"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, June 30, 2014

KAMBING TERNAK, BUKANNYA KAMBING LIAR

Ada pembaca tegar blog yang minta aku baca Surah AnNahl. Spesifiknya ayat 5 dan 6. Terima kasih aku ucapkan kepada pembaca tersebut.

Mari saksikan ayat ke 5 surah AnNahl. Terjemahannya :

(And the grazing livestock He has created for you; in them is warmth and [numerous] benefits, and from them you eat.)

(Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain; dan daripadanya juga kamu makan.)

Baik. Kita dapat saksikan yang Tuhan maklumkan sesungguhnya Tuhan ciptakan dan tundukkan binatang ternak khusus untuk kegunaan kita. Tuhan tak maklumkan atau galakkan kita umat manusia (utamanya umat yang menerima Alquran) untuk makan binatang liar. 

Kalau kita buat carian dalam Kalamullah, memang banyak sekali ayat yang merujuk kepada binatang ternak dan manfaatnya untuk manusia. Berkenaan binatang buruan ada dimaklumkan dalam surah AlHaj dimana sesiapa yang sedang berihram langsung tak boleh berburu. Kalau dilanggar larangan ini, maka kena dam atau ganti dengan binatang ternak yang sama nilainya. 

Haaa.... memang nampak sangat betapa bernilainya binatang ternak berbanding binatang liar untuk umat manusia. Dilebihkan dimuliakan ditinggikan binatang ternak berbanding binatang liar untuk umat manusia.

Para rasul pun semuanya adalah penternak. Mereka menjadi contoh, dan ingatan,  untuk kita agar makan kambing yang diternak. Bukannya kambing liar.

Jadi, kenapa kambing feral australia menjadi pilihan utama untuk upacara aqiqah dan korban rakyat Malaysia? Tak sepatutnya.

Kebanyakan pelanggan memang tak tahulah hal ini, tetapi kita sebagai penternak - TAK BOLEH SEMBUNYIKAN KEBENARAN. Kita tahu hakikat ini, ke kita buat buat tak tahu? Atau betul betul tak tahu?

Buta?

Penternak australia sendiri pun tak mahu bela dan makan kambing feral yang perosak ini. Kambing sampah bagi diorang. Sanggup diorang bersusah payah  import genetik boer dari afrika selatan. Siap 10 tahun kuarantin lagi. Payah punya kerja. Tapi penternak kambing australia yang kebanyakannya Yahudi atau ahli Kitab sanggup buat begitu. 

Yaa... mereka sendiri bersusah payah menternak dan membiak kambing. Kambing feral yang bersepah sepah dalam negeri mereka - mereka buat dunno. Biarlah orang negeri lain yang makan. Biarlah orang agama lain yang makan.

Malangnya kita umat Islam jadi mangsa. Kita diperdaya untuk import dan makan kambing feral. Kita jadi pasaran paling lucrative, pasaran paling mahsyuk, pasaran no 1 dunia untuk kambing liar australia. 

Inilah padahnya bila kita umat Islam meninggalkan AlQuran. Hati kita buta. Kita tak nampak kebenaran. Kita berkeras dengan kepalsuan. 

Kita hanya nampak... duit segera. Habih kita ditipu bulat bulat oleh orang kafir. Lena dibuai dongeng mereka.. 

Orait. Sekadar renungan bulan puasa ni..... 

Assalamualaikum!

Feral goat. Wild goat. Slow growth rate. Low carcass yield. 








Sunday, June 29, 2014

DITERJAH RAKAN PEMBIAK : TAJ

Baru baru ni aku diterjah seorang rakan pembiak dari Bandar Baru Bangi seksyen 8. Prof Dr Tajul Anuar Jamaludin. TAJ. Atau Dr Tajul.

Dr Tajul adalah geologis di UKM. Selalu keluar TV utamanya Astro bila wujud peristiwa tanah runtuh di seluruh Malaysia. Aku pernah sampai kandang dia, yang terletak dalam tanah rizab, bawah line api TNB, dikelilingi rumah teres.  

Ada tanah. Ada orang. Ada.... dengki.

Banyak komplen dan 'harrassment' yang diterima - daripada orang yang sama. Sama yang terjadi kepada seorang lagi kawan pembiak aku dari Bangi. Asyik kena komplen walhal dari segi indeks pencemaran bau, sahih takde. Yang peliknya yang komplen ni - orang 'educated'. Sepatutnya orang terpelajar ni tahulah asal usul makanan yang terhidang atas meja dia tu dari mana. 

Takkan makanan muncul dari kilang yang bersih bersih? Kan makanan tumbuh dari tanah yang kotor?

Crazy idiot punya orang. Tak nampak realiti pengeluaran makanan. Takkan semua tanah hanya untuk perumahan atau kedai  atau taman rekreasi ye tak? 

Yang aku nampak akan wujud satu orang dalam mana mana kawasan perumahan yang akan bantai kita sampai kita tutup kandang. Dia sorang aje. Orang lain takde masalah pun. Tapi dia sorang ni lah, akan 'berjihad' guna apa sahaja cara sampai lemas kita dibuatnya. Biarlah super hygienic lima bintang world class sekali pun ladang kita, mamat sorang ni tetap tak puas hati. Itulah pengalaman rakan rakan pembiak yang buat kandang berhampiran kawasan perumahan. 

