"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, April 30, 2014

MELAWAT LADANG TUAN OSMAN

Salam hormat semua pembaca!

Tengahari semalam, aku buat appointment dengan tuan osman nak melawat ladang kambing dia. Dia ada kat KL tapi pekerja dia adalah. Ladang dia "is somewhere' dalam daerah Batang Padang (dia nak privacy). Tapi semalam juga mak abah aku 'landing' ke teluk intan. Ziarah nenek aku. Jadi aku pun pergi sana dulu. 

Sampai ladang tuan osman dah lewat petang. Lewat betul. Kena pula musim hujan. Jalan pasir ke ladang tuan osman jadi 'adventurous'. Anak pompuan aku yang dua orang tu cemas menjerit jerit tak bagi aku teruskan perjalanan. Jadi aku letak kereta jauh sikit dan berjalan kaki ke ladang tuan osman. Adalah dalam 200 meter kot.

Aku rasa dekat pukul 7 petang baru aku masuk ladang tuan osman ni. Kalau lewat lagi, dah jadi style Don Jenal yang suka melawat ladang orang malam malam :) .  Jadi aku nak cepat cepat. Tak boleh lama lama. Lain kali ajo kalau nak lama lama sikit. 

Besar juga kandang tuan osman ni. Dah start menternak semenjak 2004.  Membiak. Intensif. Mulanya lembu, kemudian 2009 bertukar kambing. Ada satu kandang besar breeding. Ada satu kandang kecik sikit untuk kandang jualan. Total lebih kurang sama aku 300 ekor. Fasiliti ladang 'impressive' - ada banyak kemudahan. Surau pun ada.

Ayam peru pun ada. Rusa pun ada. Anjing belaan untuk sekuriti pun banyak (tapi babi hutan yang liar miar tak takut langsung dengan anjing banyak banyak ni - habih pagar disondolnya).

Baik. Antara gambar gambar yang ada. Sori. Dah gelap. Kamera aku buruk lagi uzur plak tu. 


Comel lote suraunya

Ni kandang jualan bawah bukit. Kandang breeding kat atas bukit. Penat juga nak menapak. Jadi aku tak pergi kandang breeding. Tapi dalam kandang jualan ada juga petak petak beranak dan berpenghuni. Ada mak kambing ada anak kambing. Kambing dibela jenis kacukan. Senang punya cerita.




Rusa! Tapi tak berapa nampak. Dah gelap sangat. Aku nak pi dekat, anjing pula banyak. Dukung anak pula tu. Lain kalilah ambik view cantik sikit.

Ok. Itu saja. Terima kasih tuan osman, juga supri yang setia  menjaga ladangnya semenjak 2004. Aku kagum dengan mana mana penternak yang dapat mempertahankan kesetiaan pekerjanya begitu lama. Syabas! 

Lain kali aku melawat lagi. Salam pembiak!!

Tuesday, April 29, 2014

PERSIMPANGAN SEKALI LAGI

Salam kepada semua pembaca,

Malam tadi anak anak aku demam panas. Batuk juga selsema. Banyak berjaga. Dan aku jadi cemas sepertimana seorang ayah yang cemas melihat anak anaknya kesakitan. Jadi malam tadi aku tak sempat buka blog dan facebook. Baru ni dapat buka. Dan aku tersenyum sendirian melihat komen komen pedas yang dilemparkan kepada aku. Termasuklah komen komen yang menyerang peribadi.

Dalam blog dan facebook aku, aku tidak menamakan individu, dan aku tidak menyerang keperibadian individu. Kalau kita bertelagah pendapat berkenaan strategi, polisi dan pelaksanaan polisi, maka ini adalah normal. Bila kita menyerang peribadi seseorang, maka.... aku fikir kita semua tahu setakat mana kita boleh nilai peribadi orang yang menyerang. 

Aku harap kita semua tidak akan memilih jalan 'character assassination' atau 'character undermining'. 

Baik. Isu asasnya ialah Pondok Tanjung. Aku menyatakan 'ketakutan' aku yang pengurusan ketiga akan menjadikan ianya sebagai ladang import besar besaran yang berlawanan dengan tujuan asal Pondok Tanjung. 

Dan aku juga fikir, sepatutnya pengurusan kedua diberi peluang dan diberi lebih masa untuk memulihkan projek tersebut. Mereka telah melabur jumlah yang banyak menggunakan dana mereka sendiri. 

Dan program mereka adalah jelas untuk pembiakan. Semasa aku melawat mereka adalah cerah kepada aku yang program pembiakan bakal menjadi paksi. Import import telah pun berhenti, dan dalam proses 'recovery' daripada kesilapan pengurusan pertama yang lalu. Dan untuk pengetahuan, pengurusan kedua adalah sebangsa seagama dengan pengurusan ketiga.

