Awal
bulan sudah, aku jumpa seorang tukang urut. Refleksologis. Jenis yang
urut tapak kaki.
Orang
kampung. Umurnya 50an. Badan nampak mantap. Tapi matanya ada masalah
katarak, dan perlukan pembedahan. Rumahnya nampak sedikit daif. Dapat
bantuan pejabat zakat, dan jabatan kebajikan masyarakat.
Bini
ada tiga.
Pelik
juga aku, dasat juga orang tua ni, nampak je daif dapat bantuan sana
sini tapi bini tiga. Sedangkan mamat jutawan yang terlebih mampu pun
terkebil kebil takut nak kahwin lebih, inikan pula orang kampung yang
daif. Memang respek aah orang tuo ni.
Tapi
yang lebih buatkan aku tabik, ialah bilamana orang tuo ni cerita dia
mampu buat hubungan kelamin 14 kali sehari setiap hari. Pehhh... biar
betul..
Masa
aku mula mula dengar cerita orang tuo ni, memang ternganga terlopong
aku dibuatnya. Kagum aku jadinya. Melebihi kekaguman aku kepada
Mahathir Mohamad dan Nik Aziz buahaha...
Tapi
bila difikirkan balik, berdasarkan ilmu sains yang ada sedikit pada
aku, agaknya saja saja berlagak orang tuo ni, saja saja nak kenakan
aku.
Ok.
Setiap perlakuan seks yang normal akan menggunakan purata 700
kalori. Jumlah tenaga yang sama dengan sepinggan nasi + sepotong
daging atau ikan + sayur + telur.
Kalau
10 kali seks satu hari, maka kalori atau jumlah tenaga yang
diperlukan ialah 7000 kalori. Sebagai perbandingan, kerja buruh
binaan perlukan kalori sebanyak 4000 setiap hari. Kiranya seks 10
kali sehari ni kerja yang jauh lebih berat daripada kerja buruh.
Kalau
14 kali seks? 12800 kalori. Ini tenaga yang diperlukan oleh atlit
kelas dunia dalam latihan intensif atau pertandingan mereka, atau...
jumlah tenaga yang diperlukan oleh seorang askar yang berperang di
barisan hadapan sehari suntuk.
It
is very tiring. It is very resource intensive. It is ...
unmanageable.
Aku
tak dapat bayangkan betapa penatnya, dan betapa banyaknya makanan
yang perlu dimakan dalam usaha mengekalkan kemampuan seks 14 kali
sehari. Bukan itu sahaja, habih kerja lain tak menjadi.
Cerita
pasal sumber makanan yang diperlukan aje dah jadi seram. Makanan tak
boleh sebarang jenis. Mana boleh nasi 14 pinggan aje. Kena jenis
tinggi lemak dan protein agar mampu sintesis kolesterol berterusan.
Ini kerana kolesterol adalah komponen penting hormon seks dan
sperma/ovum. Jadi kena makan daging merah berkilo kilo setiap hari.
Berapa banyak belanja nak keluar?
Nope.
Nope. Aku tak percaya cakap orang tuo tu yang dia mampu buat 14 kali
setiap hari. 14 kali sehari sekali... boleh caya lagi. Hari hari? I
don't think so.
Dan
bagi kambing, 14 kali sehari tiap tiap hari ini adalah domain
pejantan unggul yang memiliki super stamina. Tetapi ini pun dalam
bentuk 'short burst' - bukannya long duration.
Bagi
aku, pembiakan sebenarnya adalah memenatkan. Bukannya suatu proses
yang rendah input tenaganya. Bukannya rendah keperluan kalori. Jadi
makanan kena cukup. Kena status 'secure'. Kalau nak kambing kita
pantas membiak, energy intake mesti cukup. Mesti lebih dari cukup.
So,
seks adalah baik dan menggembirakan. Tetapi dalam masa yang sama
memenatkan.
Kono
makan sepinggan nasi berlauk tiap tiap kali buat... kuikui..
patut pun daif,abih duit wat beli makanan untuk tambah tenaga,ehehehehe!.IMPOSIBLE
ReplyDelete