak bela kambing for susu susah tak? Baru dapat tanah....

    ReplyDelete