"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Friday, September 20, 2013

HALUS HALUS KASAR KASAR

Ramai juga penternak yang terlepas pandang hal ini sebagaimana ramai yang terlepas pandang akan hakikat sebenar rumput napier.
____________________________________

Ruminan dipanggil ruminan kerana mereka 'ruminate' - penghadaman perlahan lahan, melalui pelbagai proses dalam empat perut mereka, disebabkan makanan mereka yang sangat tinggi kandungan fiber. Yep rumput dan dedaun sukar dihadamkan.

Ruminan akan hadam makanannya perlahan lahan. Ruminan sentiasa hadam makanannya perlahan lahan. Ruminan wajib hadam makanannya perlahan lahan.

Wajib al ghunnah. Itu fitrahnya. Itu sifat alaminya. Sifat yang menggembirakan hatinya. Sifat yang mentakrifkan dirinya sebagai ruminan.
_____________________________________

Makanan halus halus bukan makanan alami ruminan. Contohnya dedak dalam bentuk serbuk atau tepung, dan foraj (rumput dan dedaun) yang dicincang halus hancur hancur.

Makanan halus halus akan 'bypass' banyak perut perutnya justeru tidak memberi ruang untuk ruminan 'ruminate'. Dan ruminan tidak akan jadi gembira dengan situasi itu kerana fitrahnya digagalkan.

Makanan halus halus akan memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang kepada program pembiakan kita. Salah satunya ialah sistem penghadaman yang semakin melemah. Perutnya akan jadi 'malas' dan kurang aktif. Akan jadi 'couch potato' dan akhirnya tidak cekap. Mikrob dalam semua empat perut jadi 'inert' dan perlahan lahan pupus.

Feed conversion ratio akan meninggi (tak cekap) dan kita akan dapati kita kena memberi kuantiti makanan yang lebih banyak untuk mendapatkan kadar kenaikan berat yang serupa selari dengan bertambahnya masa. Ini pastinya tidak baik kerana menambahkan kos. Tak pasal pasal.

Bagi memelihara vitaliti pembiakan jangka panjang, kita kena pastikan ruminan kita gembira. Dan itu adalah memastikan ruminan dapat 'ruminate', dapat makanannya dalam bentuk kasar. Ini akan memastikan sistem penghadamannya berada dalam keadaan puncak. Always in a prime state.

Kasar macam mana?

Kambing digembala tidak perlu risau kerana mereka memang makan secara alami. Tetapi bagi kambing yang dikurung, foraj memang tak boleh bagi setakat cut and carry. Ini banyak sangat membazir. Kita akan guna mesin chopper untuk kerat kerat foraj ini. Dan saiz keratan yang baik yang optimal ialah 2 atau 3 inci. Tak perlu pergi lebih halus dari ini.

Bagi penternak yang menggunakan dedak, sebaik baiknya guna dalam bentuk pellet saiz 1 inci bentuk batang mancis. Bentuk ini adalah bentuk paling optimal untuk penyerapan nutrien paling cekap bagi sistem penghadaman anak kambing dan mak kambing. Bentuk kiub (macam pellet lembu) atau bentuk halus sebenarnya kurang cekap untuk perut kambing.

Ok. Ada 'tweak' sikit. Bagi penggemuk kambing pedaging, kalau guna dedak halus atau serbuk - kenaikan berat lebih cepat. Tapi kita kena ingat risiko acidosis, cirit birit, dan penyakit berkaitan penghadaman lebih mudah terjadi. Jadi penggunaan dedak serbuk jangka pendek tiada masalah jika bersedia secukupnya.

Dan bagi penternak kambing tenusu, yang mengharap produksi susu pada kadar puncak - lebih baik guna dedak dalam bentuk pallet batang mancis saiz 1 inci; dan bagi foraj yang telah dikerat kerat 2-3 inci, atau tak payah chop pun. Kambing tenusu sangat gembira dengan diet kasar sebegini, di mana dia dapat 'ruminate' senantiasa. Dan kambing tenusu yang gembira pasti dan pasti akan menghasilkan susu yang banyak dan terbaik kualitinya.

So tuan puan pembiak kambing, perkara kecil sebegini kita selalu terlepas pandang. Kita tak perasan pun. Tetapi bagi sesiapa yang cukup 'observant' - hal kecil sebegini dapat menganugerahkan kita 'competitive advantage' dengan pesaing pesaing kita.

Ingatlah :

Makanan halus halus - sistem penghadaman jadi melemah
Makanan kasar kasar - sistem penghadaman tip top

Salam!

*Kalau kita hari hari makan bubur pagi petang siang malam - jadi bad mood kita. Hangin memanjang itu tak kena ini tak kena. Kerana kita tak mendapat fitrah kita. Kita suka makanan yang lebih kasar teksturnya. Sekali sekala makan bubur takde masalah, ataupun masa sakit demam - masa ni sistem hadam kita jadi lemah, jadi eloklah makan bubur. Tapi bila kita sihat, kita nak makan balik yang kasar kasar.

Itulah fitrah monogastrik, dan apalagi bagi sang ruminan. Fitrah mereka memang suka makanan yang lambat lagi sukar dihadamkan.


Mbekk!!

3 comments:

  1. Salam sifu,
    betul ke bg kambing mkn pelepah sawit dcacah membahayakan kambing sebab lidi yg tjm akan menyucuk2 perut?

    ReplyDelete
  2. nak tanya alwigoatfarm ni lokasi nya di mana ya?

    ReplyDelete