Sentiasa wujud si 'lunatic' yang cukup anti dengan kambing kita. Obses nak 'shutdown' kita punya operasi. Dumb ass idiot....

Ok. Balik kepada terjahan Dr Tajul. Sorry tuan puan. Aku kurang kafein bulan puasa ni. Jadi otak aku tak berapa tenang. Dr Tajul datang dengan anaknya Tajul Aiman. Kepada Tajul Asyraf yang tak dapat datang kerana gilirannya menjaga kambing - Salam sejahtera! Tahniah atas disiplin anda!

So Dr Tajul sekarang tengah buat relocation ladang. Dari Bangi pindah ke Tanjung Tualang pekan udang galah. Tengah rancak buat kandang. Besar juga weh! 30'x100'. Memang nak buat secara serius. Anaknya Tajul Asyraf lulusan Sains Penternakan dah buat keputusan nak jadi penternak kambing sepenuh masa. Bagus bagus! Lagi muda start bela kambing, lagi cerah masa depan industri.

Dr Tajul sebenarnya selari pendapat dengan aku. Kitorang percaya dengan potensi genetik tempatan. Tuhan dah jadikan setiap tempat ada penghuni dan kelebihan masing masing. Dan kelebihan ini sepatutnya digunakan sebaik baiknya, bukan dibiarkan atau disembunyikan kebenarannya. Negeri lain ada boer yang cepat naik berat, kita pula ada kacang yang cepat kadar beranaknya. Negeri lain ada ginseng, kita pula ada tongkat ali. Dan seterusnya....

Apa yang pentig ialah genetik tempatan mesti dihargai, sentiasa giat dikaji, dan menjadi tunjang dalam proses pengeluaran makanan. Mesti ada usaha pemeliharaan. Mesti ada pemuliharaan. Mesti ada kesedaran ini bagi setiap peladang, dan policy maker, dan pelaksana polisi, yang ingin menyahut cabaran meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara.

Ok. Kambing Dr Tajul sekarang sedang membiak elok. Semuanya genetik tempatan. Harapnya dengan relokasi ini, usaha ternaknya semakin bertambah baik. Makin berkembang biak. Kita semua doakan yang terbaik buat usaha beliau. 

Terima kasih kepada Dr Tajul kerana melawat ladang aku!


Saturday, June 28, 2014

DITERJAH SEPUPU : SHAHRUL

Itu hari Adil Lalah River Goat Farm cerita pasal BNI Solusi. Sebuah group usahawan berpengalaman dan muda muda. Dan Adil jumpa sepupu aku, Shahrul dalam meeting tersebut. Tak lama lepas tu, Shahrul balik kampung di Teluk Intan. Jenguk nenek. Dan ada business meeting. Sempat lah menyinggah ladang aku.

Aku tak panggil Shahrul. Ada nama timangan. Tapi kat sini tulis Shahrul. So Shahrul sekarang uruskan pest control company. Ada lebih 100 pekerja. Kontrak sana sini. Good for him.

Masa lawatan itu hari, Shahrul banyak bertukar tukar pandangan bisnes dengan aku. Thanks man!


DOG ATTACK

Aku ingat aku dah terbitkan 'territory dominance'. Aku ingat dah takde anjing feral berani serang kambing aku. Rupanya 'status quo' kita akan dicabar dan diceroboh. Senantiasa. 

Anak kambing aku yang baru belajar meragut kena gigit anjing feral. Terkebil kebil tercegat tak tahu apa nak buat bila gerombolan anjing feral menyerang.  Alhamdulillah takde luka teruk. Anjing yang menyerang 'selesai' dikerjakan gembala aku.

Biasanya untuk luka digigit anjing, aku guna penicilin. Inject, dan pada luka. Tapi dah lama takde stok. Terramycin LA je yang ada. Bolehlah..

Trauma. Bagi ubat. Minum air. Bagi dedak. Besok besok tak payahlah ikut meragut. Slow reaction time ko ni.. matrix reloaded lah sikit..

TERIMA KASIH

Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan rakan yang meberikan sokongan dan kata kata semangat saat moral aku jatuh berdebuk. Terima kasih sekali lagi.

Berkenaan isu kambing trading yang kurang kualiti itu hari, aku dah setuju untuk sponsor dua ekor kambing kepada masjid atau surau kariah mereka untuk bulan puasa ini. Kambing keluaran ladang aku sendiri. Jadi kalau diukur dari segi kewangan, aku memang rugi untuk transaksi trading. Tapi dari segi moral dan penjagaan hati pelanggan tetap, itulah jalannya nak menaikkan moral aku dan customer.

Terima kasih kepada yang bagi cadangan sponsor kambing untuk mereka bulan puasa ini.


Thank you everybody!

Friday, June 27, 2014

KITA UMAT PENTERNAK, KITA UMAT PETANI

Itulah kita umat manusia.
___________________________

Aku terpikir kenapa Habil tak mahu memburu binatang liar untuk dijadikan makanan, sebaliknya bersusah payah belajar menternak kambing. Ini adalah misteri. Sangat misteri.

Biasanya anak akan ikut apa yang dibuat si bapa, apalagi ketika suasana genting manusia baru nak membiak sebaik diturunkan ke muka bumi. Apa yang dibuat Habil adalah sangat 'revolutionary', sangat misteri. Sangat sangat menghairankan. Completely stupefying.

