"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, September 19, 2013

INBREEDING : PANDANGAN RADIKAL

Kontroversi. Dan aku fikir empat orang professor (doktor falsafah dalam pembiakan ruminan) kenalan aku tidak akan bersetuju dengan kenyataan yang bakal aku keluarkan.

Aku tiada degree, atau master, atau doktor falsafah dalam bidang pembiakan ruminan. Yang aku ada hanyalah asperger syndrome, kecacatan autisme yang menyebabkan aku boleh jadi 'brilliant' dalam sedikit perkara, tetapi 'total disasters' bila sampai bab bab lain, terutamanya hubungan sosial.

Ok. Dalam post terdahulu aku ada terangkan dimana semua makhkluk kecuali manusia adalah dicipta 'multiple pairs'. Maknanya wujud diversiti genetik yang mengurangkan risiko buruk inbreeding. Tapi kadar adaptasi (kadar kemunculan gen gen penanda adaptasi) pula jadi lambat. Ada 'trade off'.

Normalnya, kita semua takut dengan perkataan inbreeding. Yang kita nampak semuanya kesan negatif. Kambing jadi keciklah, kambing jadi mandullah, atau kambing mudah dapat sakit. Takut saje kita dibuatnya.

Tapi apa yang ramai tidak tahu, inbreeding ada kesan positif juga. Positif? Ye ada. Inbreeding mampu menguatkan sesuatu faktor. Contohnya kita pilih kriteria kambing semua mesti warna merah. Inbreeding mempercepatkan kita sampai kepada tujuan tersebut - semua kambing kita akan jadi warna merah. Kalau pilih faktor pantas beranak, inbreeding juga meningkatkan kebarangkalian peluang pantas beranak.

Dan dalam masa yang sama, menguatkan faktor negatif. Tetapi pada kadar yang sedikit. Contohnya kita nak semua kambing warna merah dan pantas beranak. Maka inbreeding akan mempercepatkan tujuan tersebut tetapi dalam masa yang sama risiko faktor negatif meningkat sedikit - mudah sakit jantung, atau mudah diserang sawan.

Apapun, inbreeding menguatkan faktor positif lebih besar darjahnya daripada faktor negatif. Peluang lebih tinggi daripada risiko. Dan bagi haiwan, risiko wujudnya inbreeding depression sebenarnya kecil. Sebab wujud diversiti genetik. Tak macam manusia.

Dan aku menggunakan pengetahuan ini (yang ditakuti terlalu ramai penternak) sebagai suatu kelebihan. It is a great tweak. Aku percaya inbreeding menawarkan suatu tingkap untuk mencapai kadar adaptasi yang lebih pantas, justeru kestabilan kawanan kambing, justeru prestasi lebih tinggi.

Oh yes it is. Surprisingly inbreeding provides a neat window to achieve faster adaptation for our herds.

Pelik, tapi itulah hakikatnya. Kambing, dan haiwan ternakan lain ambil masa lama untuk adaptasi. Baru dia stabil, dan akhirnya perform. Kalau nak cepat dapat result - inbreeding membantu memendekkan masa adaptasi.

Tetapi, haaaa ada juga tweak berikutnya - kita akan perkenalkan darah baru bila kawanan kambing dah stabil. Dan aku buat selari dengan inbreeding. Aku buat line breeding (atau cross breeding, atau apa sahajalah nak panggil) dan inbreeding serentak.

Aku bukan inbreeding semata mata. Aku bukan guna pejantan 'internally generated' semata mata. Aku guna juga blood line baru. Aku ambil juga pejantan asing perkenalkan ke dalam kawanan kambing. Haaa jangan pula ada yang confuse, atau dok ingat aku inbreeding semata mata.

Dan berkenaan isu kambing jadi kecik bila inbreeding. Sebenarnya kalau kita guna boer fullblood atau jamna fullblood atau saanen fullblood atau semua baka fullblood yang besar besar ni - semua generasi seterusnya akan mengecil dibawah cuaca tropika - walaupun kita ketat mengawal program pembiakan elakkan inbreeding.

Ye, cuaca dan persekitaran tropik Malaysia akan menyebabkan mereka mengecil - itu adaptasi mereka sebagaimana yang berlaku kepada kambing kacang.

Inbreeding ni sebenarnya faktor kecil dalam mempengaruhi saiz badan yang mengecil. Dan juga faktor kecil dalam mempengaruhi peningkatan kadar keguguran atau kegagalan pembiakan.

Yang lebih penting ialah nutrisi dan tahap fitness pejantan.

Nutrisi ok, kambing pun membesar generasi berikutnya. Pejantan fit, dan maksud aku superbly fit and superb conditioning, barulah sperma ada kualiti, barulah susah nak gugur, barulah generasi seterusnya bersaiz lebih besar atau maintain saiz normal.

Inilah situasi alam semulajadi. Jantan yang fit fit, yang jadi alpha male barulah dibenarkan mengawan. Baligh, tak tua sangat, dan dalam puncak kekuatan jasmani - jenis ni yang kahwin dengan betina. Walaupun pejantan itu ada hubungan darah dengan betina betina tersebut.

Survivabiliti masih terpelihara.

*Kita pembiak pedaging, toksahlah pening pening bab breeding ni. Sama juga cerita dengan ubat. Kita pembiak pedaging, tok sah lah pening pening guna ubat sana sini macam macam.

Kita cincai cincai sudahlah.

Bab nak pening pening breeding ni - masuk petak sana masuk petak sini; rehat dan rotation; biar pembiak baka yang uruskan. Haa depa memang kena ambik berat, memang patut pening. Barulah pembakaan diorang berjaya.

Senang je bab bab kahwin kambing bagi seorang pembiak pedaging - pastikan pejantan kita kuat makan, super fit, dan superb conditioning.

Terima kasih!



No comments:

Post a Comment