Dan aku juga fikir, taktik taktik pengurusan ketiga beserta badan yang menyelia, dalam mengeluarkan atau 'eject' pengurusan kedua, adalah cara yang kurang hormat. Tidak sepatutnya digunakan cara sebegitu.

Dan dalam masa yang sama, aku juga sedar, sebagaimana aku mendengar bagaimana pengurusan pertama dan kedua menceritakan hujah masing masing, aku juga kena mendengar hujah hujah daripada pengurusan ketiga. Demi mendapatkan gambaran yang lebih adil.

Dan aku juga sedar, nampaknya aku dijadikan salah satu instrumen untuk membentuk persepsi, oleh kesemua pengurusan. Dari yang pertama hinggalah yang ketiga.

Apa pun, aku tahu aku kena melawat sekali lagi Pondok Tanjung dibawah pengurusan baru ini, sebagaimana yang aku lakukan terhadap pengurusan pertama dan kedua.

*Sebenarnya pengurusan ketiga dah pun kenal aku, tapi tak perasan kot. Dalam mesyuarat halatuju industri dengan JPV federal tahun sudah. Pengurusan ketiga duduk belah kanan aku. Pengurusan kedua duduk belah kiri aku.

Dan aku tak sangka yang suatu hari nanti, kita semua akan bersilang jalan sekali lagi. 

Salam!





MUSUH DALAM SELIMUT ADALAH SEBENAR BENAR MUSUH

Panas panas pisang goreng panas!!!

"The struggle for power and profits will always involve many pawns. Some pawns are willing. Some pawns are unwilling. Some do not realize they are being made as pawns".

Sebaik selesai post Projek Wayang Nasional, aku ke ladang. Dan ladang tiada internet coverage. Jadi aku tak tahu apa yang terjadi. Tapi ada rakan pembiak yang call dan melaporkan post tersebut, baik di blog dan di facebook, tengah panas 'boiling hot'.

Nampaknya setiap post aku pasal Pondok Tanjung akan overheat. Daripada pengurusan pertama hinggalah pengurusan ketiga. Blog aku kecik. Tak banyak hits. Facebook pun sama kecik. Tak banyak hits. Tapi bila sentuh Pondok Tanjung, komentar aku dianggap ada nilai ancaman kepada status quo.

It is a form of acknowledgement. And compliment. Thank you.

Baik. Pertama sekali terima kasih kepada semua komen komen positif dan negatif. Yang ofensif dan defensif. Yang membidas dan mempertahankan.

Jangan guna anonymous please. Baling batu sembunyi tangan. Cara ini jelas menampakkan betapa 'stone age'nya personaliti pengkomen. Kena beranilah tunjukkan diri.

Yang keduanya, jangan gunalah cerita dengki mendengki sesama bangsa. Aku dah muak dengar komen macam ni. Asal beza pendapat aje dengki. Asal lain aje pandangan terus bertempik Melayu penuh hasad dengki. Bosan gila retorik low class macam ni.

Yang betul dengkinya, yang nampak setuju dengan kita, terhangguk hangguk yes sir semua pandangan kita, tapi kemudian senyap senyap tikam belakang kita. Itulah baru betul golongan pendengki penuh hasad.

Musuh yang terang benderang itulah barangkali kawan kita. Tapi musuh yang halimunan duduk dalam selimut itulah yang bahaya lagi merosakkan.

Ok. Apalagi... oh ye. Semua komen komen temasuk yang membidas lagi kritikal aku tak akan padamkan. Aku akan biarkan terpampang sejelas jelasnya. Tiada apa yang nak ditakutkan.

Bagus juga sekali sekala kena hentam. Adil lah. Biar puak puak importer bantai aku pula. Saling berbalas tembakan meriam. Meriah sikit suasana industri ye tak?

Lastly terima kasih kepada semua!

Thank you!!!

(Aku perhatikan banyak komen daripada orang orang baru yang belum nampak situasi sebenar industri. Orang lama rilek aje dah kenal sangat sifat puak puak importer. Apa pun terima kasih atas komen tuan puan semua).






Monday, April 28, 2014

SUSU SEGERA DAN SERBUK BUKAN SUNNAH..

Dua hari sudah, ada orang call nak order susu kambing mentah. 2 gallon. Atau 8 liter. Untuk guna dalam rawatan anti sihir. 

Pertama kali aku dengar susu kambing diguna untuk rawatan kerohanian. Biasanya untuk anak yang demam kuning, atau minuman kesihatan. Canggih juga ni. 

Tapi tu lah, aku bela kambing pedaging. Langsung tak fokus susu. Jadi tak dapat memenuhi permintaan susu ni. Bagi kat penternak lain. 

Yaaa... aku baru teringat. Cerita pasal susu kambing ni. Ada banyak produk susu kambing segera dalam pasaran. Banyak yang tumpang nama minuman Sunnah.

