"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, April 15, 2014

WHAT CRISIS ???

"Conjure a crisis, and emerges as a hero"

Aku tak merujuk kepada Ismail Sabri, Pak Menteri Tani, tetapi orang orang sekelilingnya. Ada antara mereka yang bercita cita tinggi dalam politik, mahukan tiket ekspres dalam karier politik, dan mereka ini berpegang kepada mantra di atas.

Cipta krisis yang nampak sangat mencemaskan, tapi sebenarnya mudah diselesaikan, berikan jawapan dan jaminan segera lagi meyakinkan - poof! terus nampak sebagai hero atau penyelamat yang boleh diharap. Dependable hero. Dapatlah kuasa. Dapatlah pengaruh. Dapatlah 'some degree of political points'.

Kenampakan sebagai hero yang ada kuasa dan pengaruh adalah penting untuk mengharungi lautan politik yang penuh gelora dan badai. Tunjukkan diri sebagai 'solution provider', tunjukkan diri sebagai boleh diharap, - hadiahnya - cepatlah naik ranking dalam politik.

And politics is the next step in life for the more ambitious ketua ketua jabatan kerajaan.
_________________________

Krisis bekalan lembu hidup? Krisis bekalan daging lembu segar?

It's more like a bubble than a crisis. And a bubble, when it burst, is more devastating than a crisis. Death everywhere.

Bagi sesiapa yang telah lama dalam industri ternakan, akan perasan kitaran ganas ini. Gelembung demi gelembung dicipta (biasanya bila ketua jabatan bertukar), semua orang jadi excited, semua orang melabur, alih alih belum sempat menikmati pulangan - bedebum! langit runtuh. Ramai tergolek kelemasan.

Realitinya polisi ternakan kita sekarang semuanya short term. Takde sapa yang nak ambik pandangan jangka panjang atau visi. Sebabnya hadiah (nama, legasi, kuasa dan pengaruh) untuk pemikiran jangka panjang (vision) tak boleh dikaut ketika menjawat pangkat tertinggi dalam jabatan dan unit unit penetapan polisi.

Penat penat merangka polisi jangka panjang, dan penat penat menyelia langkah langkah jangka panjang, alih alih orang lepas aku yang dapat nama?, yang dapat legasi? - ah tak boleh tak boleh. Mana boleh macam ni.. totally unacceptable.

Sebab itu kita tengok bubble demi bubble tercipta. Sebab itu kita boleh nampak kesan buruk yang wujud bila bubble pecah.

Personal ambition orang orang keliling menteri.

Dan sebenarnya menteri lebih banyak menghabiskan masa mengurus kerenah orang orang sekelilingnya berbanding menguruskan kebajikan petani penternak nelayan.
__________________________

Selain personal ambition para pembuat polisi yang menyelia kita golongan petani penternak nelayan, apa yang aku nampak, dalam 'krisis' bekalan lembu hidup ni, sepertimana aku dah cerita dalam post post terdahulu, ialah kebergantungan kita kepada negara negara bukan Islam dalam bab makananan.

Mana ada orang kafir akan senang lenang rilek je tengok orang Islam? Tuhan kata dah kan?, Nabi pun kata dah kan? Orang kafir tak akan senang lenang selagi kita tak ikut cara hidup dia.

Pasti dan pasti, sebagaimana yang diberitakan Allah dan RasulNya, orang kafir senantiasa memerah otak siang dan malam mencari cari jalan untuk menekan menindas umat Islam agar kita hilang kepercayaan kepada Allah dan RasulNya. Dan kebergantungan umat Islam kepada orang kafir dalam bab sumber makanan adalah satu peluang keemasan yang sangat dinanti nantikan.

.... kita biarkan orang kafir menguasai perut kita umat Islam, kita biarkan orang kafir menguasai sumber binatang untuk upacara keagamaan kita (korban dan aqiqah), kita biarkan orang kafir bergelak ketawa melihat kebergantungan kita kepada mereka...

