Hari ini Khamis. Pagi pagi aku dah tergopoh gapah ke ladang. Tak sempat breakfast dengan bini seperti kebiasaan. Tak sempat minum minuman berkafein seperti kebiasaan.
Customer dah sampai kat ladang. Dalam hujan lebat. Patutnya dia ambik hari Sabtu. Dia jadikan awal ke hari Jumaat. Kemudian dia awalkan pula ke hari Khamis. Kemudian awalkan ke awal awal pagi Khamis. Hari ini. Kelam kabut aku dibuatnya.
Ahli keluarga Naib Canselor UPSI. Tanjung Malim. 80km dari ladang aku. Out of normal range. Biasanya 'retail customer' punya 'catchment area' dalam radius 50km. Tapi kadang kadang memang jadi macam ini.
Berdasarkan perbualan aku dengan mereka, rupanya sebelum ini diorang duduk di Bandar Baru Bangi. Seksyen 3. Masa tu jadi Dekan Pendidikan kat UPM. Baru je pindah Tanjung Malim. Bulan 1 baru ni. Ntah ntah geng kelas mengaji mak aku. Selalu juga mak aku pi surau Assobah Seksyen 3 tu.
Anyway, VC baru UPSI ni sedang berkira kira nak laksanakan sistem sekolah pondok ke dalam UPSI. Haa baguih baguih. Aku sokong sangat. Walau pun aku sendiri kabur menatang apa sebenarnya sistem sekolah pondok ni hahaha. Apa pun, yang aku pasti, program ini akan menambahbaik kualiti guru guru yang dihasilkan. Dan bila guru cemerlang, pastinya murid cemerlang seterusnya umat cemerlang bertambah. Baik baik baik. ...
Ada gambar kambing yang diorder mereka sedang dilapah.
Petang ini semasa post ini ditulis, patut dah sampai geng student master UM ke ladang aku. Seperti kebiasaan. Lama betul dah bertahun tahun diorang ni buat research. Tak habih habih.
Personally, aku fikir, kalau ikut fikiran aku, dah lama aku komersialkan produk top secret diorang ni. Takdak dah research research ni. Bagus sebenarnya apa yang diorang eksperimenkan ke atas kambing kambing aku. Aku rekemen tuan puan untuk cuba dan saksikan perubahan yang terjadi (aku tak beromong kosong atau claim bukan bukan dasat dasat - this thing really works tapi masalahnya tak dikomersialkan lagi). Dan yang lebih bagusnya, keberkesanan produk tersebut cuma memerlukan 1/3 atau 1/4 daripada dos yang diorang rekemen.
It works, with less.
Such is the amazing power of our local herbs. Powerful, at low doses.
Well. Good luck to them.
_______________________________
Pagi ini hujan lebat. Kawasan ladang dan kawasan ragut basah penuh air berlopak lopak. Tetapi kambing tetap dilepaskan meragut. Cuma lewat sedikit tunggu hujan reda. Dan kambing kambing sendiri tak sabar sabar untuk turun dari kandang dan mengharungi cabaran meragut dalam kebasahan.
Siapa kata kambing takut air?
No comments:
Post a Comment