Tapikan, minuman Sunnah ialah susu kambing mentah. Susu kambing segar. Susu kambing tempatan. Dipelihara dan dibiakkan sendiri oleh kaum tempatan.

Banyak susu kambing segera ni dibuat dari susu serbuk yang diimport dari negara negara Anti Tuhan. 

Tak patut tak patut. Salah guna nama Nabi dan sunnahnya. 

Pemasaran yang menyeleweng.

Sesungguhnya susu kambing segar lagi mentah itulah sebenar benar minuman sunnah. Betul kan?


PROJEK WAYANG NASIONAL

Projek Boer Nasional di Pondok Tanjung dah bertukar menjadi Koridor Utara Ruminants Centre. KURC.

So ini adalah pengurusan ketiga yang menguruskan projek kambing $50 juta ni. Projek start 2009. Jadi dalam masa 5 tahun dah 3 pengurusan.

Isu saman menyaman juga sedang rancak bersambung sambung tak habis habis. Kacau bilau sungguh.

Takde stabiliti.

Sedangkan blueprint Projek Boer Nasional ialah membiakkan boer kelahiran tempatan untuk dibekalkan sebagai baka dan induk kepada penternak kambing tempatan seluruh Malaysia. Dan projek pembiakan adalah projek jangka panjang.

Dan semua projek jangka panjang perlukan stabiliti.

Perlukan masa.

Perlukan kepercayaan.

5 - 7 tahun adalah framework mana mana program jangka panjang. Masa ini baru nampak hasil yang berterusan dan berkepuk kepuk.

Dan pilihlah mereka yang mahir dan selari dengan objektif asal Projek Boer Nasional. Projek pembiakan kan. Jadi lantiklah pembiak sebagai pengurus. Koman koman pun penasihat.

Adalah input dari golongan pembiak. Asyik dengar input importer aje.


Ah pening lah Projek Wayang Nasional ni..

Projek Pembiakan dah bertukar jadi Projek Import Besar Besaran. Wayang sungguh!

Aku ni kena dibiakkan. Baru selari dengan dasar sekuriti makanan. Kalau aku asyik diimport, jawabnya..... sendiri mau ingatlah. Jangan main wayang bro!

MONDAY : PERMACULTURE VISITOR




Diego ni suka menyibuk kat kereta orang. Kali ini digigitnya guni pkc yang ada kat belakang keta Saiful ni. 

Lewat petang aku menerima kedatangan seorang penternak muda. Saiful. 28 tahun. Dari Grik, Perak. Second visit.

Saiful ni dulunya kerja dengan International Business Machine. IBM. Tahun sudah buat keputusan dramatik berhenti kerja dengan IBM dan kini menjadi petani dan penternak sepenuh masa. Dah kahwin. Bulan 1 yang sudah dapat anak sulung. Perempuan. Tahniah. Aku suka anak perempuan.

Di Grik, Saiful bukan penternak individu. Tetapi community farming. Ada 25 ekar kawasan bukit bukau yang diusahakan oleh 5 keluarga. Saiful salah satu keluarga dalam komuniti tersebut.

Apa yang diusahakan dalam kawasan itu mestilah mendapat persetujuan setiap ahli komuniti. Jadi ianya adalah 'close knit community'. Dan permuafakatan ini tercapai disebabkan semua ahli komuniti memiliki aliran pemikiran yang serupa.

Permaculture.

Jujurnya aku tak banyak tahu pasal konsep permaculture (memang tak tahu satu benda pun) tetapi apa yang aku tahu ialah permaculture objektifnya self sufficient. Closed loop system dimana tiada input luar diperlukan, atau pun diminimumkan sebanyak mungkin.

Untuk mencapai situasi ini (sebenarnya nenek moyang kita memang buat sebegini) yang sangat mencabar perjalananannya tetapi memang boleh, para petani penternak permaculture ni wajib peka pada alam. Kena betul betul faham kitaran alam semulajadi. Kena betul betul bersatu dengan alam.

This is work with nature. This is not work against nature.

Nampak mudah konsepnya ni, tapi praktikalnya bukan senang. Tertonggeng tonggeng jugalah nak pikir dan amalkan.

Anyway, apa yang turut membantu solidariti community permaculture di Grik ini ialah mereka memiliki guru yang sama, Syeikh Imran Nazar Hosein, seorang ulama terkemuka, yang cenderung pada pemikiran akhir zaman.

Eschatology. Apocalyptism.

Aku pernah baca buku buku karangan Imran Hosein ini, and yes... I am partly influenced by what he has written. Quite an eye opening, and heart opening, read.

Dalam AlQuran sendiri penuh lagi sarat dengan amaran kedatangan Hari Terakhir, dan ini mewujudkan satu sekolah teologi yang khusus mengkaji dan membuat persediaan untuk Hari Terakhir. Bukan Islam sahaja, tetapi Kristian dan Yahudi. Haaa... dan kupasan Imran Hosein berkenaan Hari Kiamat adalah antara yang paling bernas pernah aku baca.

Aku turut menggalakkan tuan puan untuk turut membaca.

Anyway, aku nak ucapkan terima kasih kepada Saiful yang datang dari jauh. Semoga usaha penternakan, dan pertaniannya (ayam, ikan keli, pisang) bertambah maju pada masa hadapan. In sha Allah!


Salam!

Sunday, April 27, 2014

BELALAH EDEN MAKANLAH EDEN

Penyakit penyakit ini boleh merebak kepada manusia dan boleh membawa mati dan juga kerugian berjuta juta ringgit.

Anjing - rabies atau anjing gila,

Babi - nipah dan japanese encephalitis,

Ayam - selsema burung,

Lembu - sakit kuku dan mulut,

Unta - Mars Cov syndromes

Kambing - ?.... 


Belalah eden, makanlah eden, jagalah eden baik baik kerana sesungguhnya edenlah haiwan penyelamat umat manusia jang oiiii..... 

SUNDAY IS AN ONDAY

Whoever said Sunday is an offday? 

Hari ni terima 3 kumpulan pelawat. Yang pertama Hafizi dari KL. Pelawat terjah ni. Takdak masalah. Aku ok aje. Takut yang terjah ni tertunggu tunggu aku lama sangat. Ataupun aku pi mana mana ka. Itu aje yang nak dielakkan. 

Anyway Hafizi datang dengan anak bini. Kerja kat KL tapi kandang kambing di Aloq Setaq. Belakang rumah mak ayah. Family tolong jaga. Adalah dalam 50 ekor kambing jamna cross. Hafizi dah biasa kambing lembu dari kecik. Dan sangat cenderung untuk menjadikan usaha ternak kambing sebagai kerja utama. 

Kandang buat sendiri aje. Buluh. Mantap! Bagus bagus. Sapa pandai bertukang dan ada masa, elok buat sendiri ajo. Performance kandang tak penting. Performance kambing yang penting. Yeahhh...

Gambar gambar. 

Hafizi muda lagi. 30 tahun. Dan datang tanpa mengetahui no telefon aku. Purely based on direction clues in blogs. Kiranya handal juga navigation skill bro Hafizi ni. Dan dia ternampak kambing aku sedang digembala tepi jalan. Mesti dapat no tepon aku dari gembala aku...

Haa gembala aku tengah bawak kambing ke sini. Mesti Hafizi terserempak dengan dia ni.

Tak lama lepas Hafizi sampai mak mak kambing pun balik dari meragut. Kebetulan hujan dah mula turun. Baik punya timing. Aku nak upload video tapi asyik error aje. "Federal reserve subprime crisis" aku dibuatnya..

Masa tengah tengah hujan lebat, group kedua pelawat sampai. Empat orang. Dari nun jauh di Utara. By appointment.  Tapi sorry tuan puan. Aku tak boleh mengeluarkan identiti kumpulan pelawat ni. For now it is a secret. Nanti ada orang panas buntut dan buat spekulasi macam macam. Ada gambar kereta aje. 

'Cantik Touareg ni, macam sedap aje cat kereta ni. Aku nak sign autograph lah' (dalam hati Diego si kuda).


"Diego was here".... aaaaahhhhhh cilakak Diego. Betul betul dia sign autograph. Woiii Diego sapa nak bayar gantirugi nih... Yang hang gatal sangat gigi tu kenapa??... adoh laa. Lepas ni semua pelawat ke ladang aku elok apply insuran khas yang boleh cover calar calar bonet kereta sebelum nak melawat ladang aku.

Ok. Pelawat ketiga sampai lewat petang. Orang kampung berdekatan. Saja saja nak borak kosong. Jadi aku rasa tak perlu ambil gambar dia. 

Terima kasih kepada semua para pelawat hari ini!




Saturday, April 26, 2014

YESTERDAY : PETANG

Sabtu. 26 April 2014.

Masuk lewat ke ladang. Makan tengahari kat rumah dulu. Main main dengan anak anak perempuan aku dulu. Masing masing kuat membebel. Non stop. 

Ok. Apa yang aku buat semalam. Di kandang. 

No 947 beranak. Single. Kali kedua beranak. 

Retagging (pasang semula tag) No 672 yang hilang. Kacukan toggenburg.  Beranak kembar pada 19hb lalu. Masa adik adik aku kahwin. Anak betina kedua duanya. Teteknya ada bengkak sedikit. Lain macam. Aku bagi injection terramycin LA.  

