Terima
kasih Mar Celo kerana quote harga terbaru 1 dinar emas kepada aku.
$730. Maknanya sekilo berat hidup kambing adalah $20. Sama dengan
harga jualan aku sekarang.
Kepada
semua penternak kambing pedaging, harga terkini seekor kambing
sembelihan 35kg berat ialah sekitar $700. Dan apa sahaja yang
kita buat, atau apa sahaja teknik ternakan kambing yang kita gunakan
- kita kena ingat harga siling ialah 1 dinar. Pahat baik baik dalam
memori kita.
Makanya,
mana mana operasi pembiakan yang input rendah memiliki suatu
kelebihan yang besar. Kelebihan absolut? Tidak. Tetapi masih suatu
kelebihan yang boleh menentukan 'viability' bisnes kita.
Pulangan
lebih menarik sekiranya input lebih rendah. Dan dalam masa yang sama
output tinggi. This is our game.
Now,
wujud laungan reformasi, atau transformasi, atau apa sahaja 'nasi
akan jadi bubur' bidang ternakan sekarang ni. Gegak gempita. Laungan
transformasi ini semuanya sibuk promosi kita kena jadi high tech
untuk memajukan industri ternakan. Malangnya yang aku nampak semua
high tech yang digembar gemburkan itu semuanya adalah bersifat high
input yang langsung tidak menjamin output.
Dan
laungan transformasi ini seperti biasa ditunjangi oleh puak puak
importer yang tidak tahu membiak (semua projek pembiakan diorang ni
gagal samada projek sendiri atau diorang jadi konsultan) tetapi cukup
'savvy' atau 'brilliant' dalam marketing.
Kos
nak mulakan sistem penternakan high tech semuanya tinggi tinggi
melangit. Tak terjangkau oleh banyak orang yang berminat menternak.
Yang mampu hanyalah individu atau syarikat kaya raya. Dan puak
importer cukup suka target bakal penternak dan penternak baru yang
ada poket dalam dalam sebegini. Mana mana yang kurang berduit - ambik
lah kambing feral sikit sikit buat stok untuk dijual.
Modus
operandi puak puak importer ialah merekrut sebanyak mungkin bakal
bakal penternak dan penternak penternak baru untuk turut sama
menunggang bersama mereka, tetapi akhirnya meninggalkan pengikut baru
terkontang kanting terpinga pinga di tengah padang pasir.
Puak
puak importer tak berani ajak pembiak berpengalaman dan penternak
veteran bersama mereka kerana mereka tahu skema licik mereka akan
didedahkan, dibogelkan, dan dibedah satu persatu.
Harapan
(atau lubuk emas) puak importer terletak pada bakal penternak dan
penternak baru yang belum mengerti hakikat sebenarnya, dan puak
importer tahu mereka kena berterusan mencipta dan merekrut bakal
bakal penternak untuk kesinambungan poket mereka.
Ini
adalah gelembung yang semakin besar dan akan pecah juga suatu hari
nanti. Peristiwa gelembung membesar dan pecah ini akan berterusan
selagi polisi ternakan negara masih dipengaruhi importer dan
mentaliti import.
Hakikatnya
dalam industri ternakan kambing pedaging, 1 dinar adalah harga
rujukan, atau harga yang kita akan pegang sekejap kejapnya. High tech
husbandry yang dilaung laung menggegarkan seantero alam semuanya
adalah high input yang memanjangkan masa pulang modal, dan tidak
memungkinkan pedaging dijual pada harga 1 dinar.
Ni
yang ramai tak nampak ni, utamanya bakal penternak dan penternak
baru.
Sebenarnya
kita boleh dan kita mampu buat projek pembiakan yang menghasilkan
pedaging pada harga 1 dinar. Low input husbandry. Low tech. Takde
gegak gempita pun. Rasul rasul Allah semua dah lama buat. Myanmar
yang low tech pun boleh eksport kambing kepada kita. Malah australia
dan south africa yang diagung agung kan itu pun buat low tech, semi
intensif aje. Baka baka pedaging world class tu semuanya produk low
input low tech husbandry.
Takde
pun guna high tech. Asasnya ialah pembiakan, dan pembiakan low input.
Teknologi sebagai enhancement atau pelengkap kepada asas.
Eh
awi ko tahu tak kalau kita buat high tech ladang kita - kita boleh
dapat satus bionexus dan kementerian kewangan boleh bagi $500,000, 2
juta, malah 5 juta?
Haa
bagus. Baguslah tu. Bukan niat ikhlas nak sambut cabaran meningkatkan
pengeluaran daging dalam negara, tapi nak sapu duit rakyat buat
pelaburan dalam stock market, atau kondominium.
Tuan
puan penternak, semua syarikat ternak status bionexus, yang high tech
high tech ni semua dah bungkus, dah lesap dengan duit rakyat, duit
kita semua. Yang mana masih berdiri (dan sibuk melaungkan diri mereka
sebagai terkehadapan atau 'state of the art'), sebenarnya adalah
gagal dalam operasi pembiakan, dan terpaksa bergantung kepada kontrak
jpv untuk 'bail out' mereka. They need government help to save their
sorry ass. Mereka tak mampu menghasilkan pedaging pada harga 1 dinar,
dan bergantung kepada jpv untuk pasaran baka dimana harga boleh
mencecah 2-3 dinar.
Sebenarnya
jalan seorang pengembala adalah jalan yang memelihara kemerdekaan
diri kita. Bebas dari meminta minta bantuan kerajaan. Bebas daripada
membebankan rakyat. Kalau dapat kontrak dengan jpv untuk bekalkan
baka, itu sepatutnya adalah suatu bonus. Bukannya penyelamat atau
talian hayat bisnes kita.
Dan
sesungguhnya kita mampu menghasilkan pedaging pada harga 1 dinar.
Sesungguhnya kita mampu membiakkan kambing pada harga tersebut.
Percayalah
kepada darah sendiri.
Percayalah
kepada jalan yang telah ditunjuk dan dilalui oleh semua rasul rasul
Allah.
Percayalah
pada kemampuan diri sendiri.
One
dinar is our game.
Salam!
good article..memang harga sekitar tu 20 ringgit..
ReplyDeleteanyway, aku punya penentuan harga agak lain skit..but all depends on customer acceptance..
Assalam..boleh kah saya bertanya, di mana boleh beli kambing dengan 1 dinar?
ReplyDeletesaya berminat nak beli kambing dengan harga satu dinar, boleh tahu lokasi di mana?
ReplyDelete