"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, October 31, 2013

SIRI JANGAN BUAT BEGINI

Kids. Don't do this at your kandang.

Apa yang aku silap. Tuan puan jangan ikut.

Kunci untuk petak beranak. Jangan buat begini. Mudah rosak. Mudah lari kedudukannya. Kambing pandai bukak. Dan anak kambing selalu gigit gigit dan tersangkut cedera pipi dalam. Berhari hari tak boleh makan. Habih bengkak satu rahang.
Sekarang aku guna rantai besi. Kambing tak boleh buka. Anak kambing tak boleh gigit. Tiada lagi pintu petak beranak terlopong luas bila check kandang pagi pagi. Atau buat lah cara macam mana pun, janji tak membahayakan kambing dan kambing tak boleh keluar.

SEDANG TERLEBIH KAFEIN DI PAGI HARI

Tuan Es Emdi dalam blog Lalah River Goat Farm kata elok skim pawah kambing diberhentikan. Diganti dengan skim kandang kontrak atau skim jualan kambing kepada FAMA. Jadi wujud jaminan pasaran kepada penternak atau pembiak kambing.

Now, secara peribadinya aku bersetuju skim pawah kambing diberhentikan terus (Pandangan peribadi ye, bukan pandangan persatuan). Skim ini banyak sangat ketirisan.

Dulu skim pawah ni semuanya guna kambing yang dibekalkan oleh pembiak tempatan. Maknanya JPV beli kambing biakan penternak tempatan, kemudian diagihkan atau dipawahkan kepada lain lain penternak. Kiranya semua local source local expertise. Betul betul 'absolutely high local content, and absolutely high multiplier effect'.

Terbaik dari segi kesan ekonomi. Percaya pada darah sendiri. Percaya pada kemampuan diri sendiri. Semangat nasionalis membara. Sebab tu dulu dulu self sufficient produksi kambing ni.

Takde cemas macam sekarang rendah sangat kelam kabut. Pasalnya sekarang skim pawah ni punca bekalan kambingnya ialah kambing import. Pembekal kambing ialah importer. Bukan lagi penternak tempatan. Jadi yang untung besar ialah importer.

Pulak tu kambing yang dimport besar besaran ni; tak kisahlah guna kapal laut atau kapal terbang; tak kisahlah oleh Kamrita Kapal Kaur, atau Pamelo 'Baywatch' Anderson, atau si Magic Carpet, atau sapa sapa importer pun lah yang dah menjadi sejarah atau sedang menempa sejarah; - tidak menepati piawaian 'breeder protocol', dan tidak melalui tapisan tapisan kesihatan yang sepatutnya.

Bila kambing berpenyakit diagihkan kepada penternak tempatan, alamatnya merebaklah penyakit. Asalnya penternak yang makmur sedang meningkat naik, dapat pula hadiah kambing berpenyakit - apalagi berdebuk jatuh lah kambing dengan tuannya sekali. Berderet deret penternak terjelepuk. Punah industri pembiakan. Makin jatuh tahap sara diri.

Importer? Hooray! Tepuk tangan. Penternak semua mati. Kambing tak jadi jadi membiak. Kita akan terus mengimport...

Industri penternakan di malaysia akan terus diperhambakan, dan para importer kekal menjadi master. Lording all over the industry. Diangkat, dijulang dan disorak sebagai penyelamat industri. Heroes...

Sedangkan hero sebenar sedang berjuang berhempas pulas mengikat perut berjerih payah bertangis duka. Itulah kita golongan petani. Itulah kita golongan penternak. Itulah kita golongan pembiak.

We are the real silent heroes. And we... are being killed.

Hmmm... memang elok sangat kalau diberhentikan terus skim pawah ni. Baik federal level mahupun state level. Terus tutup ruang untuk eksploitasi.

Akan ada yang membalas pandangan aku dengan berkata kita kena bantu penternak utamanya penternak baru. Bila dapat kambing bantuan, cepat sikit membiak. Lagi pun bumiputera kan?

Well, bagi aku sebenarnya aku tak nak menggunakan alasan bumiputera untuk mendapatkan bantuan sana sini. Kalau asyik bertongkat, memang kita tak akan merdeka tak akan bebas sampai bila bila.

Sebenarnya para penternak boleh makmur dengan kerja sendiri tanpa bantuan mana mana agensi. Lebih baik dari sibukkan diri dengan bantuan, agensi agensi yang kawal selia kita ni, sibukkan diri dengan fine tuning polisi penternakan yang mencipta suasana kondusif untuk pembiakan tempatan.

Hentikan import. Ikut jejak langkah semua negara pengeksport ternakan. Dulu diorang ni semua kaki import juga. Bila dah sedar, dan fokus kepada usaha pembiakan tempatan, tu diaa boleh capai tahap penuh sara diri siap eksport lagi.

Lagi pun local produce is the best. Tastier, and much less carbon footprint. Everybody on this planet is going local when it comes to food. Yang kita terbalik pula, sibuk mengagungkan barang import.

Apa apa pun sebarang usaha pembangunan makanan tempatan, walau nampak sukar macam mana sekali pun, akan berbaloi juga akhirnya. Kalau perang meletus, pelabuhan kita kena kepung, sumber makanan import semuanya terhenti, aaa masa tu baru kita betul betul nampak peri pentingnya makanan tempatan.

..... err aku ni terlebih kafein sangat dah ni. Main tulis aje ni. Dah tak ingat tajuk asal, atau isi, atau penutup. Oklah nanti sambung baliklah. Aku kena pegi tadika anak aku, hantar kek, dan hadiah untuk kawan kawannya.


Bye!

