"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Saturday, November 30, 2013

SABTU : PELAWAT PELAWAT

Geng Penternak Kambing yang Datang Melawat Semalam


Janashaa Farm dari Shah Alam. Aku cerita pasal breedlot - alternatif biak kambing cara fidlot yang sesuai untuk kawasan pinggiran bandar 

Zairul, kakaknya, dan kawan serumahnya. Dari Ayer Kuning Negeri Sembilan. Dah biasa ternak lembu. Sekarang nak mula program pengembangan usaha ternak di kampung halaman.

Khairie dari ketemba agro farm kedah. Isal dari keratong agro pahang. Aman dari taiping. Isal dari opis dia kat thailand dan sempat 'kutip' geng penternak bujang bawak melawat ladang aku. 

Hafiszal dari high hill goat farm, ipoh. 

Minum minum bersama geng penternak muda. Handphone atas meja tu handphone aku. Aku sorang pakai handphone zaman alexander graham bell, yang lain pakai smartphone canggih manggih.

Ada kumpulan pelawat ke lima nak datang ladang. Tapi aku terpaksa tangguhkan ke lain hari sebab masa dah suntuk sangat. 
Terima kasih kepada semua pelawat semalam hari. Semuanya jauh jauh. Aku minta maaf atas ketidakmampuan dan ketidaksempurnaan aku melayan kehadiran para tuan puan sekalian.

Sekali lagi aku mohon maaf pada semua. 

Terima kasih!

Friday, November 29, 2013

$16,000

Seorang penternak 'hijau tak hijau' - dah masuk tahun ke 3 operasi tapi mungkin kali pertama nak jual kambing - mengumumkan harga jualan untuk sepasang kambingnya ialah $16,000.

Maknanya seekor jantan $8000, seekor betina $8000.

Baka cross nubian dengan jamna. Bukan lagi fullblood. Lebih ke arah susu. Berat 50kg.

Dia sendiri beli mak ayah kambing tersebut pada harga $1500 seekor.....

Aku bila dengar berita macam ni, nak tergelak pun ada, kasihan pun ada.

Aku tak pasti macam mana dia calculate harga jualan untuk kambing dia, tapi memang jelas di sini dia punya 'pricing' memang 'out of sync' dengan pasaran.

Ridiculously out of range.

Rasanya dia ni takde buat market study, dan tak melawat ladang ladang lain. Memang main ikut sedap mi sedap perisa soto je bubuh harga.

Well, good luck to him in selling those goats. Kadang kadang memang ada 'crazy buyer' - jenis nak yang tu, yang tu jugalah -  yang sanggup bayar melampau lampau asalkan dapat hajat di hati.

Kepada semua penternak baru, adalah baik bergelumang dengan operasi pedaging dulu di mana harga jualan adalah satu dinar. Cari pengalaman cari reputasi. Besok dah mantap sikit, takpe terjun main baka pula. Masa ni boleh main ribu ribu belas belas ribu.

Kalau mula mula main kambing dah terus main baka (pengalaman takde, capital pun tak cukup, reputasi zero) - it is going to backfire. It is not going to work.

Start small. Start easy. Start slow.

Kumpulkan 10,000 jam. Dah dapat 10,000 jam yang menjadikan kita pakar dalam bidang kita - besarkanlah operasi ikut suka kita.


Salam pembiak kambing!

Thursday, November 28, 2013

LALAH RIVER GOAT FARM

Dan Letupan Populasi Kambing


Aku nak ucapkan tahniah kepada Lalah River Goat Farm (LRGF), dan juga rakan rakan ternak (pembiak) lain yang sedang membesarkan usaha.

Aku sebenarnya nak buka cerita tentang betapa perlunya LRGF besarkan kapasiti kandang, dan aku telah pun siap draf post, sebelum tiba tiba komputer aku blackout sendiri, dan aku naik angin terus hilang mood nak tulis. Besoknya LRGF keluar post cerita pasal kandang tengah upgrade. Macam telepati aje.....

So ini draf baru. Now, masa aku pergi LRGF dulu, aku nampak LGRF sedang mula mengalami situasi kambing beranak berderet deret. Populasi kambing sedang berkembang pesat. Dan ini semua terjadi bilamana LRGF cerita kat aku bila dia 'adopt' beberapa saranan penting sepertimana yang dibaca dalam blog aku.

Utamanya pemberhentian hampas soya basah pada kuantiti besar untuk kambing pembiak, dan penggunaan dedaun menggantikan rumput.

Apa yang dilalui oleh LRGF sekarang ini hanyalah permulaan. Dan aku yakin in sha allah sekiranya LRGF terus melalui jalan yang sama, akan ada lagi ledakan populasi kambing pada skala lebih besar. Walau pun LRGF tidak gunapakai sistem gembala.

Dan ini membuatkan aku risau. Aku risau kerana pada masa aku melawat, LRGF telah pun nampak penuh kandangnya. Aku risau LRGF tidak dapat menangani kenaikan mendadak populasi kambing.

Kambing beranak pinak, memang seronok sangat kita tengok, tetapi semakin besar daya pembiakan kambing kita - semakin besar juga daya daya yang ingin mencantas populasi kambing.

Ektoparasit. Endoparasit. Patogen.

Untuk mengurangkan tekanan dari daya daya pencantas tersebut, samada kita jual sebahagian kambing, atau pun besarkan kandang. Atau buat kedua duanya sekali.

Sukar. Keputusan yang sukar.

Kalau ikut recommendation aku, LRGF kena buat dua dua serentak - kerana populasi kambing akan lebih besar darjah ledakannya pada masa depan.

Dan LRGF dalam situasi persimpangan - antara kambing susu dan kambing pedaging. Ini pun keputusan sukar. Kejar dua dua - kena bersedia untuk lebih investment. Tapi kalau dua dua dah stabil, memang mahsyuk la income.  Ting ting ting dengar bunyi duit masuk aje lah jawabnya.

Apa apa pun, aku berharap yang terbaik untuk LRGF, dan mana mana rakan pembiak yang sedang giat melalui fasa pengembangan.