Ok. Berdasarkan sejarah manusia (bagi sesiapa yang kurang arif), didapati aktiviti penternakan adalah aktiviti pertama manusia. Lebih kurang 11,000-12,000 tahun yang dulu. Kemudian bukti aktiviti pertanian ditemui dalam tamadun pertama di Sumeria 10,000 tahun yang dulu.

In that order.

Ternakan dulu, baru bercucuk tanam. Bukannya bercucuk tanam dulu, kemudiannya menternak. Kena ingat baik baik ni.

Maknanya Tuhan ilhamkan kepada Habil untuk menternak kambing. Membiakkan kambing. Dan Tuhan memudahkan proses penternakan itu dengan menundukkan kambing. Kenapa?

Sebabnya... salah satu...

Aktiviti penternakan diikuti bercucuk tanam adalah asas kepada pembinaan tamadun. Ye tamadun dibina oleh mereka yang menetap di sesuatu tempat. Bermula dengan penempatan kecil yang berkembang menjadi perkampungan kemudiannya pekan dan kemudiannya bandar. Dan penempatan hanya muncul apabila wujud penternak dan petani.

Para hominid sebelum kita seperti Cro Magnon dan Neanderthal adalah 'hunter gatherer'. Mereka memburu binatang liar sebagai makanan. Kehidupan mereka adalah nomad. Mereka sentiasa bergerak mengikut pergerakan binatang buruan mereka. Dalam keadaan ini tahap penempatan terbesar yang mampu dicapai hanyalah perkampungan.

Tetapi kita berbeza. Kita adalah manusia. Kita adalah anak cucu Adam dan Hawa. Kita bukan berasal dari Bumi. Kita berasal dari luar Bumi.

Tuhan mahu kita, manusia, menternak dan bercucuk tanam agar kita dapat bina tamadun. Agar suatu hari nanti ketamadunan kita dapat bergerak ke luar Bumi. Atau sekurang kurangnya menghasilkan instrumen yang dapat memerhati dan mengkaji apa yang ada di luar Bumi.

Agar kita dapat memburu tanda tanda kebesaran Tuhan.

Agar kita dapat memburu tempat asal kita.

Syurga.

Tuhan mahu kita cari dimana Dia dan dari mana asal kita. Kita tak akan jumpa zatNya tapi pemburuan kita, kembara kita, yang didorong rasa ingin tahu yang meluap luap akan asal usul diri kita - pastinya, akan berjumpa sekian banyak tanda tanda kebesaranNya DAN kebenaran KalamNya.

Dan ini semua bermula bilamana Tuhan ilhamkan Habil untuk membiakkan kambing. Menternak. Mengembala. Jalan Habil adalah batu asas untuk keturunan Adam dan Hawa mencari jalan pulang. Asal kita.

Tuhan tak ilhamkan Habil untuk memburu binatang liar. Tidak tidak tidak. Sekarang aku nampak betapa pentingnya usaha berternak dan bertani bagi umat manusia. Sumber makanan kita adalah binatang yang diternak dan tumbuhan yang dicucuk ditanam.

Kita adalah penternak. Kita adalah petani. Kita mesti menternak. Kita mesti bertani. Kita adalah umat penternak kita adalah umat petani.

Barulah kita dapat membina tamadun. Itulah... yang membezakan kita dengan makhluk makhluk penghuni bumi sebelum ini.

Kita bukan Neanderthal. Kita bukan Cro Magnon. Kita bukan asal mawas. Kita bukan hunter gatherer. Kita bukan makan binatang liar. Kita bukan makan kambing liar. Kita bukan makan lembu liar.

Tetapi kita menternak dan bertani. Kita makan kambing dan lembu yang diternak. Kita makan gandum beras jagung yang ditanam. Itulah kita. Itulah manusia. Itulah keturunan Adam dan Hawa.

Umat penternak. Umat petani.


Selamat berfikir!

Saturday, June 21, 2014

CUSTOMER TAK PUAS HATI

Aku berat hati. Berat sangat nak menulis. Kerana aku akan mendedahkan kelemahan dan kepincangan yang aku lakukan hari ini. Tapi aku sedar aku tak boleh menyembunyikan kebenaran. Kerana jika aku sembunyikan kebenaran itu, bermakna aku menyumbang kepada kerosakan industri.

Harap kita semua jadikan kesalahan yang aku lakukan sebagai pedoman.

Baik, hari ini aku jual enam ekor kambing jantan. Runcit. Bukannya borong. Dan semua enam ekor kambing ini bukan kambing aku.

Aku trade. Aku beli kambing orang lain sehari sebelum, dan aku jual keesokannya. Hari inilah. Untung aku tak banyak. Ciput. Tapi masih berbaloi sebab simpan sekejap aje. Dan supplier tersebut siap hantar sampai ladang aku tanpa kos transport.

I thought this is an excellent piece of business. Easy. No sweat. Fast buck.

Tapi aku silap. Kerana sebaik sahaja enam ekor kambing ini disembelih dan dilapah diladang aku - aku mula nampak realiti. Pahit. Aku diam.

Seorang pelanggan tetap mula bersuara - 'Wi, kambing ni banyak lemaklah. Bukan karakter kambing ko'.