Wednesday, October 30, 2013

KIDS

Anak Kambing



Mak kambing keluar meragut. Perut semua kempis kempis. Pukul 9 pagi beb! Embun masih menimbun bawah sawit. Jangan risau, darah pribumi memang mantap lagi 'reliable'.
Bila mak kambing dah keluar, tinggallah anak anak kambing di kandang. Ada 150 lebih anak anak kambing di kandang.
Aku bagi budak budak ni makan creep feed. Semuanya 4 bulan ke bawah. Ada lagi anak anak dalam petak beranak. Tak berani nak keluarkan. Takut serabut. Kalau dilepaskan memang meriah kandang penuh anak anak kambing terloncat loncat.



Dulu aku bagi foraj lepas bagi creep feed. Tapi anak kambing semua jadi malas turun kandang. Malas cari makan sendiri. Aaaa tak boleh jadi. Tak boleh jadi. La ni aku bagi creep feed aje. Lepas tu pandai pandailah turun kandang cari foraj sendiri. Kadang kadang aku memang sengaja halau bagi turun kandang budak budak nih.
Kandang baru aku buat tempat sembunyi untuk anak kambing. Jadi mana mana anak yang lembik sikit boleh menyorok daripada geng geng pembuli. Yep, ciri kandang sebegini memperbaiki kadar survivabiliti.

Adik kepada 999 dan 1000. Dulu Moh Ternak kat chenor pahang dah sapu abang abang dia. La ni dia lah gantinya. Ada kembar betina. 


Itu saja kali ini. Salam hormat!

Tuesday, October 29, 2013

MISTERI TESTOSTERON

MISTERI TESTOSTERON


Penghidup jantan. Pembunuh jantan.

Ada sebuah kajian dilakukan ke atas gorilla gorilla di Afrika. Dan gorilla adalah ruminan sama seperti kambing. Kajian ini melihat apa yang terjadi kepada fisiologi tubuh gorilla jantan semasa musim mengawan, semasa mereka semua gila mengawan, semasa tubuh mereka semua disarati dengan hormon testosteron.

Para saintis ini membuat Fecal Egg Count (FEC), atau pengiraan telur cacing terhadap semua jantan jantan gorilla semasa mereka semua tengah 'naik syeikh'. Aaaa... saintis saintis ni nak tengok setakat mana beban cacing (tahap infeksi cacing) dalam tubuh gorilla jantan semasa wujud limpahan hormon testosteron.

Surprise! Surprise! Surprise!

Semua jantan gorilla naik FECnya semasa musim mengawan. Maknanya semua jantan jantan ini mengalami beban cacing yang tinggi. Lagi tinggi testosteron dalam darah, lagi tinggi beban cacing.

Hmmm.... testosteron menghidupkan sifat kejantanan tetapi dalam masa yang sama membuka pintu kepada kebanjiran parasit dan cacing untuk menyerang tubuh. Didapati tahap imun menurun dan konsentrasi cacing meningkat ketika tahap testosteron meninggi.

Testosteron meningkatkan risiko kematian jantan dengan drastik. Oppss....

Ok. Itu satu observation yang dibuat. Ada satu lagi pemerhatian yang menarik. Didapati semua betina gorilla adalah 'receptive', atau memilih, atau 'syok' dengan jantan yang paling tinggi testosteron DAN paling tinggi Fecal Egg Count (paling tinggi beban cacing).

Waaaaaa..... this is very surprising.

Rupanya, dalam saat saat mengawan, para betina memilih jantan yang paling 'resilient' terhadap cacing (yang memiliki daya tahan tinggi terhadap kewujudan tinggi cacing dalam badan). Hmmm pelik banget ni....

Ok cerita kejap pasal konsep resistance dan resilience. Dalam cerita ketahanan semulajadi organisma terhadap serangan cacing dan parasit, ada dua konsep - resistance (daya rintang), dan resilience (daya tahan).

Resistance ni lebih kurang macam konsep kubu atau fortress. Lagi tinggi resistance maknanya lagi tebal dinding kubu, lagi susah cacing nak masuk. Resilience pula second level defense. Bila dinding kubu dah pecah, dia pula ambik alih penentangan terhadap cacing. Resilience yang tinggi membolehkan kebanjiran besar besaran cacing ke dalam tubuh tetapi tidak mendatangkan kesan mudarat kepada tubuh perumah. Aaaa... dua dua fasa pertahanan penting. Mungkin resilience lebih penting daripada resistance. Yep I think so..

So, sekarang kita tahu saat saat mengawan menjadikan jantan dipenuhi testosteron, beban cacing meningkat mendadak, DAN jantan yang paling tahan terhadap beban cacing tinggi akan dipilih sebagai pejantan atau bapak oleh para betina. Yaa inilah cara alami dalam pemilihan dan pewarisan genetik tahan parasit.

Aaa sekarang tuan puan tahu kenapa aku tak deworm pejantan pejantan aku. Aku mencari yang paling 'resilient' agar sifat itu diwariskan kepada keturunan kambing seterusnya. Pejantan yang rendah resilience nya sepatutnya mati, atau pun koman koman kita reject lah jangan jadi pejantan.

Kalau kita sibuk deworm pejantan kita, ia akan berlawan dengan apa yang Tuhan telah tentukan atau reka kan. Itu yang jadi makin lembik makin manja kambing kambing kita. Kejap kejap ubat. Kejap kejap botol susu. Kejap kejap suntik. Pehh pening kita dibuatnya.

Adalah sangat baik bagi para pembiak ruminan untuk melihat atau observe sebaik baiknya cara kehidupan ruminan liar. Ada banyak lagi 'benda benda kecil' tetapi mendatangkan impak besar di kemudian hari, yang kita masih tak nampak dan belum dikaji.

Dan kepada semua pembiak kambing, kini adalah masa untuk masukkan pejantan dan bakal pejantan ke dalam ujian sparta. Punish them, and kill them. (orait orait not kill them, just make life harder for them).

Biar kita seleksi yang benar benar mantap. Yang paling tinggi testosteron, dan yang paling tinggi daya tahannya.

