"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, September 30, 2013

PERANGKAP IMPORTER KAMBING

PERANGKAP IMPORTER KAMBING

Puak importer sangat bijak memerangkap bakal penternak dan penternak baru.'Showmanship' puak importer dalam media arus perdana dan media sosial memang first class berbanding pembiak veteran yang selalu ketinggalan dalam bab bab ni.

Puak importer selalu keluar suratkhabar, dan mendapat liputan meluas dengan berselindung di sebalik slogan high tech yang sebenarnya very high input husbandry. Tidak mampu diikuti oleh orang kebanyakan, dan hanya mampu dibuat oleh penternak baru kaya raya. Itu pun semua tumbang juga walau poket dalam dalam.

Tiada satu pun importer, dan sememangnya tiada importer yang berani buat operasi pembiakan semata mata menggunakan konsep high tech dan menggunakan baka baka yang mereka import. Walhal mereka lah yang terkehadapan menjerit sekuat kuatnya bahawa teknologi tinggi adalah masa depan industri pembiakan kambing. Segala produk dan konsep yang mereka laungkan hanya berani digunakan untuk menggemukkan kambing jangka pendek. Dan kambing yang digemukkan ini semuanya diimport.

Beritahu aku satu importer yang buat pembiakan, dan berjaya status pembiakannya. Cabar mereka adakah mereka mampu jual produksi sembelihan mereka pada harga satu dinar? Mampukah mereka bertahan hidup bertahun tahun pada harga sebegitu? Cabar mereka kalau berjaya pembiakan mereka, jangan lagi import. Tetapi gunakanlah segala sistem, mesin dan input canggih mereka untuk membiakkan kambing pada harga jualan satu dinar.

Tak berani tuan puan. Operasi pembiakan mereka gagal. Mana mana importer yang simpan sedikit kambing untuk pembiakan, hanyalah sebagai sandiwara mengelabui mata penternak baru. Mereka tidak mampu biakkan kambing pada harga satu dinar. Yang mereka berani biakkan ialah kalau kambing dijual pada harga baka, pada dua ke empat dinar. Tapi kalau jual dua empat dinar, ini bukan pembiak pedaging tetapi pembiak baka. Bila pula kita nak menyahut cabaran meningkatkan pengeluaran daging dalam negara kalau asyik main pasaran baka. Dan pasaran baka adalah sangat silikal - cepat turun cepat naik. Tak stabil.

Dan kalau ada importer yang berani sanggah kenyataan aku ini, yang berani kata dia mampu biakkan kambing sembelihan pada harga satu dinar dengan menggunakan teknologi tinggi - maka buat apa lagi nak import import. Importer tu dah jumpa 'holy grail' atau 'lombong emas' yang diburu buru selama ini. Maka jadilah pembiak kambing tulen sepenuh masa. Dah tak payahlah kerja lain atau bisnes lain nak tampung kos operasi pembiakan pedaging. Tunjuklah kepada kami pembiak kolot, modal ciput lagi low tech ini akan jalan kamu yang lurus terang benderang. Tak gitu Tuan Guru Importer?

Bakal penternak dan penternak baru hampir semuanya tidak perasan yang mereka sedang disedut masuk ke dalam perangkap vakum puak importer. Wayang mereka memang hebat. Ceritera mereka berjaya menghanyutkan semua penternak baru ini ke alam yang indah, jauh dari kebenaran, dan menyerang pembiak tulen veteran sebagai kolot lagi menyesatkan. Dan benar memang ada, dan sentiasa ada penternak baru yang memandang rendah lagi enteng kepada pembiak veteran yang mengamalkan low input low tech husbandry.

Tetapi bila penternak baru ini masuk tahun kedua dan ketiga operasi, mulai nampak kebenaran dan realiti, mulai curiga wajah sebenar di sebalik topeng topeng importer. Dah pandai bezakan siapa importer, siapa pembiak tulen, dan nasihat siapa yang lebih bernas. Malangnya situasi kebanyakan penternak baru masa ni dah jauk terlajak, dah hampir sangat jadi bubur, atau memang dah jadi bubur. Dah payah sangat nak reverse engineer kasi jadi nasi balik.

Tuan puan, realiti sebenar ialah bagi pasaran pedaging, harga satu dinar. Kalau beli kambing dua empat dinar, jangan expect kita boleh jual anak anak kambing tu pada harga dua empat dinar juga. Kita baru lagi, belum ada reputasi sebagai pembiak baka, yang mampu kita buat ialah beroperasi pada tahap pedaging. Pedaging ni sebagai asas, atau kursus pengenalan sebelum kita boleh melangkah lebih jauh. Kalau kita dah 'master' pedaging, besok senanglah bak buat pembakaan atau susu.

Hmmm.. satu cara importer kenakan kita penternak baru ialah 'pass the risk' kepada kita. Importer charter kapal terbang atau kapal untuk bawak kambing import, kemudian landing aje kat airport terus hantar kepada penternak. Dia tak tanggung risiko kambing mati. Dia takde kuarantin. Terus hantar kat kandang kita. Kita lah yang tanggung.

Dan banyak penternak baru yang mengalami kerugian besar sebegini bila kambing mati berderet deret akibat masalah adaptasi. Tak kisahlah boer ke, feral ke, jamna ke, myanmar ke, bangla banglo ke - semua cerita kambing import ni serupa. Dah muak betul aku dengar penternak baru tertonggeng tonggeng lemas dalam kerugian.

Penternak baru ingat boleh buat 'fast buck', tengok yang jadinya 'fast death'. Kambing dan kita sekali tergolek.

Dan satu lagi yang banyak penternak baru tidak bersedia, ialah akan hakikat ketidakmampuan baka baka import yang baru sampai dijadikan breeder. Kambing yang merentas zon cuaca ni tak akan optimal pembiakan dan produksinya sebagaimana zon cuaca asal mereka. Masalah adaptasi banyak terjadi, pasti. Dan realitinya penternak baru tak bersedia.

Adalah lebih baik beli kambing untuk pembiakan daripada pembiak juga. Yang generasi anak anak local birth. Yang beranak kat malaysia. Samada darah tempatan atau darah asing, kelahiran tempatan tinggi sikit daya adapatasinya. Takdelah pening kepala tahap migrain kita dibuatnya. Haa risiko buat breeder bagi kambing baru jejak tanah melayu, memang tinggi. Kalau kita dah berpengalaman takpe lah.

Dan satu lagi yang importer akan perangkap kita - diorang tak akan beli kambing yang dilahirkan di sini. Padahal janji manis masa kita nak beli betina betina import daripada diorang ni.

Ada ke diorang nak beli balik anak anak kambing keluaran kita pembiak? Takde takde. Diorang lagi suka beli yang import juga. Takdenya nak tolong kita penternak tempatan. Dibiarkan kita terkontang kanting terpinga pinga. Dan kalau diorang nak beli pun, diorang akan tawarkan harga lebih rendah daripada harga diorang beli dengan orang kafir australia.

Penternak tempatan diketepikan. Bila habis madunya, hampas dibuang buang begitu sahaja. Masa mula mula je manis, dah lama baru pecah tembelang. Puak importer ni bukan patriot, tetapi pembunuh patriot.

Tak percaya? Tengoklah masa dah start bela kambing masuk tahun kedua ketiga. Tengok skrip drama yang aku cerita ni, serupa ke tak serupa?

Sebab itu semua pembiak veteran ada isu dengan puak importer ni. Semua pembiak yang masih berdiri, apatah lagi golongan pembiak tulen, memang anti dengan propaganda mengarut puak importer.

Dan puak importer tak berani berhadapan pembiak tulen. Mereka akan 'black out' tanda tanda kewujudan pembiak tulen. Mereka tidak mahu tempayan dongeng mereka pecah.

Tetapi puak importer tetap berjaya mempengaruhi sebahagian besar bakal penternak dan penternak baru. They are very good at it. Dan semakin ramai penternak baru masuk bubu, lebih baik lebih afdal untuk poket mereka.

Dan bubu (atau vacuum cleaner) mereka memang besar sebesar besarnya..

Hati hatilah penternak baru.. 

3 comments:

  1. insyaAllah akan berhati2 dan berusaha menjadi pembiak utk kambing kita (local blood)...terima kasih Alwi...kak tengah berusaha dan berazam nak jadi pembiak yang berjaya walaupun tak seperti alwi....tapi sekurang2nya boleh berbakti pada masyarakat setempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kagum dengan semangat dan kepercayaan mantap kak kepada darah tempatan. Teruskan!!

      Delete
  2. saya peminat baru ternakan kambing dan sedang mengumpul info tentang penternakan kambing. Info tuan akan saya jadikan panduan. sebelum ni teringin jugak saya nk beli baka inport, tapi sekarang dh tak jadi. trima kasih atas penerangan tuan.

    ReplyDelete