Aku mula rasa sangat tak selesa. Aku nampak lemak memang banyak, dan kekuningan. Aku cemas. Aku berpeluh peluh. Aku langsung takde mood nak berbual dengan 13 pelanggan dihadapan aku. Aku lari dari mereka. Nafas aku jadi pendek. Aku pikir aku kena 'anxiety attack'.

Dan semua duit yang aku dapat hari ini tidak dapat menggembirakan aku walau sedikit pun. Aku langsung tak gembira. Aku langsung tak boleh senyum. Aku pikir aku telah gagal menjadi penternak kambing.

Selama ini aku memiliki reputasi menghasilkan karkas kambing jantan yang berkualiti - daging banyak, merah, juicy, 'very little fat', dan sedikit lemak yang ada berwarna putih. Dalam erti kata lain, kambing aku sedap. Kaw. Satisfying..

Tapi bila terpacul aje ayat 'tak puas hati' dari customer - moral aku terus pecah berderai. Ranap menyembah bumi. Aku rasa aku 'worthless'. Aku tak layak menternak kambing lagi. Aku rasa ... sakit dan pedih.

Bila diorang balik, aku termenung panjang. Langkah aku longlai balik ke rumah. Aku mandi. Tunduk. Lama. Dengan harapan 'shower' yang lama itu dapat membasuh dan menghilangkan sedikit kesakitan yang aku alami.

Tidak. Tidak berkurang sedikit pun.

Aku tetap rasa gagal. Pedih. Bersalah.

'Defeated'.
____________________________

Aku kena nilai semula program 'trading' aku. Baru start, tapi dah banyak masalah. Kalau nak teruskan juga, kena buat quality control.
Tak boleh main sembrono aje.

Habih punah reputasi aku. My reputation is in tatters. A mess.

Tak boleh tak boleh macam ni.

Lepas ni aku kena source dari mereka yang sama style dengan aku. Yang buat sepertimana yang aku buat. Gembala. Dan bila sampai bab menggemukkan kambing kambing jantan - buat style breedlot dan ransum kambing ada bijirin/grains.

Tuan puan penternak kambing,

PLEASE PLEASE PLEASE bila gemukkan kambing jantan PASTIKAN PASTIKAN PASTIKAN campuran dedak yang digunakan - kadar bijirin ialah sekurang kurangnya 30% untuk menghasilkan karkas yang berkualiti yang ada ooommmphh. Baru ada wow factor. Baru customer terangkat bila makan kambing kita.

Jangan guna kernel/pkc/pke 100% untuk penggemukan kambing jantan kita. Damn it! Bagi kambing makan kernel + molasses adlibitum - memang gemuk kawan tu TAPI karkas hampeh!

Pusinglah rangsum dedak kambing tu macam mana sekalipun REALITINYA karbohidrat adalah kunci untuk karkas berkualiti. Mesti ada karbohidrat. Mesti ada bijirin. Baru lemak masuk ke dalam daging, bukannya pergi ke luar daging.

Benda ni dah ribu ribu tahun dibuat. Semenjak zaman Mesir Firaun lagi. Lebih 4,000 tahun yang sudah. Memang terbukti. Memang sahih. Bila nak gemukkan kambing atau lembu - guna bijirin. It works!

Ruminan cepat gemuk, dan daging sedap. Very basic technique. Very successful technique. Pedulikan segala macam suplemen high protein atau teknik itu teknik ini.

Just.... simply go for grains. Period.
_________________________

I'm in pain. Now I'm in anger.

Aku harap bila aku menulis post ini, aku dapat kurangkan kesakitan dan kemarahan yang bersarang dalam jiwa aku sekarang ini.

Aku minta maaf kepada tuan puan pembaca rakan rakan penternak sekalian jika ada yang rasa tersinggung. I am sorry.

Terima kasih kerana sudi membaca rintihan aku ini.


Selamat membiak.

THE RELUCTANT HOMEMAKER

Hollywood ada 'The Reluctant Fundamentalist'. Aku ada, dan ialah, 'The Reluctant Homemaker'.
______________________

Bini aku mabuk mabuk. Tak larat. Tak maya. Selepek. Betul betul selepek.

Jadi dengan 'rasa yang tak berapa ringan', aku ambik alih tugas dia. Pagi pagi dah bangun, siapkan sarapan, mandikan dan pakaikan baju anak anak, hantar dan ambil ke sekolah, kemas dapur, kemas rumah, jemur baju dan ... apa lagi ye? 

Pehhh rupa rupanya tak berhenti tugas surirumah. Non stop. Dan itu aku tak buat dua benda - masak tengahari dan lipat baju (aku lebih suka pakai hanger daripada susah susah lipat baju kemas kemas). 

Memang sibuk betul aku semenjak dua menjak ni. Tu yang malas nak berblogging atau berfesbuk. Ikut hati nak aje stop. Cuti sekejap jadi blogger. Dan yang sebetulnya, walaupun pada awalnya aku rasa berat hati mengomel ngomel sendirian bila jadi homemaker, lama kelamaan.... yeah ada rasa enjoyment. Ada rasa puas.