This is the way.

Forward.


Salam!

Dua testosteron sedang beramah mesra. Tapi tak lama lepas tu....
bergaduh sakan. Selalu macam ni. Kejap 'at peace', kejap lagi 'at war'. Musim mengawan kedua duanya aku pasti tinggi beban cacing.

Monday, October 28, 2013

477 : THE REAL DADDY

Itu 477. Pejantan alpha kawanan kambing aku. Susah betul nak tangkap gambar dia sebaik baiknya. Photophobia dia ni.






Lebih kecil dan lebih ringan daripada seekor lagi pejantan aku, Thor. Tapi 477 ni dari segi libido memang superior. Tahap testosteron tinggi. Dari jauh boleh bau kehamisannya. Dan kekuatannya melebihi Thor. Dia akan sentiasa menang setiap kali beradu tenaga dengan Thor. Memang Thor ni perlukan tukul ajaibnya Mjolnir baru boleh kalahkan 477. 

477 aku pilih berdasarkan tahap libido dia masa kecik. Umur baru dua tiga minggu dah sibuk bising nak mengawan. Selain tu tumbesarannya yang baik, dan maknya tak perlukan makanan tambahan sepanjang proses menyusukan dia. 

Aku fikir libido tinggi memainkan peranan sangat penting dalam aspek pembiakan ruminan. Kalau kita perhatikan kehidupan ruminan liar, pejantan yang dapat hak mengawan adalah pejantan yang paling kuat paling cergas paling lasak. The strongest and the fittest. Not the heaviest. 

Yang paling kuat, yang paling lasak, yang paling stamina. Bukannya yang paling berat.

Dan testosteron, sebagai hormon kejantanan, menganugerahkan keagresifan, kekuatan, dan stamina.

Sebagaimana yang dibuktikan 477. Kekuatannya melebihi kekuatan Thor.

Dan 477 adalah bapak sebenar bagi kambing kambing aku. The Real Daddy.

Salam!

Sunday, October 27, 2013

BOER MARDI KAKI KEBAS!

Kambing Boer ARB suka curi dedak Diego.


Tengok! Dia mai dah. Tak takut dengan Diego. Yang besar tu selalu kebas. Yang kecik sikit ikut aje apa yang besar buat.

Lepas kena sergah dengan Diego. Yang kecik lari, yang besar buat tak tahu aje bila Diego marah
Boer yang besar tu datang balik. Memang dapat curi makan dedak Diego. Aiii...
Aku dah mula lepas meragut kambing pejantan boer dua ekor yang ARB bagi tu. Nampak ok. Dan diorang tak pegi jauh, cuma berhampiran kandang. Belum bergaul sepenuhnya dengan geng betina kandang depan.

Dan aku perhatikan boer ni memang 'hantu' bila bab makan. Mencekik aje kerjanya. Bersemangat betul. Memang macam ni lah sifat boer. Tekun bila bab makan. Lama sikit diorang berhenti dan meragut di sesuatu kawasan.

Tak berapa memilih macam kambing kampung. Laju betul berjalan bila lepas meragut. Kejap kejap pindah. Kejap kejap jalan. Awal awal lepas ragut kambing kampung ni, sang gembala kena 'alert'. Benar benar awas. Kalau tidak, sedar sedar dah sampai rumah Bedah Tong Gas kat hujung kampung. Habih makan cucu cicit tok nenek pokok bunga yang dia tanam.
_____________________

Buat masa ini, boer ARB masih dalam kuarantin. Aku belum campurkan dengan grup core breeder aku kat kandang utama.

Pasal ada satu lagi tahap diorang kena lalu.

The Sparta Test.

Ujian kelasakan di mana tiada dewormer akan diberikan, sedangkan kambing akan dibawa masuk meragut ketika musim parasit banyak, dan masuk ke dalam kawasan tinggi kepekatan parasit. Stamina dan kekuatan akan diuji dengan membawa kambing meragut sejauh mungkin setiap hari. Dan akan beradu tenaga dengan pejantan sedia ada - Thor dan 477.

Kalau lepas ujian ni, diorang akan jadi pejantan. Kalau tidak... well, jadi jantan sembelihan. Sepertimana yang terjadi kepada semua pejantan pejantan asing atau baru yang aku bawa masuk sebelum ini.

Semuanya.... akhirnya.... mati.

Sebab itu aku masih gunakan pejantan yang 'internally generated'. Aku dok buru pejantan dari luar yang benar benar lasak tapi belum ketemu lagi.

Aku bukan cari pejantan nampak sihat dan gemuk besar besar. Aku bukan cari yang menang award menang pertandingan kambing sana sini.

Tetapi aku buru yang hardcore, libido tinggi, superb conditioning macam tahap Spartiates. Tak manja, tak mengada ngada, nak kena bagi makan itu bagi makan ini suntik sana suntik sini deworm bagai. NO NO NO.

I just want... a brutally tough, superbly conditioned... buck.

Dan rupanya susah juga nak cari.

Aku harap pejantan boer ARB ni akan lepas ujian sparta. Sekarang masih dalam zon selesa, dia boleh rilek rilek main main lagi. Nanti masuk ujian ni, mau tertonggeng dunia yang dia nampak hehehe...


Into Sparta!!!

Saturday, October 26, 2013

RAHSIA BUAH SAWIT RELAI

RAHSIA KAMBING (DAN KARKASNYA) MUDA REMAJA


Sebelum ni aku guna terma biji sawit. Tapi buah sawit atau sawit relai rasanya lebih tepat definisinya. Kalau nak lebih tepat, tanyalah orang sawit, sahih diorang lagi expert terma terma sawit daripada aku ni.

