"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, February 18, 2013

THE TUBEWELL


Cerita ringan sikit. Pasal otak aku kali ni dalam situasi ekstensif - very low input, very low output. Ok, ladang aku cuacanya enam bulan kering enam bulan hujan. Musim hujan memang kuantiti air melampau lampau. Kena musim kering habih lesap semua surface water.

Ladang aku takde air paip. Jadi bekalan air untuk keperluan ladang kena guna pump. Kena tarik air dari tanah. Biasanya aku guna telaga lama yang dalamnya 8 kaki je. Diameter 2.5 kaki kot. Masa musim hujan, memang penuh air telaga. Pam lama mana pun, sekejap je dah penuh balik air.

Kalau musim hujan. Datang musim kering, kelam kabut dibuatnya bila air susut tinggal sekaki je. Dan aku dah lalu pengalaman pahit ini.

Jadi aku buat tubewell sebagai backup source. Bukan satu tapi dua tubewell. Tubewell pertama aku upah satu apek ni buat. Dia charge aku $1400. Diameter 2 inci, dan menurut kata apek ni, panjang tubewell yang dia buat 30 kaki. Dan dia berjanji kat aku, pemasangan dia siap dengan waranti. Kalau air takde, panggil je dia. Dia akan dalamkan tubewell tu tanpa sebarang cas tambahan.

Tapi bila menjengah musim kering, tubewell yang sepatutnya ada air, kering. Lagi cepat kering berbanding telaga lama. Bila aku check balik tubewell yang dibuat apek ni, rupanya cuma 7 kaki dalam. Hantu raya punya apek. Sedap betul dia kelentong aku.

Aku bayar $1400 untuk tubewell yang cuma 7 kaki dalam? Tak masuk akal. Memang manis masin masam pedas masak tiga rasa masak stim limau mulut si apek ni. Geram betul aku.

Oleh kerana tubewell pertama gagal berfungsi sepertimana yang aku harapkan, aku pun cadang nak buat tubewell lain. Tapi aku tak kenal sapa sapa kontraktor yang boleh buat.

Mujurlah ada satu orang Mardi ni menghulurkan pertolongan. En Yunus kat Mardi Kuala Kangsar. Dia ada kenal satu kawan yang boleh buat tubewell. Namanya Azlan, dulu kerja kat Jabatan Geologi. Sekarang kerjanya memang buat tubewell satu Malaysia.

Aku pun upah dia. Untuk tubewell diameter 2 inci. Walau pun metod sama - guna manual labor, dan tanah digerudi dengan water jet, tapi nampak saintifik sikit kaedahnya berbanding kaedah apek yang cincai tangkap muat je. Ada guna chemical khas, dan ada guna batu aggregat. Kedalaman yang dicapai adalah kedalaman maksimum yang mampu dibuat oleh manual labor, iaitu 100 kaki.

Air ada, walau pun musim kering. Itu yang penting. Laju atau slow tak kisah sangat janji air ada. Perit sungguh rasanya bila air takde. Itu bagi aku yang duduk ladang. Dan aku memang kasihan orang yang duduk kat flat tinggi tinggi bila bekalan air putus lama lama.

Jadi bagi tubewell yang kontraktor melayu ni buat, dia charge aku $1800. Oklah tu. $1800 untuk dalam 100 kaki. Bukannya $1400 untuk 7 kaki.

Di sini aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada En Yunus dari Mardi Kuala Kangsar yang telah membantu. Dah pencen rasanya. Tak tau buat projek apa pula sekarang ni. Terima kasih sekali lagi kepada En Yunus!

Anyway, tubewell 100 kaki ni aku cuma guna masa musim kering. Aku tak guna sepanjang tahun. Kos lebih tinggi berbanding guna telaga lama. Bila telaga lama dah banyak susut airnya, baru aku guna tubewell.

Sekarang terpaksa guna tubewell walau musim hujan. Sebabnya telaga lama dicemari tannin yang terlalu banyak. Kebun sebelah tebang sawit lama. Jadi dilonggok longgokkan sisa sisa sawit yang dah hancur tu. Dekat pula dengan telaga lama aku ni. Habis tercemar jadi merah pahit airnya. Lama juga nak tunggu air ni pulih balik. Kena banyak bersabar.

Tubewell kedua sedalam 100 kaki. Tubewell pertama tak nak tunjuk. Sakit hati eh!

Telaga lama yang tercemar airnya sekarang. Banyak sangat tannin. Jadi pahit airnya.