Paling puas bila dapat luangkan lebih banyak masa dengan anak anak. Lebih banyak interaksi dan kenal lebih dalam anak anak. Kini bila aku bye bye pada anak ketika nak pergi kerja masuk ladang, aku ada rasa puas. Contentment. Dulu ada rasa 'regret'. Ada rasa menyesal. Ada rasa kasihan bila tengok wajah anak anak saat aku babai. 

Sekarang rasa.... lebih 'complete'. Lebih 'keayahan'. Better fatherhood.

Hmmm.... kerja sendiri memang bagus. Ada ruang untuk lebih masa dengan keluarga. Takde punch card. Takde boss yang bising bising. Takkan kuli berani nak bising dengan kita pula kan?

Ya sekarang aku lewat masuk ladang. Lepas tengahari baru check in. Dan tak lama pun kat ladang. Ada la kot seminit dua tengok tengok kambing. Yeah... dah lama aku tak jadi vet. Dah lama tak check keadaan kesihatan kambing kambing. Well.. they seem normal. 

Dan aku tak sabar sabar nak balik rumah waktu petang. Nak tengok wajah anak anak. Nak bawak diorang jalan jalan main main. Padahal baru je tinggal dua tiga jam. 

Aku pikir menjadi homemaker mendekatkan aku dengan keluarga. Mereka jadi lebih bernilai pada pandangan mata dan hati aku. 

Oklah tuan puan. Tak boleh lama lama. Ada pinggan dan periuk nak basuh kat sinki tu! 

Assalam! Dan selamat.... bersurirumah! 

Dan kepada semua surirumah - you are not superwoman. You are ordinary woman doing extraordinary things. You sacrifice yourself.

You are better than a superwoman. You are a... hero. A silent hero. 

Thank you for your sacrifice!

Thursday, June 19, 2014

OH BATANG JAGUNG!

Berdasarkan observasi aku buat masa ini (dan aku fikir ianya belum cukup muktamad), batang jagung sesuai dibuat makanan jangka panjang untuk baka bebiri tertentu dan baka kambing tertentu. Batang jagung bukannya sesuai untuk semua jenis kambing dan bebiri. 

Sapa sapa yang bela boer, setakat ini ada pengalaman buruk gunakan batang jagung jangka panjang. Kambing dapat cirit birit dan wujud kegagalan sistem hadam yang kekal. Tapi kalau bela kacukan nubian, nampaknya ok. Kalau bela bebiri jenis yang besar besar pun nampaknya ok diberi batang jagung secara berterusan.

Sebenarnya batang jagung (corn stalk) dan semua jenis batang bijirin (grain stalk) - tinggi kandungan arsenik, dan nisbah kalsium : fosforus yang tak seimbang.

Arsenik memang terbukti menyebabkan kerosakan kepada sistem penghadaman bila diambil berterusan jangka panjang, tetapi dalam masa yang sama, ada baka baka sama seperti manusia, yang memiliki kerintangan genetik terhadap arsenik.

Yaa, saintis mendapati ada bangsa bangsa manusia, dan bangsa bangsa haiwan, yang memiliki gen khas mempercepatkan proses arsenik dibuang dari dalam badan. Biasanya kita kumpulkan arsenik dalam badan. Tetapi kumpulan 'mutant' ini ada keupayaan khas membuang dan tahan terhadap tahap tinggi arsenik dalam darah. 

X-Men memang wujud. Begitu juga X-Goat. Dan X-Sheep. Damn....

Mutants really exist... 

Some of us (and our ruminants) are genetically resistant to arsenic in our food and water. Yep.. mutants. 



Wednesday, June 18, 2014

THE KURAP BOYS

Hangin! Hangin! Hangin!

Rasa nak transform menjelma kepada The Incredible Bedah Tong Gas!

Kambing trading aku kena kurap. Badan terus susut. Banyak pula susutnya. Dan setelah sekian lama tak guna ubat tiga serangkai, aku terpaksa guna juga semalam. Hmmm... Life Is Great. (Macam pernah nampak je ayat ni, kat mana ntah). 

Sebenarnya kawan kawan aku banyak pengalaman pahit bila buat trading. Risiko besar sebetulnya buat trading. Margin kecik jadi kena main volume. Betul betul volume.

Dan lebih baik kena ada rumah sembelih dan rumah sejuk. Kambing trading kena pula jenis yang import macam feral, mana boleh bela lama lama. Cepat susut cepat sakit cepat mati. Elok sampai je kandang kita, kena secepat mungkin terus sembelih. 

Itulah pengalaman rakan rakan. Itulah juga amaran High King of Kambing kepada pembeli pembeli kambing feralnya. 

Sebab tu breeding. Less risk, bigger margin. Tapi kena sabar sikit. Kena ada ilmu. Dan masalahnya... banyak ilmu yang sesat lagi menyusahkan. 

Tak percaya? Tengok betul betul. Kajilah sejarah rakan rakan. Perhati betul betul modus operandi diorang. Baik yang hidup mahupun yang dah mati. Tenung tenung dalam dalam..

*Kambing trading kena asingkan daripada kambing breeding. Jangan campur. Nanti menurun prestasi breeder. Nasib tak baik terus kiok. Kena hati hati. 



Tuesday, June 17, 2014

MEMECAH RAHSIA HABIL !!!!!!!!