Ok. Aku cerita dalam post sebelum ini di mana kambing aku tak pernah kena kurap semenjak bebas meragut bawah pokok sawit. Kambing kambing ni ada makan buah sawit, dan sawit relai lebih digemari mereka. Rupanya ia sungguh baik untuk kesihatan kulit (dan libido, dan lain lain) disebabkan kandungan tinggi vitamin A dan E larut lemak.

Perhatikan di mana aku sebut vitamin A dan E larut lemak (fat soluble), bukannya vitamin A dan E semata mata. Watch out!

Anyway, ada satu lagi manfaat yang kita penternak kambing semua boleh kongsi bersama. Jeng jeng jeng....

Sawit relai adalah agen penambah kualiti karkas yang berkuasa. It is a powerful booster for carcass quality.

Damn powerful.

Baiklah. Penternak ruminan berpengalaman akan masukkan ternakan mereka ke dalam fasa 'finishing' atau penggemukan sebelum dijual demi meningkatkan kualiti dan berat karkas. Jadi nilai karkas naik, dan boleh dijual pada harga lebih tinggi.

Salah satu kriteria kualiti karkas yang tinggi ialah kemampuan daging mengekalkan warna kemerahan, atau bahasa sainsnya tinggi rintangan terhadap oksidasi (high resistance to oxidation). Biasanya warna daging yang merah pekat memikat kalbu (atau menyebabkan air liur bakal pengguna meleleh) cuma bertahan 2-3 hari walau pun disejukkan.

Jadi teknik yang digunakan untuk memanjangkan kemerahan karkas itu ialah dengan menyuntik vitamin E pada selang masa tertentu semasa kambing digemukkan. Aaaa biar tahap vitamin E dalam darah tinggi dan meninggi sebelum disembelih.

Ini kerana tahap vitamin E yang tinggi dalam sel akan menyebabkan oksidasi atau pereputan jadi lambat. Jadi kemerahan itu kekal lama sehingga sekurang kurangnya dua minggu. Bila nampak segar walaupun dah lama usia daging - pastinya nilai karkas itu meningkat.

Yep. Ini cara yang alami. Tak perlu guna dadah atau kimia untuk mencantikkan karkas.

TETAPI tak cukup alami. Vitamin E sintetik bagi aku adalah.... low class low standard.

Yang lebih alami lebih organik lebih mantap lebih berkuasa lebih oooommphhhh ialah ..... sawit relai. Ye tuan puan, buah sawit relai yang dok terbuang merata rata bawah pokok sawit tu sebenarnya antioksidan high class untuk kambing kita.

Peningkat kualiti karkas yang sangat baik lagi natural. Ianya kaya bukan sahaja vitamin E organik, tetapi juga vitamin vitamin dan enzim enzim yang sinergistik. Jauh melebihi kualiti vitamin E sintetik ciptaan manusia.

Aku sangat pasti kambing yang dapat makan buah sawit secara regular, akan tinggi tahap serum vitamin ADEK. Bila disembelih dan dilapah, karkasnya lambat mereput lambat oksidasi lambat luntur warna kemerahannya. Haaa memang baik betullah manfaat buah sawit ni kepada kambing kita.

Dan.... aku tak kata pkc atau pke ye. Aku kata buah sawit, utamanya yang relai lah. Yang merah merah kuning, yang bahagian luar tu, yang tinggi serabut. Bukannya 'kacang' kat dalam buah sawit tu ye.

Yang 'kacang' atau benih tu la yang diproses diperah dapat palm kernel oil dan sisanya ialah palm kernel cake atau palm kernel expeller. Dak dak bukan ni yang aku cerita. Tapi yang kat luar tu. Yang diperah dapat palm oil. Haaa...

Bahagian yang tinggi lemak tepu, dan sarat dengan vitamin ADEK.

It's organic. It's nourishing. It is a supercharged food for ruminants.

It's damn good.

Syukur kepada Tuhan kerana menganugerahkan pokok sawit untuk hidup subur di tanah air kita! Salam pembiak!


*Soalan untuk zulkifli muhammad di sabah - yang biasa proses sawit ni. Extraction palm oil atau extraction palm kernel oil yang temperature lebih tinggi? Berapa suhu untuk kedua dua proses tersebut?

Friday, October 25, 2013

SAWIT WARS : ATTACK ON THE CLONES

Kambing aku suka makan biji sawit. Suka betul diorang kerepak kerepuk mengunyah biji sawit. Mungkin sebab itu kambing aku tak pernah kena kurap, alhamdulillah. Ada sumber lemak yang bagus. Penuh vitamin A dan E, serta alpha tocopherol dan alpha tocotrienol.

Emm... ye lah, bagi kambing terkena kurap, cuba bagi biji sawit, kalau ada. Marjerin gaul dengan dedak boleh juga, tapi aku rasa lagi senang kutip biji sawit, lepas tu bagi kambing tu makan sendiri.

Bila pekerja potong buah sawit, aku takeover kerja gembala. Ni buah sawit aku, bukan orang lain punya ye. Tapi kambing pun makan sikit je. Sekor kambing adalah makan 1-3 biji. 

Kambing baru sangat keluar kandang. Misi meragut baru bermula.  Dah ada sekor tengah seronok kunyah biji sawit.
Kenduri! Attack the clones! Keropok kerepek kerepak kerepuk!

Thursday, October 24, 2013

PEJANTAN SEMASA : THOR

PEJANTAN KAMBING SEKARANG : THOR





Thor ni fotogenik sikit. Pandai dia berposing untuk gambar. Lagi sekor tu very camera shy. Berdesup lari kalau aku datang dekat.
_______________________

Before I proceed, I would like to touch a bit on my apparent lack of social skills which has baffled a great many of my friends. I would describe my social.... life...as..

Absolutely Titanic. Sunk so deep into the ocean floor that recovery is not an option. Or...

Frozen in time. Entombed far deep in the icyness, and coldness of loneliness. And the isolation I experienced during the early years of goat breeding only enforces my overwhelming need for solitude.

I am comfortable with loneliness. And I doubt anyone can pull me out of this. Even my wife has trouble understanding the loner in me. And I do pity her.
_______________________

Ok. Masuk cerita utama. Aku sekarang ada dua pejantan atau bapak kambing. Servis 100 lebih induk atau kambing betina. Melebihi nisbah 1:20 yang biasa dicadangkan. Yep nisbah aku ialah 1:55. Dan tiada masa rehat yang diberikan. Juga tiada makanan special.

Jadi semua pejantan aku tak boleh lembik manja mengada ngada. Kena fit, cergas, dan superb conditioning. Betul betul macam Spartiates zaman Yunani dahulu kala.

Ada beberapa kriteria yang aku gunakan sebelum aku jadikan kambing jantan sebagai pejantan. Aku tak akan cerita semua. Sikit aje.

First, dari segi keperluan deworming. Semua anak kambing, biasanya aku akan deworm masa cerai susu. Sekali dalam tahun pertama umur mereka. Bagi pejantan, sekali itu ajelah. Kalau ada lagi deworming kena buat selepas itu - aku terus downgrade. Tak layak jadi pejantan untuk kawanan kambing aku. Jadi jantan boleh.

Walaupun herbal dewormer yang digunakan.

Yep kriteria pejantan aku, ialah dia mesti mampu hidup subur tanpa perlu bantuan dewormer. Mesti ada tahap rintang (resistance) dan daya tahan (resilience) yang tinggi. Brutal tak brutal, aku takde kompromi dalam hal ini.

Peduli apa jantan fullblood, high value, ada sijil bagai, mahal macam mana sekali pun. Aku cari yang lasak, yang mantap, yang boleh hidup subur tanpa campurtangan mendalam manusia.

Itu satu. Yang keduanya faktor libido. Mana mana anak jantan yang dah sibuk nak mengawan masa kecik kecik lagi aku akan kenalpasti. Masuk dalam senarai bakal pejantan.

Berat masa cerai susu? Tapisan kedua.

Berat masa lahir? I don't give a damn.

Geng geng penyelidik kambing yang buat kajian kat ladang aku semuanya pening kepala bila aku kata aku tak ambik tahu berat lahir.

Hmmm, kriteria aku berbeza dengan penternak (pembiak pedaging) lain. Dan apa yang aku buat - has served me well. Aku memang consider libido dulu, kemudian berat cerai susu, lepas tu baru berat lahir.

Mestilah. Kita kan membiak. Libido kena tinggi. Takde libido, takde nafsu nak mengawan, takde nafsu nak membiak - apa cerita operasi pembiakan kita ye tak? Berat kambing ni patutnya secondary consideration.

Cuaca tropika macam kita ni dah menganugerahkan suatu kelebihan kepada umat tropika - libido tinggi, pantas membiak, dan kadar kelahiran tinggi. Sepanjang tahun. Jadi kita patut eksploit kelebihan ini semahu mahunya.

Jangan ikut amalan umat zon panas kering atau zon temperate atau zon artik. Setiap umat berbeza kelebihan dan kekurangan. Jadi jangan asyik membebel tentang kekurangan kita. Sibuklah nak import besar besaran kambing luar dok kata kambing sendiri takde kualiti. Padahal kelebihan depan mata yang besar bagaikan gajah tak nampak nampak.

Pelik kan?

So itu sajelah aku berkongsi pandangan buat masa ini.

Dan Thor bukanlah pejantan primer aku. Nope he is not. Dia ni pejantan sekunder. Bukan alpha male.


hmmm...........

MCKK

Malay College Kuala Kangsar. 1991-1995.

I was one of them. Yet I have been deep in isolation.

Now I have been discovered.

So guys, thanks for all those beautiful memories. Brilliance and foolishness, happiness and sadness, joy and sorrow.

Each one of us has morphed into someone unrecognizable from the days of old. How time (and excess food) changes our appearance.
___________________

Aku nak mintak maaf kepada semua rakan rakan sekolah, especially yang duduk di asrama pavillion tahun 1995. Masa bulan puasa. Sepanjang ramadan. Malam lepas tarawih. Mana mana student yang dok guna jamban untuk melepaskan hajat akan disambut dengan letupan kuat mercun bola.

Habih tersentak sistem perkumuhan, dan hasil hasil perkumuhan. Semua yang tengah berkumuh berteriak bersumpah seranah.

Well, itulah kerja aku. Kacau orang tengah khayal mahsyuk buang air besar dengan letupan mercun bola tiba tiba. Oh I am bad. Too bad. Nampak sangat banyak lagi wayar wayar neuron neuron otak aku belum bersambung sepenuhnya.

Aku rasa bersalah. Tapikan ada dua budak lagi yang buat kerja ni dengan aku. Tak tahulah diorang mengaku atau tidak.

Apa apa pun aku mintak maaflah banyak banyak mengganggu ketenteraman awam.


Thanks everybody for the calls and the likes. Thank you my dear old friends!

Wednesday, October 23, 2013

DIEGO SANG TERRORIS


Terroris kepada kambing kambing.


Diego kuda aku. Manja dan mengada ngada. Dah lapan tahun umurnya. 

Sekarang dia menggunakan taktik terroris untuk mendapatkan dedak tambahan. Dia akan tunggu dan mengawal jalan masuk ke kandang. Bila kawanan kambing balik, Diego tak akan bagi kambing lalu jalan tersebut. Dan semua kambing takut kepada Diego. 

Habih lari berterabur bila dikejar Diego. Jadi aku terpaksa tambah ration dedak untuk Diego (bayar duit kopi, atau duit 'dedak' hehehe). Barulah dia benarkan kambing balik ke kandang. Aiiii Diego Diego.... awat tiba tiba jadi terroris ni?