Sebab itu kita terus berulangkali tenggelam dalam krisis demi krisis. Kita bayar dengan harga tinggi. Kita bayar dengan maruah kita. Manakah harga diri kita? Manakah harga iman kita?

Itu no dua. Yang no tiga pula. Bila dah bergantung kepada orang kafir, kita benarkan pula sang pengimport yang kafir juga, menjadi terlalu besar dan monopoli pasaran import dari negara negara kafir.

Kafir atas kafir. Double power. Double damage. Pening kita umat Islam Malaysia ni! Haduh laa... Kafir sahaja yang habih takluk semua rantaian makanan. Parah parah... memang benar kita sekarang dalam situasi paling kelam dalam sejarah industri...

Itu no tiga. Yang keeempat, polisi jangka panjang demi memastikan dasar sekuriti makanan negara tercapai, mesti melibatkan program pembiakan. Mesti melibatkan golongan pembiak. Bukan semata mata kelas petani penternak nelayan.

Kelas pembiak mesti dibezakan, kerana inilah kelas yang sebenar benarnya teras dalam memastikan kejayaan dasar sekuriti makanan.

Sayangnya input daripada para pembiak selalu diketepikan. Dalam high level meeting peringkat federal, input pengimport diutamakan. Ada aje puak puak ni dalam meeting, walhal takdak kaitan pun dengan tajuk meeting. Input pembiak? Terangguk angguk semua yang hadir, yes sana yes sini, tapi taknak laksanakan.


Seperti kebiasaan, 'voice of reason' diketepikan, in favor of 'voice of greed and quick profit'. Itulah hakikatnya tuan puan. Cabaran kita sebagai pembiak yang pastinya berfikiran jangka panjang, dan cabaran kita sebagai pembiak dalam suasana industri yang gelap sekarang ini - adalah untuk terus menjadi 'voice of reason', atau 'voice of caution', terapung apung sendirian, dalam lautan yang dipenuhi gegak gempita 'voice of instant profit'.

So inilah analisa aku bilamana Berita Harian dan Kementerian Pertanian tengah 'kepoh isu krisis bekalan lembu hidup dan daging segar'.

Ianya bukan krisis.

Ianya adalah gelembung. Yang lebih bahaya daripada krisis, dan pastinya gelembung itu akan pecah sepertimana yang terjadi sebelum ini, dan..

Ramai yang akan terperangkap dalam kebinasaan..

Kembalilah kita semua menghayati kata kata Allah dan RasulNya..



2 comments:

  1. Couldn't agree more with you sir. Sekarang ni kan pertukaran Director General DVS. Itu yang dah nampak crisis@bubble tu.

    The successor pulak hanya ada setahun sebelum expired. Lagi sekali kena hadapi crisis@bubble. Nit much can be done in a year.

    Sedikit info. In 2013, 40,000 heads of Australian animals were brought in. By no other than you-know-who. Imagine the value. Close to 120mil if we put a price of RM3k per head.Minimum.

    ReplyDelete
  2. Dengar cerita perbincangan mengenai 'ruminant council' yg tertangguh begitu lama akan di 'hidupkan' semula (wakil penternak/pengimpot? negeri-negeri dijemput sekali, persatuan pembiak kita camne?).

    Begitulah, berbincang dan pelan saja tak habis habis. Action nya tak tahu bila dan mungkin 'tenggelam' begitu saja, seperti masa-masa lalu.

    Semalam aku baru balik dari KL berbincang dgn agensi-agensi (PEMANDU. MITI, MIDA, MOF) yg 'dekat' dgn pembuat polisi dan industrial players (tapi bukan psal ruminant tapi psal lain (LED Lighting). 'Corak' cerita nya seperti apa yg Prof sebutkan. Small industrial players (SMI) still 'struggling' or 'shitting' or 'bullshiting', if not 'collapsing' compared to MNC's or foreign investment companies which are fed 'so well' by government (as usual FDI). 'Fuck, Depart, Ignore'..saja..lawak je hehe..

    kita pembiak ibarat SMI je la samada tengah 'shiting' or tengah struggle atau near collapse.

    ReplyDelete