Aku
nak ucap terima kasih kepada House of Goats yang bersusah payah
datang melawat dari Kelantan. Dan aku minta maaf atas
ketidaksempurnaan layanan aku kepada mereka. Harap dapat berjumpa
lagi. Ada banyak cerita menarik mereka yang aku nak dengar.
Anyway,
Imran kata dalam post terbarunya, membina sebuah kawanan kambing yang
superior (tahan parasit) adalah perlahan justeru memerlukan banyak
kesabaran, dan sumber.
It's
slow. It's sluggish.
Benar.
Tapi aku percaya, ada shortcut.
Masih
makan masa, tapi jumlah masa yang diambil untuk menghasilkan sebuah
'core' atau teras yang stabil dan rintang parasit - berkurang banyak.
Kita
jangan deworm jantan, apalagi jantan yang berpotensi dijadikan
pejantan, walaupun nampak ada tanda tanda kecacingan serius. Biarkan
pejantan itu mati akibat kecacingan, atau pun sekiranya kita guna
dewormer juga untuk selamatkan pejantan yang kecacingan - terus
downgrade jangan benarkan jadi bapak lagi.
Daya
tahan dan daya juang terhadap parasit sebenarnya banyak dipengaruhi
oleh bapa. Dan realitinya, semua mamalia tahu, dan ada mekanisme
tersendiri bagi mengesan mana mana pejantan yang memiliki kualiti
tersebut.
They
know. We do not know.
Dan
kalau kita tahu pun, kita tahu sangat sedikit.
Jadi
sebaik baiknya kita jangan kacau. Afdalnya, jangan campurtangan tanpa
usul periksa. Mudahnya, jangan percaya bulat bulat semua kambing kena
buat mass deworm setiap 3 bulan.
Betina,
atau anak umur kurang setahun takpe lagi nak buat mass deworm, tapi
bagi pejantan - JANGAN DEWORM.
Let
them die fighting.
Itulah
yang alaminya.
Itulah
kejantanan.
Itulah
pembiakan. Itulah cara hidup mereka. Turun temurun.
Jantan
mesti berjuang. Jantan mesti jadi pahlawan. Jantan mesti gagah
perkasa. Jantan mesti ada kekuatan dan stamina. Jantan mesti berani
mati.
Itulah
rahsia membina sebuah kawanan kambing yang tahan lasak.
Pejantan.
Beri ruang untuk jantan paling perkasa muncul.
STRENGTH
AND HONOR!!
I need a hero!!!
ReplyDeletesemangat :)
ReplyDelete