Selamat membiak!

KAUM MUDA KAUM TUA

Ideologi Biak Kambing


Beberapa tahun yang dulu, semasa gembala kambing aku di bawah sawit sambil ditiup angin sepoi sepoi bahasa jiwa bangsa, aku sempat berdialog dengan seorang penternak kambing yang 'prominent' atau mahsyur di tanah air.

Masa tu kambing aku ada dalam 200 ekor. Semua sekali termasuk anak anak kambing. Dan sang penternak 'prominent' ini ada 400 ekor. Lebih lama bela kambing dari aku. Dan semasa zaman Pak Lah, kemahsyurannya di puncak dan memiliki lebih 1000 ekor kambing.

Masa aku berdialog tu, Pak Lah dah keluar politik, jadi kambing punya 'bubble' dah pecah - ramai tergolek, dan dia tengah downsize bilangan kambing. Tinggal lah 400 ekor.

Dan bilamana aku bercerita kepadanya yang aku boleh hidup aman damai atau 'profitable' dengan bilangan kambing cuma 200 ekor, dan aku buat breeding semata mata tanpa ada trading, importing, susu,tinja atau tanpa mana mana sumber pendapatan lain - dia mati mati tak percaya. Berkali kali cakap tak percaya.

Dia kata sedangkan dia yang ada 400 ekor pun tak boleh survive, macamana pula aku yang 200 ekor boleh pula elok survive. Dan dia beritahu aku dia ada buat bisnes lain untuk tampung kehidupan. Harapkan kambing 400 ekor untuk menjana pulangan yang memuaskan adalah mustahil, katanya.

Dan dia bukan sahaja buat breeding, trading pun jalan. Tapi masih tak cukup.

Hmmmm.....

sang penternak prominent itu bukan pembiak tulen. Dan aku tak nak bertekak panjang disebabkan masa tu aku tengah gembala kambing, dan sebilangan kambing dah pun hilang ntah ke mana.

Sistem aku dengan sistem dia berbeza dimana dia buat intensif, guna dedak formulasi sendiri, dan guna napier atau guinea. Yang aku pula sistem gembala, dedak tak banyak guna, dan kambing ada capaian kepada dedaun, senaman dan cahaya matahari.

Cuma baka je yang sama - local cross.

Dari segi prestasi pembiakan, dia sendiri pun teragak agak tak tahu rekod kadar kelahiran kambing dia macam mana setiap tahun. Rekod berat adalah. (Dan realitinya sebahagian besar penternak kambing yang mahsyur mahsyur di tanah air sekarang tak tahu prestasi pembiakan kambing sendiri macam mana - terlalu sibuk dengan kadar kenaikan berat badan kambing semata mata).

Aku dapati aku ada 'clash of ideology' dengan kebanyakan penternak kaum tua (aku tak kata semua ye). Geng penternak muda senang sikit nak masuk bila berbicara ideologi bela kambing. Majoriti kaum tua percaya kepada sistem intensif, dan sangat cenderung kepada prestasi kenaikan berat badan. Manakala majoriti kaum muda lebih terbuka dengan sistem semi intensif dan prestasi kadar pembiakan.

Buat masa ini, ideologi kaum tua masih dominan - dan hasilnya masih tidak memuaskan. Kita masih dalam zaman kegelapan bagi para pembiak kambing.

Manakala masa untuk kaum muda dan ideologinya belum tiba. Tapi lama kelamaan akan sampai juga saat tersebut.

hmmm... balik kepada cerita sang penternak prominent yang mati mati tak percaya aku boleh survive sebagai pembiak sepenuh masa dengan 200 ekor kambing sahaja. well.... sebab tu adalah penting kita fokus kepada kadar pembiakan sebagai KPI primer ladang.

Kalau kadar pembiakan baik, dah tentu ada benda (kambing) yang nak dijual. Ada lah potential profit. Penggemukan untuk cepatkan kenaikan berat kambing adalah perkara enteng lagi mudah.

Kalau kadar pembiakan rendah, mana ada benda nak dijual. Nak gemukkan macam mana ye tak?

So la ni aku ada 250 ekor kambing. Je.

That is right, you read it. Bukan 250 ibu, tapi 250 ekor kambing. Dah kurang 100 ekor. Aku bukan commercial status. Adakah aku masih profitable? (Kalau ikut buku teks panduan pembiakan kambing yang ditulis oleh kaum tua - kena ada 250 ibu kambing, baru profitable dan baru berbaloi guna pekerja)

Tuan puan buatlah kesimpulan sendiri.


Salam pembiak tulen!

Wednesday, November 27, 2013

BREEDER, MASTER, AND GRANDMASTER

Upping the game.

Aku belum ketemu dan masih memburu sang pembiak tulen kambing pedaging yang benar benar mahir di tanah air ini. Tapi aku yakin yang mereka ini wujud. Cuma tidak dikenali kerana tidak pernah menang sebarang anugerah.

Aku rasa aku pernah tulis sebuah post dulu berkenaan pencarian aku. Dimana aku nyatakan seorang pembiak bertaraf master haruslah memiliki prestasi kadar kelahiran melebihi 1.8 selama sekurang kurangnya 4 tahun.

Mmmm... ini terlalu mudah.

Alhamdulillah Tuhan telah berkenan menganugerahkan aku dengan kadar kelahiran kambing melebihi 2.0 selama 3 tahun berturut turut. Harapnya tahun ini adalah tahun keempat memiliki prestasi sebegitu.

Masalahnya aku bela cara cincai. Cara tunggang langgang. Cara mudah sangat. Mana layak dapat title master breeder. Tak boleh tak boleh tak boleh.... bikin malu aje.

So aku up the game. Seorang master breeder patutnya memiliki prestasi kadar kelahiran kambing antara 3.0 - 4.0 per tahun. Sekurang kurangnya untuk empat tahun. Maknanya dengan 100 induk mampu menghasilkan 300 - 400 anak kambing dalam setahun. Haa baru mantap. Cecah world class punya standard.

