(Berdasarkan
pengalaman kawan aku yang belasan tahun ternak kambing susu. Sekarang
dah pencen. Aku sendiri tiada pengalaman menternak kambing susu. So
please beware. I can be completely, utterly wrong).
Lebih
10 tahun dulu.
"Mr
Somebody" dapat 250 ekar tanah milik JPV. Kawasan bukit bukau
yang sangat indah lagi sejuk. Dan Mr Somebody telah mencurahkan lebih
rm 2 juta untuk setup fasiliti kambing tenusu dan agro pelancongan di
situ. Jumlah kambing tenusu ada 500 ekor. Saanen. Tulen.
250
ekor kawasan bukit ini telah ditanam dengan rumput. Ada macam macam
pesen rumput (tapi tiada dedaun). Setiap paddock lain rumput. Tapi
kebanyakan paddock ditanam rumput guinea. Kiranya 'highly managed
pasture'. Beautifully managed pasture. Bukan rumput dan dedaun liar
tumbuh semulajadi.
Keep
that in mind.
Saanen
tulen 500 ekor ini dibiarkan bebas 'meragut' (sebenarnya grazing,
bukan browsing) dalam kawasan 250 ekar ini. Ada suplemen dedak no
5811. Penghasilan susu per ekor seperti biasa yang dijangka daripada
seekor Saanen yang merentas zon cuaca. 2.0 - 2.5 liter per hari.
Kalau di zon asalnya boleh dapat 3.0 - 4.0 liter susu setiap hari.
Mr
Somebody ada kilang mini untuk menghasilkan produk berasaskan susu
kambing. Yoghurt dan keju premium. Dan Mr Somebody memiliki instrumen
pemasaran yang berkuasa. Sering dapat liputan media tempatan dan luar
negara. Kiranya antara penternak kambing susu tercanggih di Malaysia
ini suatu ketika dahulu.
Tetapi
ada satu masalah.
Susu
yang dihasilkan oleh kambing susu Saanen tulen dalam ladang Mr
Somebody yang indah molek ini kurang kepekatan lemak. Cair. Langsung
tak lepas untuk proses penghasilan yoghurt dan keju. (Susu Saanen
memang banyak berbanding baka baka susu lain tetapi cair atau kurang
berlemak - jadi 'kurang best' untuk citarasa pihak pihak tertentu).
Selain
itu 'somatic cell count' atau kepekatan bakteria Salmonella dan
Staphylococcus juga tinggi, jadi susu Gred A kurang, dalam ladang Mr
Somebody.
Erti
kata lain, input tinggi untuk kambing saanen tulen Mr Somebody tidak
dapat menghasilkan output yang setara, baik untuk susu mentah,
apalagi untuk keju dan yoghurt. Rendah kualitinya.
Jadi
Mr Somebody terpaksa rekrut kawan aku yang menternak kambing saanen
kacukan yang dibela secara gembala bawah sawit. Kawan aku ada 200
ekor saanen kacukan beserta nubian kacukan dan alpine kacukan. Susu
daripada kambing kacukan yang digembala inilah yang membantu
'survival' bisnes Mr Somebody.
Kawan
aku masa itu kurang nama kurang reputasi. Jadi bila dapat kontrak
besar daripada Mr Somebody yang bereputasi tinggi, ok jalan ajelah,
janji dapat consistent sales.
Susu
daripada baka susu kacukan yang digembala nampaknya lebih pekat
lemaknya (creamier), dan kurang kepekatan bakteria, dan ini menepati
keperluan penghasilan keju dan yogurt premium Mr Somebody.
So
apa yang aku nampak, takde masalah bela kambing susu jenis apa -
tulen atau kacukan. Takde masalah juga gembala tak gembala. Yang
pentingnya target market, dan kita kena tahu kaedah yang sesuai untuk
mencapai pasaran sasaran.
Yaa...
ada pelbagai jenis pasaran sasaran. Ada customer jenis nak susu
berlemak. Customer yang ni pula nak kurang lemak. Ada yang very
concern dengan status organik. Ada yang tak kisah langsung. Ada yang
cerewet. Ada yang tak cerewet.
Yang
pastinya, pasaran susu kambing lebih kompleks daripada pasaran
kambing pedaging. Kena pula tahap komersial yang target mass market.
Highly competitive. Yang small scale senang sikit boleh target niche
market.
Tapi
biasalah bila benda dah berisiko tinggi, kalau betul caranya,
pulangan pun besarlah juga. Biasa biasa..
Salam
pembiak!
(Pendirian aku masih cenderung kepada : jangka panjang, baka tempatan zon cuaca masing masing pastinya memberi darjah input-output yang terbaik).
Boleh dapat ke susu kambing segar
ReplyDelete