Ada
dua. Satu pelawat terjah. Satu lagi separa terjah buahaha.
Baik.
Yang terjah ni adalah kawan lama aku dari Bandar Baru Bangi. Jiran.
Namanya Asharuddin. MCKK old boy. Datang sebaik selesai solat Jumaat.
Kali ketiga melawat ladang aku.
Orangnya
memang jenis rendah diri. Pasalnya bila aku tanya sekarang jadi apa
dalam Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dia tak nak
jawab. Tapi aku rasakan dia very senior official dalam Suruhanjaya,
berdasarkan dia datang dengan driver yang pakai baju rasmi, dan naik
kereta mewah versi terkini, dan dia dah pun berpindah ke kawasan
perumahan yang 'plush' dalam Bandar Baru Bangi.
Well,
good luck to him. Anyway, tuan Asharuddin adalah peminat kambing
muda. Dan dia sendiri boleh sembelih, lapah, dan cincang kambing.
Lebih handal daripada aku bab bab ni.
Dan
dia juga 'religious' orangnya. Semua anak anaknya dihantar bersekolah
ke sekolah agama. Baik sekolah rendah (sekolah agama Al Amin), mahu
pun sekolah menengah (private religious school).
Aku
juga berharap suatu hari nanti aku berkemampuan hantar anak anak aku
ke sekolah agama, pasalnya aku pening tengok budak budak sekolah
menengah sekarang. Dan aku rasa bukan aku seorang, tapi banyak rakyat
yang jenis 'concern' memang risau dengan perkembangan sistem
pendidikan kat Malaysia sekarang ni, betul tak?
Aku
sempat ambik gambar dia dengan kambing.
___________________________________
Pelawat
kedua ialah bro Hariz dari Setiu, Terengganu. Lembah Kaprima Hulu
Seladang, to be exact. Kali kedua datang. Dulu datang dengan ayahnya.
Kali ini dengan bininya dan anaknya yang umur 7 bulan. Babies! Jarang
jarang ladang aku terima kehadiran bayi. Boleh kira dengan jari
berapa kali bayi bayi datang melawat setiap tahun.
Hariz
sekarang ada dekat 500 ekor kambing, dan biasa berhubung dengan aku.
Hariz ada banyak maklumat 'fascinating' pasal kambing kambing dia,
dan aku berharap dapat terus mendengar ceritanya, tapi masa yang
suntuk menghalang pertukaran cerita.
Aku
nak kongsi satu benda yang bagus dengan tuan puan penternak
berdasarkan apa yang Hariz kongsikan dengan aku.
Sebenarnya,
Hariz melalui cabaran lebih besar lebih getir dalam membiakkan
kambingnya berbanding aku. Dari segi financing takde masalah (aku
yang masalah hahaha), tapi dari segi magnitud masalah kesihatan dan
pembiakan kambing - it's huge, much larger much complex than me.
Tetapi seperti biasa, masalah akan cepat mendewasakan kita dan
meningkatkan kemahiran pembiakan kita. Lagi besar masalah lagi mahir
kita dibuatnya.
Buat
masa ini, aku fikir Hariz sudah masuk fasa stabiliti dalam operasi
pembiakan kambingnya. Dan aku doakan yang terbaik buat operasinya.
Ok
ok ok point tak cerita lagi. Ni dia. Hariz sekarang guna dolomite
untuk kambing kambingnya. Dan berita baiknya - kes mastitis atau
bengkak ambing menyusut dengan drastik. Cuma seekor kambing je yang
terkena mastitis semenjak program suplemen dolomite digunakan.
Mmmmm...
neat right?
Aku
rasa maklumat ni sangat berguna untuk semua para sahabat pembiak dan
penternak kambing, kena pula jenis yang fokus susu. Dan sebarang
pertanyaan pasal dolomite, hendaklah diajukan kepada bro Hariz.
Jangan tanya aku plak, aku takde experience guna dolomite. Karang
menyeleweng jawapan yang aku bagi. Habih tersesat semua orang.
Hariz
juga gunakan mineral kalsium secara free choice, atau adlibitum untuk
semua kambing kambingnya. Untuk atasi masalah ketidakseimbangan
mineral pada pasturanya. Yep, bukan semua tanah sesuai untuk
pembiakan jangka panjang. Ini memang cabaran besar bagi bro Hariz.
Banyak
lagi bro Hariz bertukar maklumat dengan aku. Very insightful.
Dan
aku dapat rasakan, dengan 'unique set of challenges' yang dihadapi
Hariz, akan memberi peluang kepada Hariz menjadi 'master breeder'
suatu hari nanti. Good luck!
*Aku
dapat rasakan kesegaran dalam industri dengan semakin ramai
kemunculan breeder breeder muda yang berpaksikan pada pemburuan ilmu,
berbeza dengan apa yang aku rasakan pada awal awal aku menceburkan
diri dalam bidang ini.
Harapnya
momentum kesegaran ini akan berterusan dan menjadi semakin besar.
Youth
IS the future.
Salam!
No comments:
Post a Comment