Memantau keadaan No 8 Losin dan 3 anaknya yang berumur sebulan. 2 ok 1 kecik sikit. Tetek Losin ada luka dan bengkak. Mesti pasal 3 ekor anaknya yang sentiasa berebut rebut puting. Bagi antibiotik. 

Memantau keadaan No 159 Buyutih dan 3 anaknya. 2 ok 1 kecik sikit. Biasalah tu bagi 3 anak. Tetek Buyutih ok. Takde tanda luka. 

Memantau keadaan No 52 Suu Kyi dan 3 anaknya. Tiga tiga ok saiz badan. 

Retagging No 121 Heliza. Body condition sedang menurun. Inilah yang terjadi apabila kambing beranakkan dua ekor jantan yang kuat minum susu dan tiada sebarang suplemen diberikan kepada induk. Juga tiada dewormer diberikan. Tetapi Heliza adalah produktif dan sangat menguntungkan. Dua ekor anak jantannya yang kini berumur 3 bulan aku asingkan (cerai susu) hari ini demi menjaga kondisi Heliza. 

 Kembar jantan anak kepada No 268 diasingkan untuk fattening phase. Budak budak ini 'very nervous' dan 'very jumpy' semasa berhadapan dengan aku. Boleh dilompatnya dinding kandang yang tinggi 4.5 kaki.... pehhh..

Anak jantan kepada No 95 Aiwa sedang cirit. Aku bagi antibiotik. Tapi aku rasa bukan pasal kuman ni.... tapi pasal beban cacing yang terlalu tinggi. Dan aku tak pernah bagi dewormer atau suplemen dedak. Kena pula libidonya kuat semacam. Makan tak cukup. Sibuk nak kahwin aje. Jadi badannya tengah heavy stress. Cacing ambik kesempatan. aiiii.... silap bagi ubat.. (atau pun rehatkan sekejap. Jaga makan. Yeah makes more sense...)


Anak jantan kepada induk No 323 juga diasingkan untuk fattening phase. Dah pandai ikut kawanan gembalaan. Rumen pun ok. 


Diego kau buat apa sebelah kereta ni? Aaaaaa...... mesti buat nakal ni. Aku saspen betul Kalau Si Diego ni dekat dekat dengan kereta. Mesti ada benda nak digigit.


Inilah apa yang terjadi kalau aku benarkan Diego main main dekat kereta. Habih calar kereta di'autographnya!'


Ni baru betul betul ayam kampung organik. Langsung takde dedak dan sebarang ubat. Cari makan sendiri. Ulat ulat cacing cacing dan serangga yang bersarang celah celah tahi kambing bawah kandang. Konfem daging ayam ni tinggi omega 3. 

Ok. Itu sahaja buat petang hari ini. Salam hormat!

Friday, April 25, 2014

ADIK ADIK AKU KAHWIN SERENTAK

Tahniah untuk adik lelaki aku Adli, dan adik perempuan aku Aimi. Majlis kenduri telah diadakan pada 19hb April yang lalu di ClubHouse Bukit Mahkota (open air concept). Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan memberi sumbangan. Terima kasih juga kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan majlis. 

(Adik ipar aku Teh Faieza, isteri kepada adik lelaki aku Adip ialah perunding majlis perkahwinan. Sapa sapa nak guna khidmat dia boleh contact aku. Nanti aku forwardkan contact number dia).

Sedikit gambar pada majlis tersebut. 

Adli yang baju kelabu. Aimi yang baju kuning. Anak perempuan aku yang dua orang pakai tudung dan kain purple. 


Semoga berbahagia selalu Oli dan Mimi!


Aku tak tahu macam mana empat orang nak pegang pisau sebatang..


Giant Bubble Putrajaya tengah setting up. Free untuk budak budak yang hadir. Pak Su aku ialah franchise owner untuk Malaysia. Dan adik aku Aimi ialah pengurus besarnya.


Pak Su aku menunjukkan skill main giant bubble. Aku sendiri tak pernah tengok trick macam ni. 

Ada juga chocolate fountain untuk budak budak kecik. Dan budak budak besar. Dan budak budak terlajak besar macam aku buahaha. Majlis kahwin ni cenderung kepada budak budak. Di Clubhouse ini ada playground dan juga swimming pool. Best untuk budak budak. 

Adik aku Arif sedang melayan anak anak buahnya buat autograph pada guestbook. 



Freestyle


More freestyle


Mr "Gianni Versace" dari Itali tersalah landing kat Malaysia


Anak perempuan sulung aku (kiri) bergambar dengan sepupunya

Anak perempuan kedua bergambar dengan Mak Ndaknya

Ok. Itu saja. Aku kata sedikit aje gambar. Tapi dah terlajak banyak dah ni. Salam!

TODAY : A SNAKE!