Habih steamroll prestasi baka baka kambing zon panas kering, temperate, dan artik. Diorang paling tinggi dapat 2.2 atau 2.3, takpe ambik 2.5 - itu pembiak tersohor dan termahsyur dunia.

Kekuatan darah tropika terletak pada kepantasan pembiakan dan ini adalah kekuatan unik kita yang patut dipergunakan sebaik baiknya. Dan sebenarnya untuk cecah taraf master breeder dimana kadar kelahiran adalah 3.0 - 4.0, tak perlu high tech dan SOP tinggi melangit.

Achievable with current available local technology and resources. Yep it is. SOP je kena kaw kaw sikit.

Dan bagi grandmaster breeder, kadar kelahiran kambing adalah 4.0 - 6.0 per tahun, untuk empat tahun berturut turut. Dan aku pikir belum wujud lagi mana mana pembiak kambing pedaging dalam dunia buat masa ini yang cecah taraf ini. Tetapi barangkali masa lalu, dalam lipatan sejarah yang tersembunyi - mungkin ada.

Nak dapatkan atau jumpa grandmaster breeder, kita kena masuk golden age atau zaman emas para pembiak kambing. Zaman ini adalah zaman di mana ada banyak master breeder, dan kita mula gunakan future tech. Contohnya pemetaan genome secara individu, dan bacaan DNA yang pantas dan murah.

Tetapi yang masih aneh, walau pun kita akan 'incorporate' high technology masa itu, cara bela kambing pedaging yang paling produktif masa itu - masih amalan gembala sepertimana amalan para rasul. Yang ni kita tak boleh lari. Kalau kita kaji sejarah dengan seteliti mungkin - pengembala kambing tetap relevan sampai bila bila.

Now aku tahu ada para pembaca (utamanya geng penternak yang masih khusyuk dengan kadar kenaikan berat badan) yang tidak percaya malah memandang sinis akan cerita aku ini.

Well,..... excellent!

Ini adalah satu cabaran untuk kita semua golongan pembiak. Cabaran yang nampak mustahil tetapi sebenarnya boleh dicapai. Kita nampak laut luas terbentang depan mata dan kita cuma ada perahu kecil tetapi apa yang kita tak perasan ialah ada banyak pulau pulau yang boleh jadi pit stop. Tempat lepaskan lelah dan kumpul tenaga dan upgrade perahu dan layar jadi lebih besar.

Sesungguhnya dunia pembiak masih luas belum diteroka. Sesungguhnya dunia gembala amalan para rasul allah masih banyak keajaiban yang belum ditimba. Dan sesungguhnya dunia kekuatan darah peribumi masih belum dipetakan.

Kita masih banyak potensi!


Kehadapan!    

Tuesday, November 26, 2013

EAR TAG MARKER PEN

Marker Pen untuk Tag Telinga Kambing



Tag telinga adalah wajib untuk mana mana pembiak skala sederhana dan skala besar.  Dan tag telinga sepatutnya kosong, dan nombor nombornya diisi sendiri oleh penternak mengikut sistem masing masing.

Dan marker pen untuk menulis nombor tag bukannya sebarang marker pen. Tetapi khas untuk pemasangan tag. Gambar menunjukkan dua jenis eartag marker pen yang biasa dalam pasaran. Cap Sakura $20 sebatang (aku dah lupa harga sebenar) manakala cap Leader $40 sebatang.

Aku tak suka cap Sakura. Pasal banyak masalah. Kurang melekat dakwatnya, dan cepat kering matanya. Dah empat batang aku beli - memang tak puas hati.

Baik guna cap Leader. (Cari yang versi lama bukannya versi baru. Versi baru hampeh). Mahal dari cap Sakura . Tapi reliable, dakwat terang, takde masalah. Kalau dah kurang terangnya, tekan matanya lama sikit kasi basah kembali matanya - dah ok. Puas ati guna cap Leader versi lama. 

Sekian.  TQ!

Monday, November 25, 2013

RENAULT, MITSUBISHI, DAN AMITRAZ

Semalam 212 Renault beranak kembar. Aku nak bagi nama najwa latif dan ainan tasneem. Pasal aku tak berapa ingat model model kereta renault. Kangoo dan Megane je yang aku ingat tapi dah guna. So body condition 212 excellent. Lebih baik dari 210. Hopefully anak anak nya pun ok jugak lah. 



Semalam beli mesin rumput cap mitsubishi. $385. Aku suka jenama mitsubishi bila sampai bab mesin mesin. Pam air aku pun cap mitsubishi - 6hp, $950, senang lenang takde masalah, orang pompuan boleh start. Satu lagi pam air cap Robin - 5.5hp, $750, banyak masalah, seksa nak start. Huhh... baik mahal sikit tapi tak pening kepala kemudian hari.

Mesin rumput ke 3. Lagi dua mesin rumput dah tua sangat. 10 tahun umur agaknya. Kena pencenkan. Pasal sekali guna sekali servis. Hohh tak larat tak larat. 

Ada satu lagi jenis mesin rumput tak guna minyak 2T. Guna minyak hitam. Jenis four stroke. Honda. Tapi tak tahu pula harga berapa dan spare part availability macam mana. Senang servis. Tukar minyak hitam aje. Enjin 2 stroke ni murah dan simple tapi karbon cepat berkumpul di dalamnya. Tu yang leceh nak cuci nanti tu.

Ok. Masuk cerita amitraz pula. Atau mana mana jenis bahan aktif untuk semburan anti parasit. Sebenarnya aku dah check aturan penggunaan Taktic dan produk produk yang sewaktu dengannya. Kita kena basahkan lenjunkan untuk dapatkan kesan terbaik. Baru lari atau mati parasit parasit yang bersembunyi di celah celah paha.

Kalau setakat sembur sekali lalu - memang tak jadi. TAK JADI.

