"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, April 14, 2014

STAINLESS STEEL DETERMINATION

Khas buat pembiak veteran.

Cerita sambung sambung nanti dulu. On hold sekejap.

Baik. Aku sebenarnya sering teringat akan penternak penternak kambing veteran yang aku pernah lawat ladang mereka. Yang buat sendiri kerja perkambingan. Yang jaga sendiri kambing kambing mereka.

Yang setiap hari ke ladang memeriksa kambing kambing di kandang. Yang gembala sendiri kambing kambing mereka dibawah terik mentari. Yang cut and carry rumput rumput dan foraj setiap hari penuh sekereta selori untuk kambing kambing mereka. Yang berhempas pulas merawat sendiri kambing kambing mereka. Yang menangisi pemergian setiap anak kambing.

Yang berjuang setiap hari tanpa putus asa.

Mereka adalah exemplary.

Macam tuan Es Emdi dari Lalah River Goat Farm. Macam puan Nooraini di Sungai Buloh. Macam tuan haji Rahim dan isteri dari Berkatjaya Farm. Macam tuan TAJ di Sg Ramal.

Aku seringkali teringatkan tuan Es Emdi yang habiskan masa 2 jam sebelah pagi dan 2 jam sebelah petang setiap hari di kandang kambing. Aku seringkali teringatkan puan Nooraini yang berpanas terik setiap hari mengembala kambingnya bersama pekerjanya. Aku seringkali teringatkan Hj Rahim dan isteri yang berpenat lelah mencari sendiri pelepah sawit penuh satu van setiap hari, dan yang berusaha sesungguh sungguhnya memastikan survival setiap kambing kambing . Aku seringkali teringatkan tuan TAJ yang membangunkan sendiri ladangnya dengan 'bare hand', dan sanggup menggali kolam tengah tengah malam buta.

Aku sering teringatkan mereka. Setiap hari.

Semangat dan ketekunan mereka menjadi ingatan dan inspirasi buat aku. Their drive, their discipline.... are powerful example for young breeders.

Aku tahu aku malas. Aku malas cari rumput. Aku malas bagi rawatan kat kambing kambing. Aku malas cuci kandang. Aku tahu nak senang aje.

Sebetulnya anugerah penternak jaya negeri tak boleh bagi kat penternak macam aku yang malas serba serbi ni. Aku rasa malu dengan pembiak pembiak berusia ni. Patut bagi kat penternak penternak kambing veteran ni. Mereka inilah yang memiliki semangat besi waja.

Stainless steel determination.

And unrelenting drive.

Terima kasih kepada semua pembiak kambing berusia di seluruh Malaysia.

Andalah semangat.
Andalah inspirasi.
Andalah contoh.


Terima kasih semua!

2 comments:

  1. Bro Alwi ni sengaja nak motivate. Tk, Bro. (Es Emdi)

    ReplyDelete