"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, September 16, 2013

KAMBING MUDA JADI RENDANG

Tak patut. Tak kena ni.

Salah seorang customer aku beli kambing muda. Satu ekor dimasak kurma, satu ekor lagi dimasak rendang. Rendang kering.

Aiseyman. Ni dah salah protokol.

Patutnya kambing muda, kena pula yang jenis grain fed, paling elok dimasak seasas asasnya, tanpa rempah pelbagai. Panggang atau sup. Biar daging itu sendiri jadi rempah secukup rasa.

Bagi aku, masak rendang adalah untuk daging liat atau daging tua atau daging yang dah tak tahu nak masak apa. Kalau daging tua memang kena betul lah dimasak rendang. Segala macam rempah tu dapat 'cover' ketidaksedapan daging tua atau liat.

Sama juga isunya macam ayam. Ayam sekarang yang memang jenis grain fed memang hancur ranap kalau dimasak rendang. Tapi kalau dibuat ayam golek atau sup, memang terangkat. Yang bagus dibuat rendang, ayam kampung atau ayam pencen.

So kambing muda eloklah dipanggang begitu sahaja dengan rempah yang sangat minimal. Kalau tidak, penat ajo kita dok bela, dok buat macam macam nak bagi daging sedap. Tukang masak senang senang je hancur leburkan penat lelah kita menggemukkan kambing. Tak patut tak patut.

Kambing muda kambing panggang. Atau kambing sup. Atau apa saja teknik memasak yang asas. Barulah ada kelas!

Salam hormat!


1 comment:

  1. Engat kn nk condemn projek kambing muda td huhu naseb bek bace smpai abis.. kambing muda golek,fuhh sedapnye.. sembelih la sekor tuan,bg sy mkn free huhu

    ReplyDelete