Tengok tu.. panik kambing dibuatnya bila Diego kejar
Selagi tak dapat dedak (dan dedak akan diberi kat pondok kuda sebelah kanan tu), selagi tu lah Diego jadi pengawal tegar jalan atau gatekeeper tak bagi kambing balik. Mana ntah dia belajar taktik terroris ni..


Anyway, purata belanja sebulan untuk Diego buat masa ini ialah $100 - sekiranya aku lepaskan dia kat luar untuk grazing. Dedak tetap kena bagi sebagai umpan balik kandang setiap hari. Kalau grazing kat dalam kawasan ladang aje - belanja terus melompat jadi $200-$300 sebulan pasal kena bagi dedak lebih. 

Yang peliknya, bila input rendah - kuda jadi sihat, ceria, takde penurunan tahap kesihatan. Bila input tinggi ( bila dikurung), kuda jadi kurus, kurang ceria, kuku merekah, banyak songehnya.

Hmmm low input (semi intensive system) memang baik sangat untuk ruminan. Ye tak?

Tuesday, October 22, 2013

GEAR PENGEMBALA


Apa yang aku bawa dalam beg gembala semalam.


Pertama sekali, air minum. Wajib bawa ni. Biasa 1.5 liter. Kalau musim panas, memang habis aku teguk. Tapi semalam banyak mendung, jadi tak panas, so aku minum suku aje.

Kedua, bekal makanan tengahari. Aku prefer high fat diet bila sampai masanya aku mengembala. Pagi semalam dah makan 2 bungkus nasi lemak, dan 2 biji telur goreng. Tapi tengahari dah lapar. Aku sebat bekal nasi lemak sebungkus sebelum amik gambar ni. Tinggal lagi sebungkus. 

Ketiga, belimbing buluh yang aku jumpa masa gembala. Pokok belimbing yang tumbuh meliar. Buat makanan pengunyah.

Keempat topi cap Mardi kesayangan aku. Hadiah dari encik Yunus yang dah pencen dari Mardi Kuala Kangsar. Errmm ARB takde buat topi khas pengembala ke hehehe. Topi ni penting utamanya masa hujan. Aku ni kan pakai cermin mata, susah jadinya kalau takde topi yang melindungi.

Kelima pemetik api. Khas bila sampai mood nak jadi penyumbang global warming. Tapi biasanya tak datang datang pun mood tu.

Keenam bedak nyaman. Saja je bawak, mana tahu terkena ulat bulu yang memang suka bergantung celah celah sawit. 'Berapi' kalau tersentuh ulat bulu ni. Bubuh bedak lega sikit.

Ketujuh suratkhabar. Wajib bawak ni. High priority item. Tak kisahlah tahun sudah punya pun. Janji boleh baca bila kambing dah rilek rilek masa meragut - dua jam selepas turun kandang.

Kelapan pisau. Biasanya pisau aku sangkut kat pinggang. Tapi semalam terlupa pakai tali pinggang. Jadi masuk dalam beg aje. 

Kesembilan handphone murah. Paling murah. Paling lasak. Tak berani nak guna smartphone yang canggih manggih tapi sensitif. Gembala ni kerja lasak. Berpanas berhujan. Aku tukar handphone setiap tahun pasal cepat rosak. 

Kesepuluh tasbih. Baru lagi bawak ni. Semenjak berhadapan kematian orang yang rapat, ada terbit rasa keinsafan. Aku takut mati. Aku belum bersedia untuk mati. Jadi buat sedikit persediaan dan bekalan sebelum menghadap Tuhan. Wonderful item. Gives me peace. Inner peace. Dan kurangkan masa aku berangan angan jadi Ironman.

Haaa inilah benda benda yang aku selalu bawak masa gembala. Banyak juga ye. Buat berat ajo. 

Salam pengembala!

Haa nasi lemak sebelum dia jadi arwah. ada satu makcik yang pandai buat, pekat sikit santannya. Baru lah betul betul nasi lemak ye tak?
Pokok belimbing buluh yang tumbuh liar tidak bertuan. Aku ambik sikit buahnya buat kunyah kunyah. Kambing suka makan daun belimbing.


GAMBAR KAMBING BALIK MERAGUT

Di facebook, aku ada upload video kambing balik meragut. Cuba upload pada blog ni, tapi error memanjang. Sebagai gantinya, gambar gambar ketika kambing baru habis meragut dan nak balik ke kandang.


Kawasan ragut terjauh yang diorang pergi meragut semalam. 1.5km dari kandang. Nampak macam luas kawasan ragut aku, tapi sebenarnya banyak kawasan kena racun. Banyak berjalan dari makan sebenarnya hehehe. Aku rasa ada dalam 5 kilometer aku berjalan kehulu kehilir gembala kambing ni.

On the way home

Dah hampir dengan kandang. Lagi 300 meter. Semua ni adalah kambing betina induk, ada 100 ekor lebih.  Pejantan ada  dua ekor, ikut sekali meragut. Bagi fit dan cergas semuanya, agar tinggi breeding vitality.
Happy time! 



Monday, October 21, 2013

GAMBAR KAMBING LEPAS MERAGUT


Gambar di atas diambil ketika kambing baru turun sejam dari kandang, dan meragut di kebun sawit bersebelahan. Sebahagian kambing, ada lagi yang tak nampak. Lebih 100 ekor kambing turun meragut. Ada lebih 150 anak anak kambing tinggal di kandang. Dulu nisbah 100 ibu : 200 anak, sekarang 100 ibu : 150 anak pasalnya semua anak anak cecah umur 5-6 bulan aku dah jual. Tak sempat nak buat penggemukan.

 Jarak antara sang gembala (aku) dengan kambing terjauh ialah 150-200 meter. Aku tengah duduk melepak sambil baca suratkhabar hehehe (warning : semua gembala baru jangan ikut style malas aku ni). Ada anjing gembala jaga nun di kejauhan (jaga lah sangat, sibuk kejar tupai aje). 