Benda macam ni memang time consuming. Kena sabar. Kena mandikan atau basahkan kambing sekor sekor dan kena buat serentak. Tak boleh hari ni seekor besok seekor besok lagi seekor. Tak jalan. Kena buat kambing dan kandang serentak. 

Dan pastikan tiada overpopulation. Parasit mengganas bila diorang kesan hos ada banyak sangat. Hukum alam. Setiap populasi organisma akan senantiasa berinteraksi sesama sendiri mencari cari titik keseimbangan. Dan kita sebagai pembiak, kena sedar dan berhati hati akan hukum ini. Rasa rasa dah sesak semacam kandang, atau mula nampak sesak, baik cepat cepat jual. Kurangkan populasi kambing. Nak tak nak kena jadi Judge Dredd. Itu yang terbaik. 

Jangan seronok sangat tengok kambing bertambah tambah sampai penuh sesak kandang ye! Aku dah lalu pengalaman tu. Dan aku tak rekemen pembiak lain untuk melalui jalan yang sama.

Sekian!

Sunday, November 24, 2013

SAKIT

2013 sebenarnya adalah tahun duka buat aku. Ada peristiwa peristiwa yang membuatkan aku sakit dan insaf betapa lemahnya aku sebagai manusia.

Bulan april yang sudah sememangnya menyakitkan aku. Tetapi bulan oktober di mana aku kehilangan Siti Juwariyah adalah lebih menyakitkan. It is very painful. Dan aku masih terkesan dengan pemergiannya.

Dua dua kesakitan ini menyedarkan aku bahawa Tuhan ingin aku kembali menjadi pembiak kambing. Aku dapat rasakan Tuhan mahu aku kembali fokus kepada kambing kambing aku di ladang. Aku dapat rasakan Tuhan mahu aku jadi pembiak kambing yang lebih baik.

Ada sesuatu yang lebih baik menanti pada masa depan. Dan aku dapat rasakan melalui gerak hati, untuk mendapatkan apa yang lebih baik, aku mesti luangkan lebih banyak masa di ladang. Sebelum ini aku banyak lalai banyak main main.

Kurang disiplin. Ye aku kurang disiplin kerana aku menganggap usaha biak aku sudah stabil. Hanya perlukan minimum intervention. Dan Tuhan turunkan ujian ujian tersebut untuk menyedarkan aku yang aku tak boleh ambil ringan atau 'take things for granted'. Kalau aku masih dalam kelalaian, aku tak akan ke mana mana. Tetap di takuk lama.

Sekarang aku banyak luangkan masa di ladang. Pergi pagi (tapi takdelah pagi sangat) dan balik maghrib atau malam. Tetapi timbul pula masalah baru.

Orang rumah aku kata aku tak cukup masa dengan keluarga. Kasihan anak anak tak dapat main dengan aku. Katanya aku balik rumah nampak penat dan cepat sangat tidur. Setiap hari. Termasuk hari cuti dan hari minggu.

Now, aku rasa aku dalam keadaan stress. Heavy stress. Sebab bila orang rumah ajak jalan jalan, atau luangkan masa sehari untuk keluarga tanpa pergi ke ladang - aku jadi marah. Aku rasa sakit. Aku tak dapat terima kenyataan yang aku tak dapat pergi ke ladang untuk satu hari penuh.

The pain is real. The pain is terrible.

Aku tidak meluahkan kemarahan. Hanya simpan dalam hati.

Tapi aku nak tanya tuan tuan rakan rakan ternak pembiak yang lelaki dan yang telah berkahwin. Adakah ini normal? Adakah ini work addiction?

Adakah benar kaum Adam hanya mampu fokus satu satu perkara pada satu satu masa?


Adakah tuan tuan penternak juga merasa sakit bilamana tak dapat pergi tengok kambing di ladang untuk satu hari?

Saturday, November 23, 2013

SIRI JANGAN BUAT BEGINI

Bab : Tangga Kandang Kambing


Kesilapan aku yang boleh dijadikan iktibar.

Tangga (second version) kandang pertama aku. Rapat rapat papannya. Cepat kotor. Cepat tahi dan air kencing kambing berkumpul. Kotoran lain macam tanah juga mudah sangat terkumpul. Hari hari kena sapu. Tapi aku tak sapu. 

Dan sebenarnya tangga asal (first version) kandang pertama aku dulu takde atap yang melindungi dari hujan dan panas. Sekejap je kayu tangga mereput. Sebaiknya buat atap untuk kawasan tangga. 


Tangga kandang breeder. Guna papan tebal (kayu belah yang asalnya 4" x 4") $1 sekaki. Ada celahan antara papan. Mudah air kencing kambing dan kotoran lain jatuh ke bawah. Senang kerja. 

Masalahnya lebar sangat kawasan tangga ni. 12'. Under utilised. Nak buat footbath (langkah biosekuriti) kat hujung tangga pun tak lalu. Udahnya panjang sangat. 

Salam!

Thursday, November 21, 2013

SEMALAM

Aku sarapan durian sebiji (bukan seulas), roti canai dan nescafe 3 gelas. Pehhhhh...... tak lama lepas tu rasa macam ada puting beliung dalam perut aku. Taufan Haiyan ke Superstorm Sandy nih? Memang bergelodak perut aku. Langsung tak stabil aku semalam. Rasa macam nak demam. 

Dan aku ada dengar cerita, ada orang mati bila makan durian dan minum air coke. Huii dasat juga side effect durian ni ye. So durian ni memang kena hati hati makan bagi orang yang sensitif. Nasib baik semalam aku kena angin ajo. Fuh selamat selamat. Alhamdulillah.

Semalam juga 210 Halimah beranak. Kembar. Ada hubungan sedara dengan 308 Bau. Aku tak ingat macam mana tapi kalau check balik family tree, memang boleh nampak. 

Body condition 210 masa baru beranak kurang memuaskan. Jadi aku kena cepat cepat 'rectify' atau betulkan situasi ini. Kalau tidak, tak cukup susu anak anaknya. Betina 2 ekor. Aku recommend kita buat prepartum deworming. Jadi body condition induk masa beranak lebih memuaskan. Masalahnya aku tak buat. Jangan ikut aku. Cincai sangat ni. 