Akhirnya aku faham.
____________________

Selamat sejahtera kepada semua pembiak kambing dalam tujuh lapisan alam semesta, dan juga lain lain alam semesta, 

Sesungguhnya aku menyesal. Sangat menyesal. 

Lidah aku bersyahadah, tetapi hati aku tidak ikut bersyahadah. Selama ini aku tidak benar benar cuba memahami AlQuran yang telah diturunkan kepadaku. Aku jarang membacanya, dan bila membaca - aku tergagap gagap dan tidak memahami maksudnya. Aku gagal segagal gagalnya mengutip secebis dari sekian banyak pelajaran yang terdapat di dalamnya. Aku terlepas banyak rahsia dan rahmat yang dicipta atau dihadiahkan khusus untuk orang orang yang beriman dan bertaqwa.

Demi Tuhan yang telah menciptakan diriku dan menundukkan kambing untuk umat manusia,

Ayat 39 Surah AlKahfi adalah hadiah yang tidak ternilai untuk para petani, penternak, dan pembiak yang bertaqwa. Hadiah... khusus untuk pembiak yang beriman kepada Yang Maha Esa. Hadiah ... yang boleh merungkai rahsia untuk mendapatkan prestasi ternakan yang luar biasa.

Demi Tuhan yang telah menciptakan Adam dan Hawa dan menurunkan mereka berdua ke bumi,

Aku telah menyaksikan bagaimana prestasi ternakan aku berubah semenjak aku mengamalkan ayat ini. Aku tidak akan memberitahu sesiapa apa yang sebenarnya terjadi, tetapi cukuplah aku katakan aku nampak.. aku benar benar nampak.. akan potensi sangat besar yang tersembunyi yang boleh dibuka oleh ayat 39 surah AlKahfi. 

Aku langsung tidak menyangka sampai begitu hebat kekuatan ayat ini dalam membuka potensi ternakan kita. 

Dan.. aku nampak.. sangat nampak.. sesiapa antara kita yang lebih tinggi taqwanya kepada Tuhan Maha Perkasa, maka lebih hebat prestasi ternakannya.

Bukan lagi tahap luar biasa, bahkan lebih luar biasa dari luar biasa.

Bukan lagi prestasi tahap master breeder. Bukan lagi prestasi tahap grandmaster breeder. Bukan lagi prestasi tahap world class breeder.

Tidak tidak tidak....

Mereka yang lidah dan hatinya bersyahadah, dan bertaqwa kepada Tuhannya, bakal menyaksikan prestasi ternakan mereka melompat kepada.. 

jajahan takluk para anbiya',

dan 'playground' Habil,

Penternak Pertama, Pengembala Terhebat, dan Pembiak Terulung dalam sejarah anak anak Adam di muka bumi.

Bapa Penternak.

Demi Tuhan yang telah menurunkan AlKitab, dan menunjukkan jalan pengembala warisan Habil kepada semua anbiya', 

Biarkan mereka yang tidak percaya dengan kita, biarkan mereka yang anggap kita berdongeng, biarkanlah mereka.. tenggelam dalam ketidakpercayaan mereka. Biarkan mereka dengan gegak gempita mereka yang tidak berkesudahan. 

Kita ada Kalamullah, kita ada para Nabi, kita ada Habil, kita ada ayat 39 surah AlKahfi, kita ada Tuhan Maha Perkasa..

Kita.. ada semua ramuan untuk prestasi ternakan 'yang lebih dongeng dari dongeng'.

Demi Tuhan yang menjadikan Bumi sebagai tempat manusia dan ternakan mereka beranak pinak, 

Marilah kita semua golongan peladang, petani, penternak dan pembiak yang beriman, marilah... kita semua berlumba lumba meningkatkan ketaqwaan kepada Tuhan Maha Agung. Marilah kita semua membaca dan memahami AlKitab. Marilah kita semua beramal dengan ayat 39 surah AlKahfi.

Mari kita menyaksikan perubahan besar ke atas ternakan kita.

Sebagai hadiah istimewa untuk golongan bertaqwa khas dari Tuhan Maha Pengasih.

Terima kasih wahai Tuhan!





Saturday, June 14, 2014

PEMBAKAR LEMANG

Dapur lemang. 

Guna gas. Cepat. Mudah. Sekata. Mudah alih.

Menatang ni bukan aku punya. Kawan aku yang punya. Aku tolong promosikan. Dia ada buka madrasah. Tahfiz. Dan sebahagian cara mendapatkan dana pengurusan, dia menggunakan kepakaran teknikalnya untuk membuat pembakar lemang. 



Bukan saiz ini aje yang ada. Boleh customize. Bergantung kepada kehendak atau  keperluan pelanggan. Yeah made to order. Whatever spec. 

Boleh contact aku kalau nak tahu lebih lanjut. Terima kasih!

SPAIN SPEARED!

And the very simple lesson that followed.

Malam tadi aku tengok World Cup. Sepanyol lawan Belanda. Dan kita tahu Sepanyol adalah juara bertahan. Favorite. Dan sepatutnya memiliki aura menakutkan.

Mmm.. Sepanyol salah strategi. Berkecai dilembing Belanda 5-1.

Louis Van Gaal, pengurus Belanda kata - cuaca di Brazil yang sama tropik dengan kita, panas dan lembap, memainkan peranan sangat besar dalam percaturan taktikal Belanda. Van Gaal tahu, Belanda mesti ubah corak permainan dibawah tekanan cuaca yang berbeza dengan asal tempat mereka. 

