Tengok
tv. Cerita seram. Betul betul seram. Betul betul saspen.
Kaedah
ini tidak direkemen sebagai cara hidup, tetapi ianya berkesan untuk
'couch potatoes'.
______________________
Sebuah
kajian saintifik di US menemukan kesimpulan yang unik, dimana mereka
dapati cerita seram membantu membakar kalori penontonnya tanpa perlu
bersusah payah bersenam. Mereka mengukur kadar denyut jantung,
ambilan oksigen, dan output karbon dioksida para penonton pelbagai
genre filem. Jadi penggunaan tenaga atau kalori boleh diukur.
Didapati
cerita seram meningkatkan kadar degupan jantung, dan meledakkan tahap
hormon adrenalin dalam badan. Kedua dua perkara ini meningkatkan
kadar metabolisme badan. Justeru banyak kalori dibakar.
Penyelidik
juga mendapati tahap keseraman filem mempengaruhi tahap pembakaran
kalori. Lebih seram, lebih banyak kalori dibakar.
Filem
paling seram ialah The Shining yang membakar 184 kalori, bersamaan
dengan sebatang besar coklat. Jaws membakar 161 kalori. The Exorcist
membakar 158 kalori.
Kalau
kita marathon tengok 3 filem ini berturutan, confirm kita akan bakar
kalori sebanyak 550 kalori - bersamaan sebiji Big Mac McDonald.
Alien
- 152 kalori. A Nightmare on Elm Street - 118 kalori. Saw - 133
kalori.
Tapikan,
aku pikir cerita seram omputih adalah tak cukup seram bagi kita
penonton Melayu. Kita punya pontianak, langsuir, hantu penanggal,
pocong, lagi kaw kaw punya seram. World class punya hantu. Patutnya
saintis US ni kaji pulak kemampuan cerita seram Melayu membakar
kalori. Mau terkejut beruk diorang kalau dapat hasil kajian.
Rasa
rasa aku mau ribu ribu kalori terbakar setiap filem buahaha.
*Aku
tak suka cerita seram. Paling seram pernah aku tengok Prebet Badul,
dan, Hantu Kak Limah Balik Rumah.
No comments:
Post a Comment