"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Friday, August 24, 2012

CERITA SIKIT PASAL DEDAK


Terima kasih kepada semua rakan ternak yang mengirim sms selamat hari raya kepada aku. Sori banyak banyak aku tak balas. Slow sikit nak sms sms raya ni, pasal aku lebih banyak demam dari sihat akibat terlebih makan ketupat lemang rendang kuih raya. Memang upset bini aku dibuatnya. Asal raya je demam. Orang lain sibuk beraya sakan, aku pula terperap kat rumah.

Aku pelik juga, tiap tiap kali raya, tiap tiap kali makan ketupat rendang lemang kuih raya, aku demam. Orang lain elok je melantak sampai bunting 9 bulan perut tu. Aku makan sikit terus demam. Sindrom penyakit apa pula ni?

Anyway, semalam aku singgah sebuah ladang kambing dalam perjalanan balik kampung bini di Jengka. Raya raya pun pergi kandang kambing. Amende ntah yang tak kena ngan aku ni, lagi bersemangat beraya di kandang kambing berbanding rumah orang. Masalahnya aku rasa lebih sihat, bertenaga dan lutut lebih kuat bila pergi kandang kambing tengok kambing. Bila pergi rumah orang, dia jadi 'strength sapping, energy draining'. Lemah betul badan, penat sangat rasanya.

Hubungan aku dengan kambing adalah lebih baik daripada hubungan aku dengan manusia.

Sah autistik aku ni. Autistik + introvert + kambing = awi's syndrome.

So cerita pasal ladang kambing yang aku tersinggah ni. Pemiliknya laki bini. Yang laki dekat 70 tahun umur, yang bini 40 something, atau 50 something. Dia suruh aku panggil dia kak long. Dulu buat trading dan importing, sekarang cuba buat breeding. Baka boer, dorper, dan jamna cross. Sistem intensif, kambing 100 ekor lebih. Pekerja 3 orang tapi lari masa raya, tinggal sorang.

Masa raya laki bini ni tak raya, ada kat kandang bagi kambing makan. Memang bersemangat.

Sekarang ni sangat mencabar bagi sesiapa yang buat sistem intensif. Dedak melambung harganya. Kat tempat kak long ni dedak 5811 rm53. Tempat aku rm48. Jauh juga bezanya tu. Aku takpa lagi pasal buat semi intensif. Takde lah terasa sangat.

Oleh kerana input yang tinggi dan pembiakan yang kurang menjadi, maka kak long ni nak offload banyak kambing dia. Boleh contact aku sapa sapa nak beli kambing. Kambing dia ok, cuma kurus sikit pasal masalah pekerja.

Cerita sikit pasal dedak ni.

Bila kita bela kambing, dedak atau concentrate ni almost indispensable tech. Antara teknologi penternakan yang sangat penting seperti segregation (pemisahan), fattening (penggemukan) dan deworming (nyahcacing). Zaman mesir purba dah wujud pun semua teknologi ni yakni 4000 tahun yang lampau.

Kalau sapa sapa yang tak nak guna dedak pun takpe, contohnya yang target niche market macam grass fed meat. Tapi jenuh la nak menunggu. Lambat. Pasal tu mahal harganya. Lagi pun kat sini saiz niche market macam tu terlalu kecil. Lainlah di amerika dan europe di mana wujud sekumpulan besar 'advanced consumer'.

Dedak ni kalau digunakan dengan betul, sebenarnya upgrade kita punya prestasi ternakan, bukannya menjadi suatu beban. Aku anggap dedak ni a very powerful tool. Kalau kita pandai guna, kita prosper. Kalau salah guna, memang terlingkup bankrap.

Ok. Dedak ni umpama kita memiliki kereta Ferrari. Mempercepatkan kita sampai ke destinasi walau pun tak selesa, walau pun minyak telan banyak, walau pun high maintenance. Yang pentingnya laju, cepat sampai. Kalau tak nak guna dedak, nak guna rumput sepenuhnya samada cut n carry atau browse, macamlah kita bawak perodua viva atau motor honda ex5. Sampai gak ke destinasi walau pun lambat. Ekonomikal? Dah tentu, kalau sanggup menunggulah.

Berdasarkan observation aku, kambing ni akan mencapai saiz maksimum dia bila berumur 3 tahun. Kalau makan rumput ajelah. Kalau makan dedak, separuh sahaja masa yang diperlukan untuk mencapai saiz maksimum. Cepatlah tu. Kalau suntik hormon atau antibiotik, lagi laju tapi aku tak rekemenlah.

Praktis di ladang aku sekarang macam ini (boleh berubah pada masa akan datang). Aku ada dua kandang sekarang – satu kandang breeding, satu kandang jantan. Kambing jantan umur 4 bulan aku akan pindahkan ke kandang jantan untuk masuk fasa penggemukan atau fattening.

Penggemukan. Bukan feedlot. Secara peribadinya aku tak suka sistem fidlot. Maknanya kambing jantan aku ni bila masuk fasa penggemukan, aku masih lepaskan ke bawah untuk dia cari makan sendiri. Dan aku guna dedak khas penggemuk di mana protein level rendah sikit daripada 5811 tapi energy level daripada carbohydrate tinggi sikit.

Energy from carbohydrate. Bukan energy dari protein atau lemak. Protein dan lemak masing masing membekalkan tenaga juga sama macam karbohidrat tetapi kecekapan protein – tenaga adalah rendah manakala kecekapan lemak – tenaga terlalu tinggi.

Boleh faham ke ni?

Senang cerita untuk penggemukan aku prefer guna dedak yang tinggi kandungan bijirin/grain – samada jagung atau barli atau gandum atau beras. Aku tak suka guna dedak yang ramuan utamanya tinggi non grain feed. Tak suka kandungan pkc/pke atau soybean meal terlalu tinggi. Membazir, tak cekap.

Mahal?

Jagung memang mahal sekarang tapi corn is still the king. Masih sumber terbaik dan tercekap untuk menghasilkan daging yang berkualiti, yang lebih sedap, yang lebih pantas tumbesarannya. Tenaga dari karbohidrat lebih mudah bertukar menjadi lemak yang dimasukkan ke dalam daging (intramuscular) berbanding tenaga dari protein atau lemak. Lemak dalam daginglah yang buat sedap, rasa 'juicy'. Bukannya lemak di luar daging sepertimana yang terjadi bila kita terlebih bagi pkc/pke.

Grain/bijirin adalah yang terbaik untuk menggemukkan ruminan. Kalau kita nak kualiti, bukan sahaja sibuk dengan berat hidup, maka lebih baik masukkan bijirin ke dalam ramuan ration penggemuk kita.

Macamana dengan barley?

Barli lebih baik dari segi kualiti sebab ia akan menghasilkan daging lebih lembut beserta lemak yang bewarna putih (premium grade chevon). Tapi tak available kepada aku, dan kalau available pun mesti mahal. Dan setakat ini aku tak perlulah sampai ke tahap nak menggunakan barli pasalnya target market aku bukannya visible meat kat kedai daging atau pasaraya.

Prestasi grain based feed ni macam mana?

Sebagai ration penggemuk, ye aku puas hati. Dan aku masih stick macam spiderman ngan dedak 5180 walau pun naik harga. Bagi jantan median performer aku boleh dapat 4 – 4.5kg kenaikan berat per bulan, dan bagi elite performer aku boleh dapat 4.5 – 6.5kg per bulan. Very very nice sebab aku cuma guna kacukan tempatan dimana pejantan aku 50kg dan betina aku 30 – 35kg.

That is fantastic result. Hampir sama dengan gred fullblood yang mahal mahal tu. So dengan input rendah (baka biasa dan murah, senang jaga) aku boleh dapat output setara dengan high performance breed. Actually much better kalau masukkan prestasi kadar kelahiran.

Higher profitability? Yes. Aku tak rugi malah lebih untung guna dedak. Dulu masa kursus kambing 8 tahun yang dulu, mentor aku beritahu diam diam (tak bagitahu semua orang yang masuk kursus), bagi pembiakan sistem intensif, setiap 100 induk, pendapatan bersih bulanan adalah rm2400. Masa tu dedak murah.

Tapi berdasarkan praktis aku sekarang, dimana baka tempatan dan low input husbandry menjadi asas – pendapatan bersih bulanan bagi setiap 100 induk adalah lebih dari rm2400. Dan aku sedang beroperasi dalam persekitaran yang lebih mencabar di mana harga dedak meningkat 100% berbanding 8 tahun yang dulu.

So itu serba sedikit cerita aku pasal dedak. Bab penggemukan, belum masuk bab dedak untuk anak kambing dan ibu yang menyusukan. Lain kali aku ceritalah bila sempat.

Dan sebaik baiknya dedak yang kita gunakan ada differentiation. Bukan main bantai aje satu jenis dedak untuk semua peringkat kambing. Baru kena pada tempatnya. Baru terlaksana keadilan. Baru nampak return on investment. Terang sikit.

Semua pembiak mahir akan menggunakan dedak yang berbeza, dedak yang sesuai untuk keperluan peringkat peringkat kambing yang tertentu. Baru nampak sikit status 'advanced breeder'. Oklah tuan tuan macam dah panjang sangat je ni. Sapa nak baca ntah panjang panjang.

Jumpa lagi.

10 comments:

  1. Salam tuan, aku dah baca sampai habis. Bole bagi tau tak nama penuh dedak untuk fattening tu? Adakah 5180? Adakah dedak soon soon tu?

    Kalau untuk menyusu yang 5811 kan?

    Anak kambing brand apa pula tuan?

    Aku dah cuba campurkan marjerin sikit dalam 5% daripada dedak untuk lihat kesan pada kesihatan kulit. Ada kemungkinan tempat aku ni panas jadi kulit kambing kering dan nampak macam kurap. Tapi mungkin juga sebab parasit luar. Nak cuba try test dulu. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlebih protein boleh jadi kurap. Kalau dah banyak makan rumput kekacang, jangan bagi dedak.

      Delete
    2. Pulak dah. Protein boleh buat kulit tak sihat ya tuan. Setakat ni aku timbang berat badan memang naik jadi betullah cacing masih terkawal tapi badan pulak naik gatal. Yang lebih best, semua kambing yang berkurap tu dah pernah jadi ibu.

      Aku masih cuba cari rujukan kenapa kambing yang dah pernah jadi ibu boleh kena kurap atau kulit kering lebih mudah. Adakah sebab anak sedut susu dan banyak zat diperlukan untuk buat susu dan kurang elemen dalam diet untuk kesihatan kulit.

      Delete
    3. terlebih protein boleh jadi protein toxicity - bulu gugur, kulit kering, sakit buah pinggang.

      Pengalaman aku jarang sangat kena kurap kalau kita dah deworm dan makan cukup walau pun rumput sahaja.

      Dedak sebelum ni yang ko guna mungkin severely imbalanced. atau garam.

      Kurap ambil masa nak pulih. Biasa 3 minggu.

      Masa menyusukan, memang depleted ibu kambing. Put them on higher plane of nutrition.

      Delete
    4. prof aku ada persoalan sikit..boleh tak pelet untuk lembu digunakan pada kambing?dan sebaliknya..

      Delete
    5. Kurang sesuai, walau pun ada penternak yang kata dia belasah aje guna.

      Kambing punya dedak, lembu boleh makan, kuda pun.

      Sekejap atau short term semua jenis dedak boleh belasah, long term, 3 tahun, 7 tahun? Itu yang banyak tak lepas.

      Delete
    6. Oh, penyakit sama pada manusia pun apply pada kambing. Baru2 ni aku beli supplement atas saranan isteri aku.

      Terkejut juga kandungan supplement tu, selenium vitamin b kompleks dan vitamin c. Khasiat pada manusia pun sama. Selenium untuk menggalakkan dpat anak.

      Macam mana nak tahu protein dah cukup dalam diet. Kena cari lagi ni. Hehe

      Delete
  2. Assalamualaikum prof.alwi..

    Aku beraya sehari je,hari kedua masuk kndang.Teruja tgok kambing baru.haha..bab dedak baru belajar hari tu.mmg kne bagi dedak khas utk fattening pejantan.Nnti aku cri dedak penggemuk,kalu jenis soon soon rasanya tak ada kat area sini.Kalau untuk ibu dara first time beranak aku bg Cap Persahabatan dah naik hrga skrg kesan kenaikan harga soya dan jagung di US.Tak apala sebab aku guna untk ibu dara sahja.Kalau guna untuk semua ibu meningkat pulak kos nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Felda Biopalma ada jenis jenis khas untuk peringkat kambing. Kat Serting kot kilang dia, tapi mesti ada distributor kat sekeliling tu.

      Bagi kat induk menyusukan ok dah. Dara ni nak bagi boleh, tak bagi pun takpe (kalau cukup makan). Biasanya dara dara ni ntah kenapa kurang selera makan. Kalau bagi dedak, risiko gugur kurang drastik, dan cepat beranak, cepat first kidding dia.

      Kalau dah jadi mak budak, dah biasa beranak, selera makan tinggi. Tak yah tambah dedak. Macam orang gak hehe

      Delete
  3. Ye betul mmg kilang kat Serting,selalu beli pelet lembu kat situ..jarang beli pelet untuk kambing,nanti aku try beli..kalau murah lagi bagus.hehe..

    ReplyDelete