"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, April 7, 2014

ALKAHF:39

ALKAHF : 39

Mak aku suruh baca surah AlKahf setiap malam Jumaat. Ini amalan sebenar Nabi dan para sahabat. Yasin pun boleh takde masalah, cumanya aku rasa amalan baca Yasin ni dipopularkan di tanah Jawa semasa zaman Wali Bersembilan (rasa rasa aku lah). Apa pun kalau nak baca dua dua surah setiap malam Jumaat lebih baik.

Aku tertarik dan terpikir pikir semasa aku sampai pada ayat ke 39 surah AlKahf (terjemahannya):
_______________________

And why did you, when you entered your garden, not say, 'What Allah willed [has occurred]; there is no power except in Allah '? Although you see me less than you in wealth and children, (Sahih International)

Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,
________________________

Selama ini, aku masuk ke ladang tanpa ada kesopanan dan kesusilaan. Lebih tepat lagi tanpa rasa rendah diri sebagai makhluk Tuhan yang lemah dan sangat sangat mengharapkan pemberian dan rahmatNya.

Bismillah pun kejap baca kejap tak baca. Yang sebetulnya jarang sangat baca.

Jadi bila terbaca ayat 39 surah alKahf memang terpukul aku dibuatnya. Rasa macam kena halilintar jiwa aku ni. Punah segala yakin diri dan keangkuhan. Masuk longkang semuanya.

Memang betul sangatlah, manusia mudah lupa. Bukan Melayu aje mudah lupa. Semua umat manusia mudah lupa jang oii! Kena lagi manusia jenis aku yang sahih nanometer nipis imannya.

Jadi aku pikir selepas ini aku akan cuba sedaya upaya jadikan ayat ini sebagai bacaan semasa baru sampai ke ladang, saat berdiri depan pintu pagar ladang, saat memerhatikan kuda dan kambing yang tenang meragut, dan saat riang memerhatikan anak anak kambing terloncat loncat, dan saat seronok memerhatikan anak anak kambing memenuhi kandang terpekik pekik memanggil ibunya.

Aku akan sebut : Semua nikmat dalam ladang kambing ini datangnya dari Allah, dan wujud dengan kekuatan dan pertolongan yang Allah berikan, bukannya hasil ilmu aku dan kerja keras aku yang sebenarnya tidak berbaloi sedikit pun.

Aku tidak layak langsung untuk berbangga dengan semua ini, kerana nikmat ini wujud dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan kepada makhluknya. Tak cukup nikmat ini wujud hanya kerana amalan aku yang tunggang langgang lagi tidak sepadan dengan nikmat yang Tuhan telah curahkan.

Don't be arrogant, you dumb ass! (kepada diri aku sendiri, bukannya kepada orang lain).

Yep. Aku kena selalu ingatkan diri aku sendiri.

Terima kasih mak kerana ingatkan aku untuk amalkan surah ini!


Salam pembiak!

2 comments: