Aku
pandang rombongan anak anak yatim piatu dan orang kurang upaya yang
datang ke ladang aku sebagai suatu penghormatan besar. Aku pandang
mereka lebih mulia lebih VIP lebih barakah daripada rombongan menteri
sultan selebriti.
Tapi
mereka datang mengejut. Dan aku tidak membuat sebarang persediaan.
Jadi aku rasa ralat, apalagi tidak dapat menunaikan hajat utama tuan
punya rumah OKU - meminjam seekor kambing pejantan. Aku punya kambing
jantan semua dah abis. Tinggal yang kecik kecik baru cerai susu.
Aku
biasa dengan rumah OKU ini. Setiap tahun akan bagi beberapa ekor
kambing, dan berhasrat meneruskan tradisi ini in sha allah. Dan aku
ingin berkongsi dengan tuan puan akan cabaran yang dihadapi dalam
menguruskan rumah OKU ini.
Rumah
OKU ni tidak mendapat bantuan kerajaan. Semuanya poket sendiri dan
sumbangan orang ramai yang prihatin. Ada lebih kurang 70 individu
yang menghuni rumah ini - kebanyakannya anak terbuang, cacat, tua,
dan sakit mental. Situasi rumah perlindungan OKU ini adalah lebih
urgent, atau higher priority berbanding madrasah atau sekolah tahfiz.
Jabatan
Kebajikan Masyarakat pun ada rujukkan 20 kes ke rumah OKU ni. JKM tak
dapat handle, jadi minta bantuan rumah OKU ni. Macam macam kes yang
kritikal - sebabnya rumah perlindungan inilah satu satunya rumah
sebegini di daerah ini. Rumah lain semuanya anak yatim atau madrasah.
Tetapi walau pun JKM minta tolong, tapi rumah OKU ni tak dapat pun
dana dari JKM. Kan pelik macam tu?
Kemudian
isu wakil rakyat. Wakil rakyat yang baru ni datang melawat sekejap
sangat. Tak sampai 5 minit. Tak salam dan beramah mesara pun dengan
penghuni. Janji macam macam tapi sampai sekarang apa benda pun takde.
"Janji Ditepati" lah konon.
Dan
yang lebih skandalnya ialah penyelewengan kutipan derma oleh wakil
rakyat dan konco konconya. Rumah OKU ini bagi kebenaran untuk wakil
rakyat dan pembantunya untuk mengutip derma atas nama rumah OKU ni.
Tapi semua bantuan dan derma itu tidak sampai ke tangan yang
sepatutnya. Semuanya masuk kantung wakil rakyat. Lubang pecah bila
banyak individu bertanyakan rumah OKU ni ada ke sumbangan yang mereka
berikan kepada wakil rakyat sampai ke tangan mereka.
Rupanya
bukan rumah OKU ini sahaja yang jadi mangsa wakil rakyat, tetapi
semua rumah anak yatim dan madrasah yang memberi kebenaran kepada
wakil rakyat menggunakan nama mereka untuk kutipan derma. Ini bukan
"Rakyat Didahulukan" tetapi "Rakyat Dibahamkan".
Wakil
rakyat rupanya Jerung Rakyat.
Jawatan
wakil rakyat diidamkan bukan untuk berkhidmat kepada masyarakat,
tetapi berkhidmat kepada diri sendiri. Takde integriti langsung.
Macam mana nama boleh lepas dalam senarai calon pilihanraya? Parah
parah. Elok panggil SPRM siasat wakil rakyat ni.
Kemudian,
dari segi layanan kerajaan kepada rumah OKU ini juga berbeza banding
dahulu masa berlokasi di Selangor. Di Selangor bila ramadhan waktu
buka puasa jadual rumah OKU ni sesak dengan jemputan keraian. Semua
VIP sibuk datang cari bagi sumbangan terus kepada rumah OKU ni. Tapi
di sini sambutan begitu dingin sedingin benua antartika.
Aduh
la sedih betul tengoknya.
Harapnya
keadaan akan berubah semakin baik. Tapi kan, kalau dok harap aje,
mana jadi tak? Kena ada aktivitism, ada nampak pergerakan nak
berubah, bukan dalam hati aje.
Jadi
aku bermula di sini, dalam blog dan facebook aku sendiri, aku
dedahkan togelkan kebobrokan yang berlaku. Whistleblower. Tapi tak
cukup nyaring. Well... jadilah buat permulaan.
Kepada
semua rakan ternak, sekiranya ada kambing jantan yang boleh dibuat
pejantan, dan berbesar hati untuk menyumbang kepada rumah OKU ni,
bolehlah contact aku. Nanti aku bagi no telepon terus hubungi
pentadbir rumah. Dan juga sesiapa nak bagi sumbangan dalam bentuk
tunai dan lain lain, (aku tengah terfikir mungkin kita boleh upgrade
kandang kambing rumah OKU ini), adalah sangat sangat dialukan.
Semoga
kita semua golongan penternak kambing menjadi golongan yang memberi,
bukannya golongan yang meminta minta.
"Kerajaan
yang hebat diukur pada layanan kepada rakyat terbawah, bukannya
layanan kepada pemerintah".
No comments:
Post a Comment