Semalam juga ada customer beli kambing jantan. Bukan nak sembelih tapi nak buat pet. Dah lama dulu dia booking. Dah berbulan bulan. Baru semalam tertunai hajatnya nak beli kambing tersebut. Namanya Kentam, anak kepada 115 Cinonit. Berat 27kg. Muda lagi. Merah satu badan. Manja. Pasal pekerja aku botol susukan dia tanpa pengetahuan aku. 


Kambing jantan yang lain semuanya lari jauh jauh. Kentam seekor je yang datang dekat dan minta dibelai. So terima kasih diucapkan kepada tuan customer yang beli Kentam ni. 

Semalam juga aku pindahkan seekor kambing jantan ke kandang penggemuk. Tapi ntah macam mana boleh terlepas. Lari menyorok bawah traktor. Fuhh seksa nak 'retrieve' dia ni.


So that was what happen yesterday. Thanks dear readers!


CAPTAIN!! HOLES IN THE WALL!!

Masalah masalah.

Anak kambing ada dua personaliti. Satu 'adventurous'. Yang ada gen pengembara dalam DNA. Jadi bila kambing dewasa lepas meragut, jenis 'adventurous' ni akan ikut sekali. 

Satu group lagi jenis tak suka adventure. Mungkin tiada gen pengembara dalam DNA mereka. Suka sangat suasana selamat di kandang. Diorang tak tahu kecantikan dan keajaiban dunia luar yang menanti mereka. 

Bila suka duduk di kandang aje, timbul satu masalah. Budak budak ni suka gigit kayu kandang dan dinding kandang. Habih semua digigitnya. Jahanam porak peranda kandang dibuatnya. 

Kenapa tak bagi rumput? Takdelah budak budak juvenile delinquent ni makan kayu?

Dulu aku bagi, tapi makin tak nak turun kandang. Mengada ngada semua nak duduk atas kandang je. Tak boleh tahan aku. 

Contoh kerosakan yang dibuat oleh kambing remaja yang rasa diri mereka anai anai.

Wey wey! Hangpa kambing. Hangpa makan rumput! Hangpa bukan anai anai. Hangpa bukan makan kayu dinding! Kalau selalu macam ni, sekejap aje hilang kandang aku dimakan kambing sendiri.


Lubang pada dinding dibuat oleh dua dara seksi ni. Mungkin sedang melalui fasa 'teen angst' dan tempoh kecelaruan identiti.



Situasi begini menyebabkan aku terpaksa pindahkan dua dara ni ke kandang lain di mana ada rumput diberi. Kalau tak pindahkan.....

tak boleh dibayangkan apa yang bakal terjadi pada kandang aku.

Salam!

Wednesday, November 20, 2013

BORN TO BE.... ALMOST FERAL

Kambing Beranak Tiga Atas Tanah


Kadang kadang kambing local cross aku akan beranak tiga. Paling banyak empat. Tapi aku suka dengan kembar. Senang jaga. Input rendah output tinggi. (Ada juga penternak yang suka kambing beranak sekor - pelik juga ni. Pasalnya dia kata bila beranak dua,  satu akan mati. So wajib kaji semula SOP pedaging kita macam mana). 

Pagi semalam betina aku nombor 308 beranak tiga masa kambing baru turun meragut. Namanya Bau. Aku ambil sempena nama kawan pompuan Sabah aku masa belajar di UKM dulu. Namanya Bau anak Richard. 

308 beranak atas tanah. Ketika hujan. Tiada sebarang bantuan kelahiran diberikan. Gembala aku biarkan. Dia terus gembala kawanan kambing meragut di tempat lain. Dan aku pernah alami situasi di mana sang gembala aku bawa kambing bukan main jauh. Berkiloooometer. Lepas tu kambing beranak kat tempat yang jauh, banjir, dan sulit didekati. Terpaksa biarkan semalaman di bawah hujan lebat sepanjang malam. Fuhh nasib baik besok pagi hidup lagi mak kambing dan dua ekor anaknya.

Inilah kekuatan darah pribumi. Sifat lasak yang mengkagumkan.

Beranak tak payah assist. Takde kelam kabut kita tercongok menunggu nunggu tengah tengah malam berjam jam nak bantu kelahiran. Sonang cerita eh bela kambing pribumi atau kacukan pribumi. 

Dan immune booster untuk anak kambing baru lahir pun tak perlu guna. Mamimmune yang titik kat hidung baby kambing tu? ahh tak yah guna. Mengarut ajo menatang tu. Bagi mati baby kambing ada. Bukannya tambah daya hidup. Karut karut karut. Tok sah guna weh!

Baik biar beranak atas tanah. Biar terpalit dengan kuman dan virus tanah peribumi. Ini baru betul betul immune booster.  Local made. 

Anyway, gembala aku inform kat aku ada kambing beranak, tapi dia tak inform 308 yang beranak, dan dia tak masukkan ke petak beranak. Biar aje terkontang kanting kawan tu kat bawah sawit. Aku pun tak perasan. Aku ingat gembala aku merujuk kepada kambing yang beranak semalam dimana aku yang uruskan tanpa pengetahuan dia. 

Rupanya bila maghrib aku nak tutup pintu ladang, baru perasan ada kambing kat luar tercengang cengang. 308 Bau. Aiii lewatlah aku balik rumah jawabnya nak uruskan petak beranak. (Datin Seri kat rumah dah tertunggu tunggu penuh saspen - dan menjadikan aku juga penuh saspen buahahaha). 

Dalam usaha aku nak bawa balik 308 Bau ke kandang, aku guna anaknya sebagai umpan. Tapi dia tak berapa responsif. Nak juga balik ke tempat asal dia beranakkan anaknya. Jadi proses bawa balik dia ni makan masa. Kena pula 308 ni very protective. Maybe over protective. Disondolnya aku. Dan disondolnya anjing gembala si Temon yang ada berhampiran. Pehhh 'suicidal' betul 308 ni. Temon tu anjing brutal. Habih digigitnya 308. Aku pula yang kelam kabut pening kepala nak leraikan pergaduhan diorang ni. 