Semua yang turun meragut adalah ibu veteran. Kadang kadang terlepas juga anak baru cerai susu, atau belum cerai susu. Ini tak pasal pasal menambahkan kerja pemantauan aku. Sebab tu aku suka aje biarkan anak anak kat kandang. Tak payah dah risau sangat masa gembala. Boleh rilek sikit masa gembala baca suratkhabar, atau berangan angan jadi Ironman pakai sut armor Mark 42.

Aku pernah cuba bela boer tulen dan jamna tulen ikut style gembala. Memang gemuk bulat jadinya. Boer jadi bulat sebulat bulatnya. Baru beranak hari ni, pelawat kata mengandung lagi ke kambing boer ni. Haa sampai macam itu punya bulat. Jamna juga naik body score, tak nampak pipihnya. Memang nampak berisi betul.

Tapikan darah pribumi atau kacukan darah pribumi tetap menawarkan kadar pembiakan terpantas, dan penjagaan termudah. Betul betul low input high output. Dan kepercayaan aku pada darah pribumi, dan sunnah nabi mengembala - adalah 'unshakeable'. Tidak goyah sedikit pun, walau pun banyak penternak utamanya penternak baru dan intermediate seringkali cuba mencampakkan benih keraguan.

Bagi baka asing, sistem semi intensif boleh menggemukkan mereka, tetapi input tinggi perlu dikeluarkan untuk memperbaiki kadar pembiakan. Tetapi.... masih tidak mampu mencapai tahap pembiakan darah peribumi, darah anak anak tempatan, darah anak melayu. 

Semenjak aku terbitkan rekod kadar pembiakan di ladang aku, ada penternak yang 'claim' bukan bukan dasat dasat,  ambil kesempatan atas apa yang aku kongsikan, dan dia pusing balik cuba mengelirukan penternak baru  demi keuntungan diri sendiri - tetapi aku tahu realiti sebenarnya, dan aku sedang memerhatikan. Jadi kepada semua bakal pembiak kambing, dan pembiak baru, berhati hati dengan pemilihan mentor pembiak.

Anyway, ada lagi gambar akan menyusul. Buat sekeping keping, pasal facebook leceh la bab masuk masuk gambar ni. Ke aku yang tak pandai hahaha. Salahkan facebook plak, padahal diri sendiri enggak ngerti pak. 

Ok ok selamat menternak semua!





Sunday, October 20, 2013

ORANG PEREMPUAN KUAT SEMANGAT



Dan penyelamat masa depan industri ternakan kambing di Malaysia.

_________________________

Bila aku buat keputusan untuk terjun dalam industri ternakan dan memilih jalan seorang pembiak dan pengembala kambing, aku tahu aku akan berdepan kesukaran. Aku tahu aku kena lalu kesusahan sebelum dapat merasa kesenangan.

Dan sepertimana lain lain usahawan dengan bisnes pertama mereka, wujud rasa sangsi dan hampir saja putus asa.

Sebenarnya banyak kali juga rasa hilang semangat. Terasa diri sudah gagal, dan tidak mampu meneruskan. Kadang kadang menangis sendirian dan sering sangat tidur dalam kerisauan yang membukit.

Tapi apa yang membuatkan aku terus kuat semangat bila bangun tidur setiap hari ialah mengenangkan rakan rakan ternak yang perempuan masih tabah menternak kambing. Mereka berdepan cabaran yang lebih sukar berbanding aku.

Ada anak dara, ada mak dara, ada nenek dara.

Semua penternak perempuan yang melakukan kerja menternak sendirian semuanya mendatangkan inspirasi buat aku. Kesusahan yang mereka lalui, dan ketabahan yang mereka tunjukkan ketika mengharunginya, menyebabkan aku terfikir alangkah malunya kalau aku menyerah diri tatkala mereka semua masih mampu tersenyum ceria.

Aku terfikir betapa kuatnya orang perempuan dalam situasi sukar. Dari mana mereka mendapat kekuatan tersebut?

Barangkali sebab mereka sudah biasa kerja dua kali ganda (atau berganda ganda) untuk membuktikan diri mereka setanding atau lebih baik dari lelaki.

Apa apa pun, aku berterima kasih kepada semua penternak perempuan yang menjadi contoh dan pendorong semangat buat penternak lain. Terima kasih banyak banyak.

Dan... aku fikir kita semua patut menggalakkan penyertaan orang perempuan ke dalam industri ternakan sebanyak banyaknya. Kita patut memudahkan penyertaan mereka. Kita patut menggunakan dan adaptasi kekuatan dan kelemahan orang perempuan untuk menyemarakkan hijrah mereka ke dalam industri.

Contohnya, saiz guni dedak yang 50kg yang membebankan tu patut dikecikkan jadi 25kg atau 10kg. Biar senang orang pompuan angkat.

Saiz kambing juga patutnya kecil dan kiut miut. Senang orang pompuan menguruskan.

Mesin mesin macam mesin chopper juga biarlah lebih ringan dan kecil. Mudah orang pompuan operate.

Dan... apa apa lagilah yang memudahkan mereka (aku tak boleh pikir lah lain lain contoh sekarang ni, sorry.)

Ye lah, penyertaan orang perempuan akan menyelamatkan masa depan industri kambing di Malaysia. Kalau kita tengok skim mikrokredit di negara negara dunia ketiga, pinjaman kecil yang diberikan untuk orang perempuan memulakan bisnes, memiliki kadar bayaran balik pinjaman yang sangat tinggi.

Maknanya orang perempuan sangat tekun meniaga, dan kadar kejayaan mereka sangat tinggi.

Haaa pasal tu kita kena galakkan sangat orang perempuan masuk industri ternakan ni. Pasti wujud perubahan drastik nanti.

