Kadang
kadang aku ke ladang kambing dengan anak bini. Dan semalam ada seekor
cicak besar jadi arwah kerana tersepit kat pintu rumah. Semasa aku
sedang meneliti dan menerangkan anatomi cicak kepada dua anak
perempuan aku yang kegelian, aku teringat kembali masa aku mula mula
bela kambing dan belum cukup mahir dalam merawat kambing.
Dulu
dulu sebelum kahwin, aku ada tinggal serumah dengan budak muda
Indonesia, selepas lama bersendirian dalam ladang. Tawir dari
Sulawesi, yang kuat melawak, suka kentut kat muka orang (termasuk
muka aku cilakak betul!) dan suka ketawa berguling guling; dan
Supriyadi dari Lampung, Sumatera yang pandai memasak dan ada satu
sifat aneh - suka berak bawah sawit pakai helmet motor, baik siang
baik malam. Aku makan bersama diorang, merepek bersama diorang, dan
tidur bersama diorang.
Dan
bila kambing aku kena sakit kulit yang teruk, Supriyadi rekemen
kambing sakit tu diberi makan cicak sepertimana orang orang kampung
dia buat. Dia sendiri pun buat. Cicak mengkarung ditangkap, dibuang
kulit, dan dibakar. Katanya kalau selalu diamalkan, sakit kulit yang
teruk pun boleh baik.
Aku
pula bila dengar macam tu, terus tangkap cicak rumah, takde bakar
bakar, terus suap bulat bulat ke dalam mulut kambing yang sakit
kulit, dengan harapan boleh pulih.
Nampaknya
tak berkesan.
Pasal
aku sendiri geli teringat cerita drama alien V masa aku kecik kecik
dulu. Jadi aku bagi sekali aje. Kesian pun ye kat kambing tu.
Terpekik terlolong nak telan cicak hidup hidup.
Crazy
idiot aku ni aiiii....
Anyway,
kalau kambing sakit kulit, ada ubat moden. Lebih mudah, lebih
berkesan. Kumpulan macrocylic lactone. Ivermectin, doramectin, dan
moxidectin. Tiga serangkai.
Lebih
masuk akal daripada cicak...
Salam!
No comments:
Post a Comment