Longgokan sisa sawit kebun sebelah. Bawah zink karat tu telaga lama.

*Terima kasih diucapkan kepada saiful wahid dari grik yang datang melawat ladang aku. Siap bawak tetamu dari India. Berkenaan pertanyaannya samada kambing intensif sesuai atau tidak dimasukkan ke dalam sistem semi intensif - kalau boleh cari semi intensif juga sebagai ladang punca. Saves valuable time in adaptation period. Very valuable time. Performance boleh maintain.

Kalau intensif kepada semi intensif - performance akan jatuh ketara buat sementara waktu (sementara ke? aku perhatikan lama sangat weh!). Semakin ketara apabila semakin intensif kambingnya. Apalagi dah bergenerasi. Adaptation period too long, kita pula yang tak tahan. Boleh adapt dengan semi tapi tu lah ambik masa panjang.

Kena tengok betul betul.

Asalnya low input, kita boleh buat low input.
Asalnya high input, kita kena buat high input juga.
Asalnya high input, kita nak buat low input - kena bersedia untuk pening dulu (ada juga yang sampai tahap migrain), baru nampak hasil.

*Dan satu tip lagi, kalau nak buat pembiakan pedaging low input, jangan guna baka yang telinga panjang berpintal pintal melayut layut. Telinga panjang ok lagi.

Salam!

18 comments:

  1. Penternak tegar 1 check in. Haha

    ReplyDelete
  2. kalau diladang saya memang x ada air paip juga tapi kalau guna pam air memang ada saja air walau pun hanya 5 kaki..nampak ladang tuan ni memang extrem sikit cuaca panasnya...

    sekarang ni saya sedang mencari kawan penternak di sekitar sabah..manala tau satu hari nanti dapat juga melawat kandang2 sekitar sabah..boleh juga menambah dan berkongsi ilmu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Mohd Razlan ada 2 sahabat yg den kenal mntrnak kmbing di Sabah..sdr Kembara Insan@Awang@Zulkefli Mohamad ni blog dia http://myrigiagrofarm.blogspot.com/ dan sdr.Ir Azmer..kalu ada Facebook add la Keratong Agrofarm nnti den add dlm group pembiak kambing/biri..boleh bah kalau kau..hehe

      Delete
  3. Salam Bro. Alwi & Penternak Kambing sekelian... kalau ladang tak dak air dan perlukan air bawah tanah/tube well, contactlah geologist atau lebih tepat lagi hdrogeologist.. Kami boleh membantu menadapatkan sumber air bawah tanah. Jangalah harap ke apek atau sembarangan orang yang claimed expert pasal air bawah tanah lagi..he..he.. ken kaput le jawabnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhh hydrogeologist, bukannya apek o logist. haha

      Delete
  4. projek akan datang di perak nanti pun silap2 kena buat telaga gak, pastu kena sedut naik atas bukit. hahaha. kopak2.

    artikel baru saya, Aerobic Stability of Silage otai-otai, jemput komen. hehe

    ReplyDelete
  5. It hapρеns to bе a сhеf's expression for 'а ρlаce for аll
    the рieces anԁ all kіnds оf
    things in іts рlace'. Then there are scientists and other worried citizens who are seemingly fighting a getting rid of fight to stem the tide primary toward environmental Armageddon or as the title of this blog post phone calls it "Warmageddon. The blood of these who live a lifestyle of consume, consume and be merry is elementary and their respiratory is terribly speedy.

    my blog; old stone oven

    ReplyDelete
  6. Kalo atas bukit bleh x gali telaga cam prof alwi ni?kandang saya pakai air ujan.kalo xujan kene angkut air paip dr umah.mletihkan n kos!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh takde masalah. tapi macam TAJ cakap, elok panggil hydrogeologist, biar diorang yang cari air.

      Delete
  7. boleh sy dapatkan maklumat en azlan yang buat tubewell nie... berhajat nak buat di kebun sy...

    ReplyDelete
  8. Ada contact number encik Mardi tu tak

    ReplyDelete
  9. Boleh bagi no. Kontraktor tube well tak?

    ReplyDelete
  10. Boleh bagi no. Kontraktor tube well tak?

    ReplyDelete
  11. Boleh bagi no. Kontraktor tube well tak?

    ReplyDelete
  12. Pls call 0139824322 / 0199869272 for tube well

    ReplyDelete
  13. Pls call 0139824322 / 0199869272 for tube well

    ReplyDelete