Kalau kita tengok di afrika, di mana wujud skim pinjaman mikrokredit untuk penternakan yang diberi kepada orang perempuan, didapati lembu atau kambing yang mereka usahakan sangat mendatangkan hasil. Bukan sahaja kepada diri mereka, tetapi juga mendatangkan manfaat besar kepada anak anak mereka. Mengubah suasana kampung dari penuh anak anak kurus kelaparan kepada anak anak sihat yang berlari sekitar kampung.

Bukannya besar pun dana yang diperlukan. Langsung tak perlu dana taraf NFC. Dana besar besar ni semua mengarut aje yang banyak. Merosakkan negara ada, bukannya menyuburkan negara.

Lebih baik kita buat skim mikrokredit ternakan, dan yang diberi khusus untuk orang perempuan sahaja. Aku pasti, sangat pasti, mereka golongan hawa sangat berdaya saing, dan mampu membawa industri ke masa depan yang lebih cerah.


Tabik dengan penternak perempuan!

Saturday, October 19, 2013

PARIS HILTON KENA KUTU BABI !!


Ini Hilton. Paris Hilton. Gambar dia masa baru terkena kutu babi. Infection in progress. Halus tak nampak lagi kutunya. Beberapa hari kemudian, ada banyak kutu babi besar besar bergantungan pada celah celah bulunya. Sekejap aje dari badan bulat terus jadi kurus.

Paris Hilton ni anjing ketujuh. Jumpa dalam parit. Masa tu anak kecik lagi. Kesian. Tak tahu lah kena buang atau terbuang. Pekerja aku kutip bawa balik rumah kasi makan.

Semua tujuh anjing dari dulu sampai sekarang adalah terjumpa. Dan  empat ekor jumpa dalam parit. Semua stok gelandangan punya ni.

Yang bagusnya Paris Hilton ni takdak pilih makanan. Semua dia bantai. 

Anyway jangkitan kutu babi adalah serius. Dan boleh bawa mati. Biasanya aku mandikan dengan campuran air dan malathion. Tapi aku terlupa mana pula aku letak si malathion ni.

Aku guna cydectin pour on. Tuang aje kat belakang badan tak yah cucuk cucuk.  6 tahun dulu aku beli. Cydectin ni  dewormer kambing atau rusa. Jenis tiga serangkai. Aku beli dulu saiz 2 liter $700. Tak guna pun untuk kambing ;) ;) melainkan untuk anak anak kambing dan mak kambing yang jenis susah nak handle masa bagi deworming.

Peh 6 tahun punya ubat tak habis habis lagi. Dah lama expired. Tapi sebab dalam bentuk minyak, aku rasa masih ada keaktifannya. Sekarang ni cydectin dah diharamkan dibawa masuk. Kalau ada lagi dijual itu dikira bahan seludup. 

Anyway aku harap Paris Hilton akan kembali pulih setelah diberi cydectin semalam. Kalau tak lari juga kutu babinya, aku kena mandikan juga lah budak ni. 

Itu saja!

Friday, October 18, 2013

BILA SEMUANYA FREE

Kambing percuma, makanan percuma, buruh percuma, ubat percuma..


Aku dalam kemusykilan.

Kelmarin, sebuah institusi datang melawat dan meminta khidmat nasihat memperbaiki program pembiakan kambing di ladang mereka. Projek mereka tak lah besar. Bukannya commercial scale. Kiranya small scale aje. Dan sekarang makin mengecil disebabkan kegagalan pembiakan.

Ada dekat dua tahun rasanya umur operasi kambing diorang ni. Asalnya beli kambing eksotik lagi eksklusif dari pembiak baka yang selalu menang pertandingan kambing - selalu menang dan sangat agresif dalam pemasaran dan selalu dapat bantuan agensi.

Sekarang diorang datang kat aku seorang pembiak pedaging, yang menggunakan baka biasa biasa, dan bela cara cincai tunggang langgang, dengan harapan dapat 'turnaround' projek mereka.

Apa yang aku 'dish out' semuanya free. Berbuih buih sampai jadi giant bubbles putrajaya jugalah mulut aku ni bercerita.

Dan ianya lari dari kefahaman dan kepercayaan asal mereka berkenaan kambing. Menyebabkan mereka semua sangat terkejut dengan betapa mudahnya prinsip bela kambing yang aku utarakan.

Banyak sangat mitos dan pantang yang menyelubungi praktis mereka sebelum ini. Menjadikan bela kambing itu benda yang sukar, berinput tinggi, tapi hasil tiada.

Ok cuba kita bayangkan. Kambing dah lepas meragut dari awal pagi sampai lewat petang - kawasan ragut memang lebih dari cukup untuk bilangan kambing sedia ada. Kambing balik kandang, topup lagi dengan napier. Topup lagi dengan dedak. Mahal pula jenis dedaknya tu. Tapi diorang takde masalah dengan kos makanan yang tinggi sebab kerajaan tanggung - so ianya free.

Ubat cacing guna generasi terkini mahal punya. Buat style mass deworming. Dan takde masalah guna ubat ubatan mahal sebab kos ubat adalah free - kerajaan tanggung.

Buruh pun free. Bukannya cheap labor ye. Tapi free labor weh.

Tetapi kambing masih seriously underperforming. Pembiakan slow, anak banyak mati, dan jarak kelahiran terlalu lama.

Hmmm... selalu benda yang free free ni banyak masalah, banyak tak menjadi, banyak terbengkalai. Kalau kita ladang komersial dapat salah satu input percuma (tak kisahlah makanan percuma, atau buruh percuma, atau ubat percuma) huiii seronok sangatlah kita dibuatnya.

Tapi itulah kan, bila semuanya free, semua input percuma - ada aje yang tak kena. Musykil aku dibuatnya.

So diorang jemput aku datang ladang mereka. Aku tak pernah sampai, dan in sha allah aku akan melawat. Nak sangat tengok projek free input ni.


Selangkah ke alam misteri...