Tetapi akhirnya  308 selamat juga dimasukkan ke dalam petak beranak. Aku akan check luka 308 digigit anjing sendiri keesokannya. Dan SOP aku sama macam kambing beranak dua. TAK PERLU GUNA BOTOL SUSU. Cuma up sikit peruntukan suplemen (dedaklah) untuk 308. 

Cumanya ada isu ruang. Space constraint. Untuk ibu kambing beranak tiga (total empat ekor), peruntukan 16 kaki persegi untuk petak beranak adalah 'woefully inadequate'. Kambing akan alami stress. So aku kena pindahkan 308 dan anaknya ke tempat lain yang lebih luas dalam dua tiga minggu lagi. 






Salam!

Tuesday, November 19, 2013

ANAK TIKUS

WARNING : TIDAK SESUAI UNTUK MEREKA YANG GELI GELI


Aku sedang dalam mood bersihkan dan kemaskan kandang. Dah lama sangat berterabur, banyak sampah sarap. Ada dua sarang tikus yang aku jumpa dalam stor kandang. Satu sarang cuma tikus besar je yang jadi penghuni, dan satu sarang lagi ada anak anak tikus. 


Aku ada bela tiga ekor kucing betina. Tapi bab bab menangkap tikus ni slow sikit. Pasal dulu diorang ni kucing bandar. Jenis makan tanggung. Hari hari makan friskies dan ikan rebus. Jadi bila lepas bebas kat ladang aku, semuanya tercengang cengang. Tapi sekarang dah ada improvement, dah nampak skil menangkap tikus (dan binatang binatang lain). Cumanya tak cukup agresif.

Berdasarkan pengalaman aku, adalah sangat penting untuk membela kucing dalam ladang kambing kita sebagai agen kawalan biologi yang cukup berkesan dalam mengawal populasi dan serangan tikus (dan tupai). Lagi lagi kandang kambing bawah pokok sawit. Jenis yang hujung pelepah sawit sentuh atap bumbung kandang. 

Kalau kita bubuh racun tikus atau buat kawalan kimia, tikus akan mengganas suatu hari kemudian. Balas dendam. Habis digigit anak anak kambing dan kuku kambing yang dewasa. Memang boleh bawa kematian kepada anak kambing, dan ketempangan sementara kepada kambing dewasa. Selain itu tikus akan kencing pada palung makan dan sumber air minuman. Boleh jadi wabak penyakit yang sangat merbahaya dan mampu menumbangkan sebahagian besar populasi kambing - menggagalkan usaha pembiakan kita.

Kalau tak nak guna kucing, kita boleh 'offer' tikus tikus ini sedikit makanan buat mereka setiap malam. Nampak aneh tetapi ianya berkesan. Taktik ini banyak digunakan oleh para  pesawah tradisi yang tidak kenal apa itu racun. 

Ok. Video dan gambar anak tikus yang aku dapat. 

video

Anak anak tikus. Empat ekor aku jumpa. Dan geng potong sawit Indonesia kata amalan telan mentah mentah baby tikus yang kemerahan adalah sangat baik untuk menguatkan pinggang. Baby tikus, bukannya anak tikus seperti di atas ye. Pehhh macam cerita V masa aku kecik kecik dulu. 

Kucing ni tertengok tengok. Tak cukup kekucingan. Kalau kucing tulen, sekejap aje anak tikus dah jadi lauk.



Baru nak gigit. 



Try bagi kat anjing bubuh dalam mangkuk si anjing - si Paris Hilton. Dia tak mahu. Last last kucing juga yang makan - lepas puas main dengan anak tikus ni.

PUTING!!

Nipple Drinker untuk Kambing


Yeoppp! Jangan bayangkan yang lain ye. 

Nipple drinker ada macam macam pesen. Tapi  jenis yang biasa dijual untuk air minum kambing seperti dalam gambar di bawah. 

Yang atas takde filter. Yang bawah warna merah tu ada filter. Harga dalam $10 je seketul - kalau beli terus kat kedai lah.



Dari segi prestasi yang takde filter (sebelah kanan) kerapkali alami performance issues (selalu tersumbat!). Tapi yang merah belah kiri (yang ada filter) memang bagus takde masalah. Senang lenang aku dibuatnya. Aku recommend kalau nak guna nipple drinker, cari yang ada penapis. Terbaik!

Salam!

Monday, November 18, 2013

YANG BEST DI MJ FATONAH

Dan juga yang tak best di situ.
_____________________

Lencongan. Takde kaitan cerita bela kambing. Saja saja detour. Nak hirup angin lain buat sebentar. Takdelah asyik hirup angin ada aroma taik kambing.

Ok. Mula dengan yang tak berapa best. Caffeine supply. Isu berat bagi aku ni. Lebih berat daripada memilih calon wakil rakyat samada prokerajaan atau propembangkang semasa pilihanraya. Orang lain steady je aku nengok. Tapi aku tak boleh la. Ini soal brain dead atau brain live. Peh ketagih teruk dah aku ni. Agaknya kena masuk kelas pengurusan caffeine intake. Ada ko kat malaysia nih?

Jag belah kiri teh O - penuh sarat lagi. Yang kanan kopi O - dah nak abis! Belum aku minum lagi. Kalau masuk peruntukan aku, dah setengah jag. Dan berdasarkan bukti gambar di atas, aku rasa geng penternak  kambing Malaysia semuanya kaki kafein.  Absolutely caffeine dependant.  Bukan aku sorang ajo. Barangkali ada kaitan antara penternak veteran dengan setakat mana ambilan kafein (buahaha saja nak sedapkan hati sendiri yang dah caffeine overdose).

