Memburu
ketidaksempurnaan.
Masa
awal awal aku menjadi pembiak kambing, dimana aku jaga semua kambing
seorang diri, aku pentingkan kesempurnaan. Aku memburu kesempurnaan.
Aku
kelam kabut bilamana ada kambing sakit walau pun sakit tu adalah
ringan. Pantas aku bagi ubat. Kandang aku bersih hari hari sapu.
Semua tahi kambing yang melekat celah celah lantai aku cungkil
bersih. Aku pastikan semua kambing dinyahcacing setiap 3 bulan
walaupun kambing nampak segar bugar sihat walafiat. Dan bilamana ada
orang nak melawat, aku pastikan suasana ladang dalam keadaan tiptop
nampak cantik berseri.
Hasilnya,
ladang aku cantik. Kambing aku bulat bulat. Gemuk gemuk. Kilat kilat.
Jauh lebih cantik dan sedap betul mata memandang berbanding kambing
aku sekarang.
Tetapi...
kadar kelahiran maksimum per tahun cuma 1.6 (100 ibu dapat 160 anak
per tahun). Tak dapat mencapai prestasi textbook kambing yang
biasanya 1.8 per tahun (100 ibu dapat 180 anak per tahun). Dan aku
kepenatan. Asyik pantau kambing. Asyik risau kambing.
Kesempurnaan
adalah beban yang sangat memberatkan.
Kini
aku tidak lagi sibuk sibuk nak nyahcacing setiap 3 bulan. Tidak lagi
kelam kabut nak bagi ubat itu ubat ini. Tidak lagi kacau bilau nak
sapu kandang bersih bersih hari hari.
Aku
membenarkan kekotoran. Aku membenarkan kecacingan. Aku membenarkan
kesakitan. Aku membenarkan kematian. Aku membenarkan kambing aku
menjadi lebih kurus.
Aku
membenarkan... ketidaksempurnaan.
Anehnya
prestasi kelahiran, dan keuntungan meningkat. Aku dapat kadar
kelahiran 2.3 per tahun secara konsisten setiap tahun. (100 ibu dapat
230 anak per tahun). Melebihi textbook kambing.
Akhirnya
aku faham. Sesungguhnya aku bukan Tuhan. Aku bukan Maha Pencipta. Aku
bukan Maha Bijaksana. Aku bukan Maha Sempurna.
Aku
adalah manusia. Aku hanyalah makhlukNya yang lemah serba serbi. Aku
adalah Maha Lemah. Aku adalah Maha Daif. Aku adalah Maha Cacat Cela.
Dan sesungguhnya bagi manusia..
Kesempurnaan
ialah ketidaksempurnaan.
Perfection
is imperfection.
Aku
tidak lagi memburu kesempurnaan.
Aku
buru... ketidaksempurnaan.
Salam
pembiak!
inspiring!
ReplyDelete