"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, September 18, 2013

ASAL HAJARUL ASWAD

Kita manusia adalah makhluk asing. Kita adalah keturunan pengembara angkasa lepas.

Bumi adalah planet singgahan, planet asal kita (home planet) masih dalam buruan.
_____________________________

Adam dan Hawa tidak dijadikan di Bumi, tetapi sebuah planet lain. Kita berbeza dengan hominid lain seperti CroMagnon dan Neandertal. Spesis mereka dijadikan di bumi. Tetapi kita bukan penduduk asal Bumi.

Dan pada Kaabah dan Hajarul Aswad, ada petunjuk dari mana asal kita. Di mana home planet kita semua.
_____________________________

Sebenarnya Adam adalah pembina pertama Kaabah. Zaman Nabi Nuh ia mula luput dan dilupakan. Sehinggalah Ibrahim membinanya semula, dan kekal hingga kini.

Adam membina Kaabah sebagai petunjuk kepada keturunannya akan asal sebenar mereka, dan Adam menggunakan Hajarul Aswad sebagai petunjuk komposisi planet asalnya.

Hajarul Aswad ialah batuan meteorit. Ia bukan berasal dari bumi, tetapi dari luar bumi. Hajarul Aswad datang bersama Adam dan Hawa. Ia adalah serpihan dari mahligai mereka di syurga asal. Mahligai yang turut berfungsi sebagai kapal angkasa yang sangat hebat. Mampu bertahan dengan stress melampau ketika kemasukan ke atmosfera Bumi, dan struktur hebat yang dapat melindungi Adam dan Hawa saat pecahnya ia mencecah muka bumi.

Yep. Mahligai angkasa yang teknologinya masih belum tercapai oleh kita generasi moden, tetapi sudah ada sesetengah saintis angkasa yang dapat membayangkan kewujudannya.

(Aku akan terangkan kenapa mahligai dalam hipotesis mendatang berdasarkan keterangan Alquran. Bukan aku main sedap je berimaginasi syok sendiri).

Baiklah kita tahu Kaabah ada hubungan terus dengan Baitul Makmur. Direct line of sight. Highway. Antara Kaabah yang manusia bertawaf mengelilinginya, dengan Baitul Makmur yang jemaah malaikat dan penghuni kosmos bertawaf mengelilinginya sebelum disedut ke Sidratul Muntaha dan bertemu ajal mereka.

Now, hipotesis aku sebelum ini ada menyatakan Sidratul Muntaha adalah sebuah event horizon. Dan event horizon ini mungkin milik Sagittarius A*, sebuah lohong hitam super gergasi di tengah tengah galaksi Bimasakti kita.

Alangkah baiknya kalau ada para saintis angkasa yang dapat 'extrapolate' posisi Kaabah ke Sagittarius A*. Atau mana mana lohong hitam yang berpotensi. Aku rasa ada kemungkinan home planet kita akan dijumpai sekitar kawasan ini.

Angkasa lepas adalah terlalu luas untuk kita cerap. Lebih baik kita kecilkan atau fokuskan pada suatu tempat sahaja, jadi kemungkinan lebih tinggi untuk cerapan itu berjaya. Dan yang baiknya, Alquran ada menyediakan panduan ini. Suatu titik rujukan yang memudahkan pencarian bagi saintis Islam.

Dalam Quran ada sebut yang Jannatul Ma'wa berhampiran Sidratul Muntaha. Maknanya kalau Sidratul Muntaha adalah event horizon Sagittarius A*, kita akan jumpa sebuah super planet yang hampir serupa Bumi di situ, dan saiznya adalah sangat sangat besar. Mungkinkah ini planet asal kita? Planet asal Adam dan Hawa?

Tapikan, kedudukan Jannatul Ma'wa adalah terlalu jauh dengan Bumi. 25,000 tahun cahaya. Hmmm... no no no aku tak rasa mahligai angkasa Adam dan Hawa bergerak selaju cahaya. Melainkan Jibril membantu sebagaimana Jibril membawa Muhammad mengembara alam semesta dengan kelajuan jutaan warp speed.

Mmmm Aku rasa home planet adalah kita lebih hampir dengan Bumi. Sangat hampir. Mungkin Venus. Aku tak rasa Mars. Ye ye aku tahu Venus adalah planet batuan paling tak sesuai untuk kehidupan dalam banyak banyak planet sistem Solar. Tapi apa yang banyak orang tak tahu ialah Venus tak sesuai hidup di permukaannya, tetapi sangat sesuai untuk kehidupan di atmosferanya. Terapung. 50-60km dari permukaan.

Lebih kondusif dari Marikh dan Sang Bulan kita.

Dan di Venus terdapat bukti wujud kehidupan yang lebih dinamik suatu ketika dahulu berbanding Marikh.

Mungkin Venus adalah home planet kita? Planet yang telah berubah wajah menjadi gersang semenjak peristiwa Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga?

Buat masa ini lokasi planet asal manusia masih menjadi suatu misteri yang sangat besar. Lebih banyak kajian dan cerapan diperlukan ke atas Hajarul Aswad dan Kaabah. Aku sangat berharap ada mana mana saintis Islam yang dapat menggalas cabaran ini. Dan aku juga sangat berharap misteri ini terjawab sementara aku masih bernafas.

Ini adalah antara pemburuan paling mengujakan dalam sejarah manusia. The hunt for our home planet. Syurga asal kita.

Syurga Adam dan Hawa.

Selamat memburu!

*Hey jangan lupa kita adalah makhluk asing. Kita sibuk buru makhluk asing tetapi kita sendiri terlupa kita adalah makhluk asing. Kelakar betul lah!








No comments:

Post a Comment