Ok yang paling best di Mj Fatonah. Sesi ceramah agama di penghujung kursus. Aku tahu aku banyak sangat buat dosa dan kejahatan setiap hari. Dan sesi sebegini membuatkan aku terfikir dan merenung kembali dosa dosa yang aku buat. Aku suka kursus kambing sebegini. Aku tak berapa suka sebuah kursus kambing dahulukala yang aku pergi dimana penghujung kursus adalah majlis tarian yang bingit dengan muzik. Bayangkan geng geng separuh abad dok menari kuda ala ala oppa gangnam. Haduhh sakit perut memulas mulas aku jadinya bila   bayangkan balik...

Ni pun best gak. Acara makan daging kambing. Grilled lamb chop.  Seusai ceramah dan solat isyak berjamaah. Sos dia special sikit - MJ Fatonah homemade. Pedas berasap juga tapi sedap. Ada lagi sayur western. Ikan bakar. Nyum...

Haaa itu saja buat masa ini. Sambung lain kali. Salam!

Sunday, November 17, 2013

SIRI JANGAN BUAT BEGINI

 Bab : Petak Beranak Kambing


Kesilapan kesilapan aku yang tidak boleh dicontohi. Jadikan pengajaran

Nampak bersihkan? Tapi sebenarnya dah bertahun tak sapu, tak buat semburan anti parasit, tak buat semburan antikuman. Dah jadi makmur koloni mikrob negatif dan parasit negatif.

Kena pula aku buat petak beranak kat tengah kandang. Jadi cahaya matahari kurang sampai walau pun ada atap transparent. Ada pula tangki air yang menghalang cahaya matahari sampai ke petak.

Palung makan pun takde. Susah nak kasi makan. Jangan buat begini. Menyosal jang!


Aaa sebaiknya buat petak beranak di tepi kandang. Dapat cahaya matahari semaksimum mungkin.  Anak kambing dalam lokasi petak beranak sebegini akan ourperform anak kambing dalam petak suram. Palung makan buat sebelah luar. Senang nak kasi makan.

Dari segi tumbesaran dan fertiliti kambing, didapati kambing yang pantas membesar  dan subur mengandungi  vitamin D yang tinggi dalam darah dalam bentuk D3 atau cholecalciferol. D3 adalah 5 kali ganda mudah diserap badan berbanding bentuk D yang lain. Dan sumber D3 adalah cahaya matahari ciptaan Tuhan yang diberi percuma. Udahla free, terbaik pula tu. Vitamin D sintetik ciptaan manusia semuanya cap ayam berak kapur, sangat rendah mutu, dan sangat sukar diserap oleh badan.

Pedulikan tepung vitamin, pedulikan garam jilat bervitamin - PASTIKAN kambing kita dapat cahaya matahari sepuas puasnya.

Untuk kesuburan dan kepantasan membiak, vitamin D percuma ciptaan Tuhan adalah yang terbaik. Tiada keraguan. Gunakan advantage ini sebaik mungkin.

Itu saja kali ini. Salam pembiak!
*Aku tidak menggunakan tepung vitamin. Aku tak guna garam jilat bervitamin. Aku juga tiada stok ubat multivitamin untuk diinject kepada kambing. Aku percaya yang foraj segar dan cahaya matahari ciptaan Tuhan Yang Maha Bijaksana adalah ultimate superior multivitamin untuk kambing kambing kita.

Friday, November 15, 2013

BUAT NERNNYAGROFARM DI SARAWAK

Cerita Pasal Kambing Baka Panas Kering


Komen nernnyagrofarm di blog aku :

"Prof, sy nak tanya dua bulan yang lepas kambing sy 12 ekor beranak dan anaknya 13 ekor. Tapi malangnya nasib sy 5 ekor anak dan ibunya 3 ekor mati. Sistem ternakan sy semi intensif. Tolong Prof dapat selesaikan masalah sy."

"Baka kacukan boer dgn nubian, farel, saanen... tiada makan dedak dan hanya makan foraj liar (pelbagai rumput). Kawasan ragut ada paya dan berair selalu hujan bulan ini. Belum ada dewormer selama 8 bulan kerana mengandung sebelum ini."
_____________________

Orait. Yang pertama, aku bukan pakar baka panas kering. Pengalaman aku bela baka non tropik cuma lebih kurang 2 tahun aje. Adalah lebih baik tanya dengan geng geng pembiak baka panas kering yang koman koman dah bela 4-5 tahun. Boleh juga masuk group penternak baka panas kering di facebook. Agaknya adalah yang expert expert dalam group tu.

Yang kedua, aku nak tambah sikit cerita berasaskan pengalaman aku sendiri.

Dari segi nutrisi, baka panas kering takde masalah nak menggemuk dalam cuaca tropika kita. Aku dulu bela boer, buat cara gembala. Makan foraj aje semata mata tanpa sebarang dedak tambahan. Meragut kawasan paya basah berair. Dan memang boer boleh jadi gemuk betul. Super bulat, melebihi kambing kacukan kampung aku.

Yang tak berapa syoknya bila sampai isu pembiakan.

Baka zon panas kering tak boleh tahap inputnya sama macam baka tropika. Kita kena up sikit (ok, banyak kot) baru dapat tahap pembiakan yang memuaskan.

Baka panas kering tidak biasa dan tidak mewarisi ketahanan semulajadi terhadap parasit zon tropika. Makanya program dewormer, semburan anti parasit, dan semburan antikuman hendaklah dibuat setiap 3 bulan sekali.

Boleh guna dewormer pada ibu mengandung. Kelas ivermectin jangan guna melainkan doramectin. Benzimidazole (utamanya albendazole - bukan oxfendazole atau fenbendazole) pun boleh guna. Kelas imidathiazole pun boleh guna tetapi kena tambah bahan aktif yang boleh cover tapeworm.

Ada dua cacing yang standout dalam zon tropika - tapeworm dan flukes. Cari dewormer yang boleh bagi perlindungan terhadap dua jenis cacing ini. Penting bagi mereka yang kawasan ragutnya banyak kawasan berair atau lembap.

Aku recommend nernnyagro buat mass deworm setiap 3 bulan. Dan juga semburan antiparasit dan antikuman.

Kalau gembala, pastikan koman koman 4 jam. Baru kambing cukup makan. Kalau tak sampai 4 jam, memang kena tambah suplemen. Kalau boer, atau dorper tulen, dimana diorang ni adalah pedaging specialist, memang kena jaga betul bab nutrisi. Formula nutrisi kena betul kena cukup. Baru boleh capai potensi penuh (kenaikan berat badan).

Suhu main peranan besar dalam potensi pembiakan. Anak anak baka zon panas kering TIDAK boleh dibiarkan terdedah kepada PERUBAHAN suhu yang ekstrem pada siang ke malam hari. Guna lampu penghangat untuk pastikan kadar survivabiliti anak yang lebih tinggi.

Bagi situasi cirit birit yang sering terjadi, kena ada program cegah coccidiosis. Cocci ni parasit biasa zon tropika - protozoa. Boleh guna coccidine powder campur ke dalam air minum buat tiga hari berturutan sebulan sekali (tetapi asingkan kambing bunting daripada minum air campuran tersebut, sekali minum dah cukup bagi kambing bunting). Atau boleh guna baycox tapi ini untuk individu. Jadi leceh sikit.

Bila kambing zon panas kering, atau bukan asal tropika, nak beranak - ada program atau protokol khas yang mesti dibuat. Ada suplemen tertentu, ada injection tertentu, dan MESTI jadi bidan bila sampai waktu kelahiran. Mesti bantu. Banyak komplikasi kelahiran wujud bagi baka non tropic, atau baka besar besar.

Bila dah selesai saat beranak yang mendebarkan, kena pandai uruskan postpartum nutrition. Biasanya anak satu, tapi kena pastikan suplemen yang bantu pengeluaran susu diberikan. Pasalnya baka non tropic memang jatuh prestasi pengeluaran susu bila masuk zon tropik. Kalau anak dua - samada diasingkan dimana satu anak minum dengan maknya dan satu lagi diberi botol susu, ATAU bagi dedak khas booster susu pada tahap tinggi. Jadi maknya boleh keluarkan cukup susu untuk dua anak. Jangan guna langsung feed yang 'unproven' masa tempoh menyusukan ni.

Fuhh boleh tahan input yang nak dikeluarkan. Dan apa yang aku tulis mungkin tak tepat. Mungkin geng pembiak boer tak setuju. So lebih baik terus tanya dengan diorang. Ada lagi tu protokol protokol yang mesti dibuat, dan aku tak larat nak cover.

Hmmm baka kacukan kampung takde pula kena ikut SOP macam di atas.

Terpulanglah pada selera penternak masing masing.

Kalau bela baka eksotik, mungkin boleh dapat kontrak dengan kerajaan untuk jadi supplier sebab kerajaan cuma iktiraf baka eksotik. Tak berapa selera tengok kambing sendiri. Dan biasanya kerajaan beli pada harga yang menarik, harga yang membolehkan sapa sapa yang kelemasan boleh timbul bernafas kembali.

Kalau bela baka tempatan, boleh bernafas sendiri, walaupun harga yang kita jual biasa biasa. Tak perlu harapkan ihsan kerajaan.

Jadi terpulanglah kepada setinggi mana semangat 'freedom' atau 'independence' dalam diri masing masing. Tepuk dada tanya selera.


Terima kasih!

MANDI AMITRAZ

Kambing, kandang, dan aku, lenjun amitraz


Salam hormat kepada semua pembiak kambing dalam tujuh lapis alam semesta,



Dah berkurun kandang dan kambing aku tak dinyah parasit. Kebetulan Shahiid dan Mukmin ada berkursus kat ladang aku, jadi aku pun ambil kesempatan buat semburan amitraz ke sebahagian  kandang dan seluruh populasi kambing. 

Amitraz ni bahan aktif sejenis racun parasit. Untuk halau hama utamanya. Boleh juga halau kutu termasuk kutu babi. Tungau? Boleh gak kot. Ke tungau tu hama? Tapi tungau kita boleh nampak, hama kita tak nampak kan? Kan kan?

Whatever. Janji anti parasit. Semburan anti kuman nanti dulu. Tunggu aku sapu dulu petak beranak. Peh gila tunggang langgang aku ni. 

So amitraz ni aku beli jenama Amatic 20 EC. Syarikat Zagro yang keluarkan. 1 botol 1 liter. $33. Errr... sebenarnya untuk parasit pokok buah. Tapi aku rasa boleh je guna untuk kambing. Banyak penternak buat.

Dan ianya cuma $33 je bang. Ada tulis kat botol tu. 

Kalau 5 liter baru $165. Taktic 5 liter $600. Harga bagaikan kuih karipap seketul banding dengan blueberry cheese cake.

Tapi mungkin Taktic ada campuran lain kot selain amitraz. Lagi kaw kaw agaknya. Ntah la, aku pun takde check senarai ramuan Taktic. 

Anyway, semburan amitraz ni aku buat bukan takat sembur. Tapi sampai lenjun basah berkuyup menitik. Kambing dan kandang. Pasal instruction kata sebaik baiknya basah semua. Aku rasa kalau takat sembur sekali lalu, tak lari hama hama kat kandang. 

So setelah lenjun semuanya, aku saspen juga. Takut overdose dan wujud overreaction. Tapi alhamdulillah, semuanya keadaan baik keesokan harinya. Takde sebarang masalah. 

Apa pun, aku berharap ada pengurangan dramatik populasi parasit kat kandang dan kambing aku. Dan harapnya juga, awek awek seksi yang datang melawat kemudian hari semuanya tidak berhadapan risiko diserang hama, kutu, atau tungau. 

Tapi kan, .... musim hujan ni banyak pacat. Aku dah banyak kali tengok pelawat pelawat perempuan sampai terangkat angkat kain geli sangat dengan pacat. Kalau geng mini skirt ni, kain mana pula yang nak diangkat bila tiba tiba ternampak pacat geliang geliut kat betis tu? Buahaha...

Babai!