"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, September 22, 2013

DAUN SAWIT

Pandangan peribadi. Berdasarkan pengalaman dan observasi aku. Penternak lain akan beza sudut pandang.

Daun sawit sebagai makanan kambing adalah ok. Tak masuk dalam kategori prime quality roughage disebabkan kandungan tenaga yang rendah. Dan aku lebih risau akan hakikat daun sawit rendah tenaga berbanding lidinya merosakkan perut kambing.

Untuk lebih kepastian akan analisis nutrien daun sawit, kita boleh rujuk artikel Mardi. Kerjasama dengan Jepun dalam kenalpasti kesesuaian pelepah daun sawit sebagai sumber makanan ruminan. Perincian zat ada aku baca, tetapi kesan jangka panjang penggunaan, aku tak pasti ada tak ada kertas kajiannya.

Mardi buat dalam bentuk serbuk pelepah daun sawit yang digabung bersama dedak. Formula asal sesuai untuk ruminan pedaging, tetapi tak cukup mantap untuk tenusu. Formula sekarang aku tak tahu - kena rujuk feedmaker yang bersekutu dengan Mardi.

Baiklah. Dari segi tenaga, memang daun sawit rendah tenaga. Jadi ruminan kena makan dalam kuantiti lebih tinggi berbanding foraj lazim untuk mendapatkan tahap tenaga yang serupa. Tetapi bagi ladang ternakan yang sumber daun sawit banyak, takde susah hati, bagi je lah sebanyak mungkin.

Oh ye daun sawit lebih sesuai untuk kambing banding bebiri.

Kita boleh guna daun sawit semata mata sebagai sumber makanan kambing. Maknanya takde guna dedak atau foraj lain. 100 peratus daun sawit aje. Cuma dari segi prestasi pembiakan - cemerlang atau biasa biasa - aku tak pasti dan adalah lebih baik kita check betul betul rekod ternakan ladang yang amalkan cara ini.

Aku sendiri bela kambing bawah sawit. Dan kambing suka aje makan pelepah sawit. Dia akan tinggalkan lidi, makan daun je. Tetapi daun sawit bukanlah foraj utama. Rumput rampai dan dedaun liar bawah sawit masih jadi makanan utama.

Ok. Isu hangat yang sering diperdebatkan - lidi sawit boleh cucuk cucuk perut kambing.

Aku tak risau sebab kambing dewasa mampu hadamkan sebahagian besar lidi sawit. Lidi sawit tidak akan mencucuk perut kambing walaupun perut kambing nipis banding lembu. Ini kerana perut keempat kambing adalah sama dengan perut kita - penuh asid hidroklorik. Maknanya sebahagian besar fiber fiber sukar dihadamkan macam lidi sawit akan hancur juga.

Sebahagian besar. Majoriti. Ada sebahagian kecil lidi sawit yang tidak terhadam dan akan masuk ke dalam usus kecil.

Aaaa kat sini baru wujud risiko gangguan penghadaman. Di usus ye bukan di perut. Ramai yang terlepas pandang ni. TETAPI risiko adalah sangat sangat kecil. Tak berbaloi kita terlampau risau hingga buat keputusan tak nak guna daun sawit.

Manfaat dan kesenangan sumber makanan masih jauh mengatasi risiko negatif penggunaannya.

Hmmm cuma bagi anak kambing yang masih kecil aku risau. Sebab sistem hadam mereka belum matang dan memang tak mampu hadam lidi sawit. Anak kambing remaja umur 4-5 bulan dah boleh takde hal. Yang umur sebulan dua ni kita risau sikit.

Dan aku perhatikan masa mengembala, budak budak kecik ni memang tak minat daun sawit. Diorang lagi minat dedaun kering kemudiannya pucuk pucuk dedaun yang lembut lembut. Dah besar sikit mantap badannya baru tunjuk minat makan daun sawit.

Well, nak senang cerita budak kecik ni, kita bagi je creep feed. Lebih mudah dihadamkan berbanding dedaun dan rumput. Dah besar sikit takpe campurkan foraj termasuklah daun sawit.

Jadi kesimpulannya daun sawit takde masalah guna sebagai sumber makanan. Cuma kena ingat yang kandungan tenaganya rendah. Jadi kena top up banyak sikit kalau nak jadikan daun sawit makanan utama. Kalau ada guna dedak, takpe lah guna daun sawit sikit sikit sebagai penstabil sistem hadam.

Lidi sawit aku tak risau bagi kambing dewasa. Sistem hadamnya dah mantap. Risiko usus (bukan perut ye) tersumbat tetap ada tapi minimal. Boleh rendahkan risiko kalau bagi pelepah daun sawit tanpa dikerat kerat. Gantung aje pelepah tu tak yah susah susah dimesinkan. Biar kambing asingkan sendiri lidi dengan daun.

Kalau kita nak hancurkan daun sawit pun boleh juga. Lidi pun hancur. Tapi tu lah foraj hancur hancur ni tak menggalakkan 'rumination', dan bakal merendahkan keupayaan sistem hadam dalam jangka masa panjang.

Dan aku tengok kambing aku takde masalah pun walau dah bertahun tahun makan daun sawit. Masih berprestasi baik.

Itulah serba sedikit pandangan aku. Senang cerita jangan risau guna daun sawit. It is ok. It is good. It is easy.

Excellent? Masih boleh didebatkan.

Salam!






3 comments: