"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, September 24, 2013

BILAKAH ADAM DAN HAWA DITURUNKAN?

Aku sering tertanya tanya bila sebenarnya Adam dan Hawa mendarat di bumi. Sudah berapa lama umur keturunan manusia. Dan hipotesis aku ini adalah berdasarkan saat Habil mula mula tundukkan kambing.

Dipercayai kambing ditundukkan, dan dibiakkan sekitar 9,000 ke 11,000 tahun dahulu. Kebetulan pula, bukti arkeologi menunjukkan manusia mula bercucuk tanam 10,000 tahun yang dulu. Di sekitar lembangan sungai Tigris dan Euphrates, dan di Eropah.

Maknanya Habil tundukkan kambing lebih 10,000 tahun dahulu. Bukan bawah 10,000 tahun. Dan dari segi sejarah manusia didapati pertanian bermula kemudian daripada penternakan.

Yep, betul sebab Habil adalah anak Nabi Adam, dan kita semua tahu dia adalah pengembala kambing, bukan petani. Maknanya manusia bermula dengan menternak diikuti bercucuk tanam.

(Dan kita juga tahu kisah qurban Habil dan Qabil dalam menentukan siapa dapat Iqlima, siapa dapat Labuda - dimana Habil dan Qabil diminta mempersembahkan kambing ternakan mereka yang terbaik kepada Tuhan. Perhatikan! Kambing ternakan sebagai qurban, bukannya kambing liar atau kambing feral. Orang kafir australia peduli apa kehendak sebenar orang Islam - janji kambing perosak dia dijual selesai masalah).

Seterusnya, hipotesis aku ialah Adam dan Hawa terhempas ke bumi lebih kurang 11,000 atau 12,000 tahun dahulu. Ya, dalam jangkamasa tersebut.

Dan yang menariknya, berdasarkan kajian teras ais dan batuan glasier (rocks don't lie - ask any geologist) - didapati cuaca Bumi sedang beransur keluar dari zaman ais ketika terhempasnya Adam dan Hawa. Sebenarnya bermula 14 juta tahun dahulu Bumi memasuki Zaman Sejuk dimana sering berlaku zaman ais menutupi seluruh mukabumi.

Corak cuaca bumi ketika itu ialah 100,000 tahun zaman ais, diikuti 10,000 tahun zaman hangat, kemudian masuk semula zaman ais yang sejuk.

Aha! Adam dan Hawa mendarat di Bumi ketika waktu yang sangat cantik; waktu ais sedang berundur memudahkan ruminan kecil seperti kambing untuk diternak dan mendedahkan tanah yang subur untuk pertanian; waktu yang sangat kondusif untuk keturunan manusia membiak pantas.

Yes! Tuhan ciptakan suasana di Bumi dan jatuhkan Adam dan Hawa ke Bumi pada saat yang sesuai. Saat yang menepati tujuan menjadikan keturunan Adam sebagai pentadbir.

Hominid hominid lain seperti Cro Magnon dan Neandertal jika kita lihat dan kaji bentuk fizikalnya - adalah dicipta untuk zaman ais, dicipta untuk kesejukan. Badan mereka besar dan pendek, dan sistem hadam mereka adalah dicipta khusus untuk mencernakan daging haiwan raksasa. (Daging haiwan besar seperti mammoth memberikan banyak tenaga dan kepanasan yang mencukupi untuk menahan kesejukan melampau).

Sebab itu semua hominid hominid ini hidupnya memburu binatang besar. Mereka tidak makan haiwan kecil seperti kambing. Mereka juga tidak bercucuk tanam, tidak bertani kerana pertamanya cuaca sejuk tidak membenarkan kewujudan pertanian, dan keduanya cuaca sejuk hanya membenarkan kewujudan mamalia raksasa. Selain itu hanya diet mamalia raksasa dpat memenuhi keperluan metabolisme CroMagnon dan Neandertal.

Dan Cromagnon juga Neandertal tidak menternak kerana mamalia raksasa ada banyak merayau rayau ketika zaman sejuk, dan kerana semua mamalia raksasa ini sukar ditundukkan.

Berbeza dengan manusia dimana cuaca bumi sudah jadi hangat yang membenarkan kewujudan pertanian, dan kehendak metabolisme kita yang boleh dipenuhi dengan diet ruminan kecil seperti kambing dan bijirin.

Yep kita sesuai dengan cuaca bumi yang sedikit hangat. Dan kita adalah satu satunya makhluk yang menundukkan haiwan untuk ternakan, dan bercucuk tanam. Ini antara sifat yang jelas membezakan kita dengan hominid seperti cromagnon, dan neandertal.

Well, adalah jelas kita membiak baik sekiranya kita makan ruminan seperti kambing dan lembu, dan menerangkan kenapa kita tak suka makan daging gajah atau badak - memang bukan makanan kita.

Ada satu benda yang kita kena fikirkan. Sebenarnya zaman hangat 10,000 tahun ini patut hampir berakhir atau pun sudah berakhir. Tetapi disebabkan aktiviti manusia yang menyebabkan fenomena global warming, maka bumi masih belum memasuki kembali zaman ais.

Kalau tiada global warming, kita semua akan kembali ke zaman ais, pertanian akan musnah, ternakan akan lesap, dan kita sendiri akan pupus kerana ketiadaan sumber makanan dan tiada kemampuan adaptasi.

Uh oh ini adalah salah satu kelebihan luar jangka fenomena global warming. Tapi itulah global warming juga banyak sebabkan kacau bilau cuaca bumi.

Ntah lah, aku pun payah nak cerita ni. Pening fikirkan.

Anyway, aku nak ucapkan terima kasih kepada Habil kerana tergerak ilhamnya untuk menundukkan kambing. Rupanya kambing adalah pengaruh besar dalam sejarah pembiakan manusia. Tubuh badan kita sememangnya direka untuk jadi subur dengan diet daging kambing. Jadi kita semua kena teruskan bela kambing untuk kesejahteraan umat manusia.

Thanks Habil!


Dan Adam, dan Hawa juga! 

4 comments:

  1. .mana kutip cerita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....kambing...kambing...tapi estimate ini agak sipi-sipi betul. Banjir besar nabi Noh a.s dianggarkan sekitar 11,500 tahun lampau ketika baginda berusia +-600 tahun. Beza tempoh antara nabi Adam a.s dan nabi Noh a.s ialah 2,000 tahun. Jadi kemungkinan nabi Adam diturunkan ke bumi +-13,500 tahun sudah...dan yang pasti bukan pada zaman dinosaur.

      Delete
  2. mentang2 jual kambing.

    ReplyDelete
  3. Tapi setelah kajian dijalanakan , saintis mengumpul banyak bukti bahawa manusia telah wujud lebih kurang 200,000 - 300,000 tahun lalu , jadi bagaimana manusia pertama iaitu Adam a.s. Turun di bumi pada 13,500 tahun yg lalu ???

    ReplyDelete