Petang tadi tangkap ular. Sawa batik. Berhampiran kandang kambing. Biasanya ular ular yang dijumpai dalam ladang akan dibunuh segera serta merta. Tapi yang ini ketuk sikit kepalanya. Bagi pening pening lalat. Ok. Severe concussion. 

Masa pegang ular ni dia masih hidup. Separuh koma. Masih menggeliang geliut. Sebenarnya, kali pertama pegang ular tanpa berlapik. Dulu dulu pegang ular semuanya bersarung tangan. 



Walaupun separuh koma, tapi natural reaction ular nak membelit tetap ada. Dia nak belit pinggang aku. Tak berani aku nak buat tali pinggang. 

Sawa batik ni takde nilai untuk peraih. Kalau tedung selar (king cobra) boleh dapat $80 - $300 bergantung kepada saiz dan body condition. 

Hari ini juga kambing beranak. Alhamdulillah. 

658 (tag dah habih kena gigit anak yang dulu) beranak kembar

163 beranak kembar (apakena gambar ni tiba2 macam ni plak?)

Salam!

Thursday, April 24, 2014

MONSTER DIE FIRST

And die quick.

Kebetulan aku dan House of Goats post cerita pasal kambing susu. Dan aku tertarik pada kambing susu yang dibela cara high tech atau high input di Pulau Pinang. Owner dia beranggapan very high input harapnya membawa kepada very high output. Malangnya strategi tak menjadi.

Bagi sapa sapa yang dah lama dalam industri, memang perasan sangatlah senario sebegini. Selalu sangat replay. Selalu sangat terjadi kepada peserta baru yang berkiblatkan importer, dan tidak mengendahkan nasihat rakan rakan pembiak.

Baik. Biasanya ada antara kalangan peserta baru, dibelakangi modal besar, dan biasanya takde pengalaman menternak kambing tetapi berdasarkan nasihat nasihat pembekal kambing (importer lah) dan pembekal sistem - terus buat skala besar. Ada yang lagi berani terus skala raksasa. Monster scale.

Dan biasanya gegak gempitalah para pembuat polisi pertanian, dan juga berkompanglah para pelaksana polisi pertanian, dan bergendang bergesek biola jugalah para pengamal media - mencanangkan ke seluruh pelusuk negeri agar diikut cara high tech lagi inovatif ini.

Ikutlah si mamat ini, ikutlah si apek ini, ikutlah si sangam ini, ikutlah si Jim John James - ikutlah inovasi para 'peneraju penternakan' yang canggih lagi maggih ini yang bakal mengubah masa depan industri ternakan. Padahal yang gah skala raksasa ini ada yang belum jual seekor kambing atau secawan susu pun.

Usahkan cerita pasal profitability, sales pun takdak. Tapi dia punya kompang... mak datuk bingit telinga kita dibuatnya.

Kecoh suruh kita ikut orang sana orang sini, tapi.... takde pula yang suruh kita ikut jalan Nabi. Takde kan? Sepanjang aku berada dalam industri ni, takde satu pun suara rasmi yang kata lebih baik ikut cara para Rasul Allah dalam menternak kambing.

Tradisional sangat katanya. Malulah kat pelawat luar negara yang datang. Takde kelas gembala gembala ni. Takde prestij lah sistem low input ni. Malu malu malu!

Hmmm...

Sebenarnya kan, para penternak dan pembiak baru ini diperbodohkan oleh para pengimport dan pembekal sistem dan juga ahli pakatan mereka.

Puak puak tu yang untung besar. Supply kambing, supply sistem, supply konsultansi. Fast buck. Big buck.

Penternak? Pembiak? Jadilah macam monster di atas. Quick to rise. Quick to die.

Dan para pengimport, dan para pembekal sistem, dan ahli pakatan mereka - akan terus berkeliaran memasang umpan mencari mangsa mangsa baru.

Dan kita berterusan menyambar umpan mereka...

Think..



KALAU KAMBING SUSU DIGEMBALA..

(Berdasarkan pengalaman kawan aku yang belasan tahun ternak kambing susu. Sekarang dah pencen. Aku sendiri tiada pengalaman menternak kambing susu. So please beware. I can be completely, utterly wrong).

Lebih 10 tahun dulu.

"Mr Somebody" dapat 250 ekar tanah milik JPV. Kawasan bukit bukau yang sangat indah lagi sejuk. Dan Mr Somebody telah mencurahkan lebih rm 2 juta untuk setup fasiliti kambing tenusu dan agro pelancongan di situ. Jumlah kambing tenusu ada 500 ekor. Saanen. Tulen.

250 ekor kawasan bukit ini telah ditanam dengan rumput. Ada macam macam pesen rumput (tapi tiada dedaun). Setiap paddock lain rumput. Tapi kebanyakan paddock ditanam rumput guinea. Kiranya 'highly managed pasture'. Beautifully managed pasture. Bukan rumput dan dedaun liar tumbuh semulajadi.

Keep that in mind.

Saanen tulen 500 ekor ini dibiarkan bebas 'meragut' (sebenarnya grazing, bukan browsing) dalam kawasan 250 ekar ini. Ada suplemen dedak no 5811. Penghasilan susu per ekor seperti biasa yang dijangka daripada seekor Saanen yang merentas zon cuaca. 2.0 - 2.5 liter per hari. Kalau di zon asalnya boleh dapat 3.0 - 4.0 liter susu setiap hari.

Mr Somebody ada kilang mini untuk menghasilkan produk berasaskan susu kambing. Yoghurt dan keju premium. Dan Mr Somebody memiliki instrumen pemasaran yang berkuasa. Sering dapat liputan media tempatan dan luar negara. Kiranya antara penternak kambing susu tercanggih di Malaysia ini suatu ketika dahulu.

Tetapi ada satu masalah.

Susu yang dihasilkan oleh kambing susu Saanen tulen dalam ladang Mr Somebody yang indah molek ini kurang kepekatan lemak. Cair. Langsung tak lepas untuk proses penghasilan yoghurt dan keju. (Susu Saanen memang banyak berbanding baka baka susu lain tetapi cair atau kurang berlemak - jadi 'kurang best' untuk citarasa pihak pihak tertentu).

Selain itu 'somatic cell count' atau kepekatan bakteria Salmonella dan Staphylococcus juga tinggi, jadi susu Gred A kurang, dalam ladang Mr Somebody.

Erti kata lain, input tinggi untuk kambing saanen tulen Mr Somebody tidak dapat menghasilkan output yang setara, baik untuk susu mentah, apalagi untuk keju dan yoghurt. Rendah kualitinya.

Jadi Mr Somebody terpaksa rekrut kawan aku yang menternak kambing saanen kacukan yang dibela secara gembala bawah sawit. Kawan aku ada 200 ekor saanen kacukan beserta nubian kacukan dan alpine kacukan. Susu daripada kambing kacukan yang digembala inilah yang membantu 'survival' bisnes Mr Somebody.

Kawan aku masa itu kurang nama kurang reputasi. Jadi bila dapat kontrak besar daripada Mr Somebody yang bereputasi tinggi, ok jalan ajelah, janji dapat consistent sales.

Susu daripada baka susu kacukan yang digembala nampaknya lebih pekat lemaknya (creamier), dan kurang kepekatan bakteria, dan ini menepati keperluan penghasilan keju dan yogurt premium Mr Somebody.

So apa yang aku nampak, takde masalah bela kambing susu jenis apa - tulen atau kacukan. Takde masalah juga gembala tak gembala. Yang pentingnya target market, dan kita kena tahu kaedah yang sesuai untuk mencapai pasaran sasaran.

Yaa... ada pelbagai jenis pasaran sasaran. Ada customer jenis nak susu berlemak. Customer yang ni pula nak kurang lemak. Ada yang very concern dengan status organik. Ada yang tak kisah langsung. Ada yang cerewet. Ada yang tak cerewet.

Yang pastinya, pasaran susu kambing lebih kompleks daripada pasaran kambing pedaging. Kena pula tahap komersial yang target mass market. Highly competitive. Yang small scale senang sikit boleh target niche market.

Tapi biasalah bila benda dah berisiko tinggi, kalau betul caranya, pulangan pun besarlah juga. Biasa biasa..

Salam pembiak!

(Pendirian aku masih cenderung kepada : jangka panjang, baka tempatan zon cuaca masing masing pastinya memberi darjah input-output yang terbaik).




TODAY

Hari ini Khamis. Pagi pagi aku dah tergopoh gapah ke ladang. Tak sempat breakfast dengan bini seperti kebiasaan. Tak sempat minum minuman berkafein seperti kebiasaan. 

Customer dah sampai kat ladang. Dalam  hujan lebat. Patutnya dia ambik hari Sabtu. Dia jadikan awal ke hari Jumaat. Kemudian dia awalkan pula ke hari Khamis. Kemudian awalkan ke awal awal pagi Khamis. Hari ini. Kelam kabut aku dibuatnya.

Ahli keluarga Naib Canselor UPSI. Tanjung Malim. 80km dari ladang aku. Out of normal range. Biasanya 'retail customer' punya 'catchment area' dalam radius 50km. Tapi kadang kadang memang jadi macam ini. 

Berdasarkan perbualan aku dengan mereka, rupanya sebelum ini diorang duduk di Bandar Baru Bangi. Seksyen 3. Masa tu jadi Dekan Pendidikan kat UPM. Baru je pindah Tanjung Malim. Bulan 1 baru ni. Ntah ntah geng kelas mengaji mak aku. Selalu juga mak aku pi surau Assobah Seksyen 3 tu. 

Anyway, VC baru UPSI ni sedang berkira kira nak laksanakan sistem sekolah pondok ke dalam UPSI. Haa baguih baguih. Aku sokong sangat. Walau pun aku sendiri kabur menatang apa sebenarnya sistem sekolah pondok ni hahaha. Apa pun, yang aku pasti, program ini akan menambahbaik kualiti guru guru yang dihasilkan. Dan bila guru cemerlang, pastinya murid cemerlang seterusnya umat cemerlang bertambah. Baik baik baik. ...

Ada gambar kambing yang diorder mereka sedang dilapah.

_______________________________


Petang ini semasa post ini ditulis, patut dah sampai geng student master UM ke ladang aku. Seperti kebiasaan. Lama betul dah bertahun tahun diorang ni buat research. Tak habih habih. 

Personally, aku fikir, kalau ikut fikiran aku, dah lama aku  komersialkan produk top secret diorang ni. Takdak dah research research ni. Bagus sebenarnya apa yang diorang eksperimenkan ke atas kambing kambing aku. Aku rekemen tuan puan untuk cuba dan saksikan perubahan yang terjadi (aku tak beromong kosong atau claim bukan bukan dasat dasat - this thing really works tapi masalahnya tak dikomersialkan lagi).  Dan yang lebih bagusnya, keberkesanan produk tersebut cuma memerlukan 1/3 atau 1/4 daripada dos yang diorang rekemen.

It works, with less. 

Such is the amazing power of our local herbs. Powerful, at low doses. 

Well. Good luck to them. 
_______________________________

Pagi ini hujan lebat. Kawasan ladang dan kawasan ragut basah penuh air berlopak lopak. Tetapi kambing tetap dilepaskan meragut. Cuma lewat sedikit tunggu hujan reda. Dan kambing kambing sendiri tak sabar sabar untuk turun dari kandang dan mengharungi cabaran meragut dalam kebasahan. 

Siapa kata kambing takut air?



Tuesday, April 22, 2014

THE PURSUIT FOR IMPERFECTION

Memburu ketidaksempurnaan.



Masa awal awal aku menjadi pembiak kambing, dimana aku jaga semua kambing seorang diri, aku pentingkan kesempurnaan. Aku memburu kesempurnaan.

Aku kelam kabut bilamana ada kambing sakit walau pun sakit tu adalah ringan. Pantas aku bagi ubat. Kandang aku bersih hari hari sapu. Semua tahi kambing yang melekat celah celah lantai aku cungkil bersih. Aku pastikan semua kambing dinyahcacing setiap 3 bulan walaupun kambing nampak segar bugar sihat walafiat. Dan bilamana ada orang nak melawat, aku pastikan suasana ladang dalam keadaan tiptop nampak cantik berseri.

Hasilnya, ladang aku cantik. Kambing aku bulat bulat. Gemuk gemuk. Kilat kilat. Jauh lebih cantik dan sedap betul mata memandang berbanding kambing aku sekarang.

Tetapi... kadar kelahiran maksimum per tahun cuma 1.6 (100 ibu dapat 160 anak per tahun). Tak dapat mencapai prestasi textbook kambing yang biasanya 1.8 per tahun (100 ibu dapat 180 anak per tahun). Dan aku kepenatan. Asyik pantau kambing. Asyik risau kambing.

Kesempurnaan adalah beban yang sangat memberatkan.

Kini aku tidak lagi sibuk sibuk nak nyahcacing setiap 3 bulan. Tidak lagi kelam kabut nak bagi ubat itu ubat ini. Tidak lagi kacau bilau nak sapu kandang bersih bersih hari hari.

Aku membenarkan kekotoran. Aku membenarkan kecacingan. Aku membenarkan kesakitan. Aku membenarkan kematian. Aku membenarkan kambing aku menjadi lebih kurus.

Aku membenarkan... ketidaksempurnaan.

Anehnya prestasi kelahiran, dan keuntungan meningkat. Aku dapat kadar kelahiran 2.3 per tahun secara konsisten setiap tahun. (100 ibu dapat 230 anak per tahun). Melebihi textbook kambing.

Akhirnya aku faham. Sesungguhnya aku bukan Tuhan. Aku bukan Maha Pencipta. Aku bukan Maha Bijaksana. Aku bukan Maha Sempurna.

Aku adalah manusia. Aku hanyalah makhlukNya yang lemah serba serbi. Aku adalah Maha Lemah. Aku adalah Maha Daif. Aku adalah Maha Cacat Cela. Dan sesungguhnya bagi manusia..

Kesempurnaan ialah ketidaksempurnaan.

Perfection is imperfection.

Aku tidak lagi memburu kesempurnaan.

Aku buru... ketidaksempurnaan.


Salam pembiak!