Dari
segi sains. Aku tak sentuh aspek lain.
Bagi
sesiapa yang membaca Kalamullah perlahan lahan merenungi setiap patah
perkataan, dan memiliki sedikit ilmu kosmos, akan terbit hipotesis
demi hipotesis yang mengejutkan. Gelombang demi gelombang kejutan.
Syurga
Adam dan Hawa ketika mula mula dicipta ialah sebuah planet. Yep,
planet. Planet batuan, dalam lapisan langit pertama. Planet yang
mungkin kita boleh nampak dan rungkaikan misterinya dengan teknologi
cerapan yang lebih baik. Mungkin juga planet Venus yang bersebelahan
Bumi kita, mungkin juga planet Marikh, atau mungkin juga mana mana
planet dalam sistem bintang lain.
Harapnya
pencerap Kepler dan pencerap akan datang, TESS, dan pencerap pencerap
pemburu planet selainnya, akan dapat memberi sedikit petunjuk kepada
kita.
_____________________________________
Ketika
Adam dan Hawa 'crash landed', atau terhempas ke Bumi beserta Iblis,
mereka masing masing terpisah sangat jauh. Memakan masa 40 tahun
sebelum bertemu kembali di Padang Arafah, suatu acara yang kita
raikan sebagai anak cucunya setiap kali musim haji.
Ada
sebab menarik kenapa Allah pisahkan Adam dan Hawa sebegitu jauh
sebegitu lama. Jauh. Lama.
Ok
kita perhatikan, Adam dicipta keseorangan. Kemudian Hawa dicipta dari
tulang rusuknya. Secara asasnya, dari segi sains, Hawa ialah klon.
Klon.
Salinan yang sempurna. Tetapi berbeza jantina. Dan sains belum mampu
memahami apalagi menghampiri teknologi ini.
Dan
kalau kita perhatikan, semua makhluk makhluk lain yang Tuhan jadikan,
adalah berpasang pasang. Contohnya lembu atau kambing. Kambing
dicipta di bumi dengan jantan dan betina. Sepasang. Dan ada pasangan
lain. Mungkin 4 pasangan, mungkin 8 pasangan, wallahualam. Tetapi
yang penting ialah berpasangan. Multiple pairs.
Maknanya
semua makhluk lain memiliki diversiti (kepelbagaian, kekayaan)
genetik yang cukup untuk membiak sebaiknya - kurang risiko
inbreeding.
Tetapi
Adam seorang, dan Hawa ialah klon. Genetik serupa. Tidak cukup
diversiti, atau mungkin juga tiada diversiti - risiko inbreeding
sangat sangat sangat tinggi. Kegagalan pembiakan sangat mudah
terjadi.
Sebab
itu di syurga asal Adam dan Hawa, mereka tidak membiak, mereka tidak
berkahwin, tidak melahirkan keturunan walaupun syurga mereka terlampu
banyak sumber. (Dan ada ulama yang mentafsirkan pohon khuldi sebagai
senggama atau seks).
Apa
apa pun kita tahu Adam dan Hawa tidak berketurunan di syurga asal,
tetapi di Bumi barulah mereka membiak. Setelah terpisah begitu jauh
dan lama. Di mana masing masing keseorangan, mengalami pengembaraan
yang menakjubkan, beradaptasi dengan cuaca dan topografi yang
berbeza, bertarung dengan saat saat cemas berhadapan binatang buas
dan mungkin juga hominid, dan akhirnya bertemu di Arafah.
Aku
katakan di sini, keupayaan fizikal Adam dan Hawa sebagai manusia
pertama di muka bumi adalah sangat sangat sangat menakjubkan.
Survivabiliti mereka di Bumi yang sangat asing, berbeza dengan syurga
asal, adalah benar benar di luar dugaan. Pengembaraan yang mereka
alami sebaik terhempas di Bumi adalah suatu pengembaraan sangat
historik. Pengembaraan kedua terhebat setelah Isra' Mikraj.
Ok.
Sains di sebalik pengembaraan hebat Adam dan Hawa itu.
Saintis
genomik mendapati walaupun secara asasnya, genome 7 billion umat
manusia sama sahaja, tetapi keupayaan mutasi manusia adalah sangat
pantas berbanding makhluk lain. Maknanya adaptasi manusia pantas
kepada cuaca dan persekitaran. Maknanya lagi - persekitaran kita
mampu mengubah atau mutasikan gen, menjadikan ia kaya dengan varian.
Aaa
kita boleh umpamakan 7 billion umat manusia ni, dari segi keserupaan
genetiknya, adalah rumah teres yang seragam. Atap sama, pintu sama,
layout dia sama, bilangan tingkap sama - cuma bentuk tingkap yang
berbeza. Hmmm boleh mula nampak kot ni.
Bentuk
tingkap yang berbeza inilah yang kita panggil varian. Ada tingkap
bulat, ada tingkap empat segi, ada segitiga, ada bubuh langsir kuning
hijau merah pelbagai. Haaa inilah maksud aku. Cuaca dan persekitaran
mengubah tingkap tingkap ini kepada pelbagai bentuk. Jadi nampaklah
diversiti, nampaklah sedikit perbezaan.
Kalau
makhluk lain, rumah teres juga. Bentuk sama, atap sama, layout sama,
tapi pintu dan tingkap berbeza berbeza. Lebih banyak varian. Lebih
banyak mutasi. Lebih diversiti.
Sekarang
ini penting. Sangat penting. Sedikit beza, sedikit varian, sedikit
mutasi - sudah cukup untuk mengurangkan risiko inbreeding dengan
drastik.
Sebab
itulah Adam dan Hawa terpisah jauh. Tuhan mahukan mereka membuat
persediaan yang cukup, memiliki status jasmani pada sepuncak
puncaknya, dan memiliki cukup variasi dalam genome mereka - sebelum
mereka dibenarkan membiak melahirkan kita semua. Breeding vitality.
Dan
tahap breeding vitality, dan mutasi genetik, yang dimiliki Adam dan
Hawa, terima kasih kepada perpisahan 40 tahun mereka - adalah berada
pada peringkat yang sangat mengkagumkan - di mana mereka berterusan
mewariskan sifat mampu biak kepada generasi demi generasi umat
manusia sehinggalah generasi akan datang. Dan breeding vitality ini
mampu mengelakkan kesan buruk inbreeding buat bergenerasi.
Fuhhh
sekarang kita boleh nampak sebab musabab peristiwa perpisahan Adam
dan Hawa dari segi sains. Kesimpulannya, aiseyman banyak juga
kesimpulan ni, aku ambik yang penting aje lah:
Pertamanya,
risiko inbreeding lebih besar buat manusia berbanding makhluk makhluk
lain. Kerana manusia dicipta satu, sebenar benarnya. Berbeza dengan
makhluk lain yang dicipta 'multiple pairs'. Justeru kurang risiko
inbreeding.
Keduanya,
walaupun genome manusia betul betul serupa pada awalnya, tetapi
mutasi hasil perubahan cuaca dan persekitaran membantu mencipta
variasi dan diversiti. Dan sedikit variasi sudah cukup mengelakkan
situasi inbreeding depression.
Ketiganya,
bila kita mengembara ke mana mana tempat di bumi, cuaca dan
persekitaran akan mutasi genetik kita pada kadar lebih pantas, pada
darjah lebih besar berbanding makhluk makhluk lain. Adaptasi kita
lebih cepat.
Keempatnya,
makhluk lain termasuk ternakan kita - kambing - akan ambil masa lama
untuk adaptasi bila merentas zon cuaca. Pasalnya. Tuuu.. yang aku
cerita kat atas tu. So mana mana makhluk yang merentas zon cuaca akan
jatuh breeding vitality. Susah nak membiak.
Dan,
setakat itu sahaja lah buat masa ini. Terima kasih kerana sudi
membaca. Bye!
*Saintis
genomik mendapati breeding vitality manusia dah mula surut. Keupayaan
pembiakan dah menurun. Kita tidak lagi pantas membiak seperti dahulu.
Bukan sebab ubat, bukan sebab penyakit, bukan sebab banyak chemical
dalam kehidupan harian kita - tapi disebabkan 'genetic timer'. Setiap
kali membiak, setiap kali muncul generasi baru, setiap kali itulah
berkurangnya breeding vitality. It tapers off.
Kita
semakin hampir ke penghujung hayat spesis kita. Tetapi Kiamat akan
mendahului kita.
Anyway,
terima kasih kepada Adam AS dan Hawa AS kerana perjuangan legenda
mereka semasa mula mula mendarat di Bumi. Kita semua terhutang budi
kepada mereka berdua. Semoga Allah senantiasa mencucuri rahmatNya ke
atas mereka.
Salam!
Bagus bahasan ilmiah di sini..mohon share tuan..utk kita sama sama fikirkan ttg hal kejadian alam yg maha luas..
ReplyDelete