Van Gaal tahu Sepanyol masih percaya dengan tiki taka dimana ciri utamanya ialah 'short passing', dan 'always pressing the opponent'. Hard attacking football. Tiki taka telah membawa kejayaan sangat besar kepada Sepanyol sebelum ini, tetapi... itu adalah ketika berada dalam zon cuaca temperate.

Tiki taka memerlukan tenaga yang besar. Sesuai dengan cuaca temperate. Langsung tak sesuai dibawah cuaca tropika. Tak.. boleh. Mustahil. Terlalu memenatkan. Bateri semua pemain Sepanyol habih kondem awal dalam perlawanan tersebut. Tak bermaya tak bertenaga tengok diorang.

Van Gaal tahu atau faham peranan cuaca, dan bagaimana mengintegrasikan faktor cuaca ke dalam strategi perlawanan. 

Dan ini membawa aku kepada kita para peladang. Kita lebih lebih lebih penting kena faham akan peranan cuaca dan tanah dalam usaha kita berbanding pemain bola dalam Piala Dunia. Usaha biak usaha ternak kita sangat bergantung kepada setakat mana kefahaman kita dengan cuaca dan tanah bumi yang kita pijak. 

Labih kita faham, lebih kita teliti, lebih kita kaji, akan cuaca dan tanah tempatan, maka akan lebih berhasil, lebih berjaya, lebih besar magnitud keberhasilan, usaha biak dan usaha ternak kita. 

Dan genetik tempatan, dibawah cuaca dan tanah tempatan, pasti dan pasti memberi pulangan yang tinggi dan... sekiranya betul strategi - akan memberi pulangan yang phenomenal malah diluar jangkaan. 

Peladang.. adalah mereka yang faham dengan cuaca di atas. Peladang... adalah mereka yang dekat dengan bumi di bawah. Dan peladang... adalah mereka yang percaya dengan darah yang tumbuh dari tanah air mereka.

Itulah sang peladang!

Selamat berjuang!


Friday, June 13, 2014

THE COURIER

Jumaat, dan hari ini aku demam. Telan 10 biji panadol pun tak hilang demam. Mesti disebabkan ais kotor. Aku tak larat nak berblog. Rasa nak tido aje. Pendek sahaja entry kali ini.

Jumaat semalam, ada shipment kambing 4 ekor. Siap sembelih, lapah, cincang. Biasanya customer datang ambik sendiri. Tapi aku tak larat nak layan. Aku pass kepada rakan pembiak untuk pesanan kambing empat ekor ni. Aku cuma jadi kurier. 




Terima kasih!

HARI INI DI LADANG

Khamis. Selasa dan Rabu aku jadi gembala. Jadi hari Khamis gembala aku jadi gembala kembali. Pasal aku ada meeting khamis pagi tu. Mesyuarat Jemaah Pengarah PPK Langkap. Dari pukul 9 pagi sampai pukul 1 petang. 4 jam punya mesyuarat. Penuh dengan penyata kewangan bersimpang siur. Pehhh berpinar pinar berasap asap kepala dan punggung aku!

Selesai mesyuarat aku bergegas ke ladang. Dah ada pelawat yang menunggu kedatangan aku. Dua orang. Tengah berkira kira nak terjun dalam dunia ternakan. 

Yaa salam sejahtera Tuan Nasir dan Tuan Azizul! 

Masing masing nak bergambar dengan Diego


Dengan anak kambing yang baru dilahirkan semalam


Here comes the new Zorro! Tak payah pelana pelana!

Mana aci tangan pegang kat situ weh!

Masa diorang datang kandang masih kosong. Ibu kambing belum balik meragut. Tinggal anak anak kambing dan kambing jantan. 

Oh kambing beranak hari ni. Kembar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!

Ada lagi seekor beranak. Kembar juga. Segala puji kepada Tuhan Maha Perkasa!

Hai!

Hello kids!

Mommy!..... No I'm not your mommy. Forget it kids!

No no no. Don't give me that look! Or I'll melt..

Kembar tiga. Growing nice. Tak pernah inject apa apa ubat atau dewormer. Segala kebesaran kepada Tuhan Maha Pemberi Rahmat!

Jantan jantan dah tinggal kurang separuh. Habih diangkut masa cuti sekolah ni.

Main sorok sorok..

What's wrong Thor? 

Kambing yang keluar meragut dah mula balik ke kandang. Tak sampai separuh. Yang lain lain sibuk main main kat bawah tak nak naik kandang lagi.

Suruh buka pintu petak beranak. Nak jumpa anak anaknya.



Thor dan Bucky rasa terancam dengan Red Fellow. Better call those Avenger friends of yours! 

Malam. Aku bawa 'associates' aku pekena sup ekoq dan siakap masak pedas. Terima kasih atas kerjasama dan kerja keras tuan puan sekalian!

Itu sahaja untuk hari Khamis. Assalam!!




Thursday, June 12, 2014

AKU MASIH GEMBALA HARI INI!!

Diam.

Diam yang menenangkan.

Tiadalah semua ini wujud tanpa pertolongan dan kekuatan dariMu, wahai Tuhan Maha Perkasa!

Semalam nescafe ais. Hari ini nescafe o ais. Dan aku jatuh sakit selepas minum ini. Ais kotor agaknya.

Mula bergerak. Pokok turi belah kiri. Fast growing. I like native trees better than foreign ones.

1 jam pertama gembala, kambing lebih banyak main main. Playful.

Gosok sana gosok sini. Paling diorang suka busut.

Pokok tumbang pun diorang suka main gosok gosok. Badan dan tanduk.

Paris Hilton main gigit gigit pelepah kering

Bahan bacaan hari ini. Cerita pasal daging yang disintesis dalam makmal. Takyah susah susah bela ternakan. Damn! Dunia makin pelik. Tapi daging makmal masih terlalu mahal. Sekilo $200,000. Kena guna banyak perisa pula tu nak dapatkan rasa daging. Bengong omputih ni. 

Moving..

Ada pekebun yang guna hampas buah sawit sebagai baja. Satu lori $50 je. Tapi kadar pencemaran tinggi. Dan aku tak pikir ianya berkesan.

Dahaga..

Kambing suka juga makan pakis liar yang tumbuh atas longgokan pelepah sawit

First timer. Cuba cuba rasa dedaun. Mana sedap yang tu weh!

Kambing nama Citroen ni suka mencekik rumput nyonya. Gelojoh betul. Kambing pun ada macam macam pesen. Ada suka rumput tu, ada suka rumput ni. Ada juga yang tak suka rumput, tapi suka sangat makan dedak. Crazy!

Haa kan diorang suka makan pakis liar.

Hello kid! Makan ajelah daun sawit tu! Tak yah testing testing!

Parit yang cetek airnya. Aku cuci muka cuci tangan  kat sini. 

Lauk hari ini. Sambil makan sambil bergerak. 

Budak ni takut lompat parit. Ketinggalan dan hilang. Nasib baik aku perasan. Kawanan kambing berpatah balik ke kawasan budak hilang ni. 

Moving into greener pasture

Hmmm... much greener..

Semua kambing tekun meragut. Diam. Tenang. 

Bangau oh bangau! Ada sapa sapa yang boleh pecahkan rahsia kenapa bangau ikut kambing?

Ketua kawanan. Matriarch. Namanya Marina. Dialah yang jadi kepala bawak kawan kawan dia kesana kesini. 

Namanya Buyutih. Beranak kembar tiga. 

Anak Buyutih. Shiny. Shinier than her mother. Aku rasa antara kambing paling berkilat yang ada dalam kawanan ni. Dah lama tak bagi ubat cacing. Lama sangat. Segala puji kepada Tuhan Maha Pelindung!

Uh! What's that? Ah koloni cendawan kontol... tapi dah habis dikutip. Tinggal yang tua tua tak sedap. Aku jual $5 sekilo. Kalau kat pekan Langkap $10 sekilo. Kat KL $20 sekilo.

Close up. Macam biasa sangat tengok bentuk dia ni. Kat mana ye? Buehehehe...

Kadang kadang aku berangan jadi Smurfs, dan hidup dalam 'mahligai' ini. 

Aku geram tengok kambing telinga tegak ke atas..

Bersiap siap untuk balik

Selfie. Sedang berlutut tenggelam dalam kenikmatan diam dan disapa angin lembut. 

Gambar anak Buyutih sekali lagi. Ada anak sebenarnya dia ni. Anak jantan. 

Long walk home..... ok ok ok short walk home. Aku tak suka gembala kambing jauh jauh. Tapi gembala aku suka bawak diorang ntah ke mana. 

Arriving at a bridge. Tiny bridge. Bottleneck here..

The Bridge of River Kwai. Sort of.. aku sebenarnya kelakar sangat tengok kambing kambing ni takut terkebil kebil nak melintas titi. Dan aku pernah ketawa berguling guling sampai sakit perut tengok gaya gaya diorang melintas titi buahaha

Dulu penuh air. Sekarang dah surut. Punca dah kena block. 

Brek! Brek! Budak kecik tu menggigil gigil terketar ketar melintas. Sampaikan ada kawan yang terjatuh dan mana yang tak sabar terus terjun redah air. Kambing tak takut air sebenarnya. Kenapa masih ada yang cakap kambing takut air?

Kambing lebih saspens melintas titi daripada meredah air.


Haa kan ada yang meredah air tu? Tak nak guna titi?


Tolak tolak..

Last one to cross. Kambing tu namanya Oren. Memang tiap tiap kali melintas titi dari dulu sampailah sekarang, dia akan jadi yang terakhir. Ntah apa pesen pula dia ni. Titiphobia kot?

I'm coming home.. I'm coming home.. Tell the world I'm coming home (ikut lagu skylar grey)

Banyak betul bangau bertenggek kat pohon sawit ni. Diorang perhatikan kambing kambing. Misteri sungguh la..

Cekik sekejap daun sawit. Tengah potong buah. Jadilah banyak daun sawit.

Bucky dan Thor sedang sibuk gosok badan ke pagar. 

Beranak hari ini. 107 Dini. Kembar. All praise to the Lord of the Worlds.

Sekali lagi. Tiadalah semua ini wujud tanpa kekuatan dan pertolongan daripada Tuhan Maha Perkasa! Terima kasih semua! 

Mbekkkk!!