Lapan
tahun yang dulu, setahun setengah setelah aku mula membiakkan
kambing, ada seorang rakan penternak datang melawat. Aku pun buat
lawatan balas dan aku memang terkejut dengan sumber yang dimiliki
rakan ternak aku ini.
Beliau
baru beroperasi 6 bulan kemudian dari aku. Beliau ada tanah yang
sangat luas hampir 1000 ekar, kandang kapasiti lebih 1000 ekor
kambing, dan kapital raksasa. Kambing macam macam jenis ada termasuk
biri biri. Majoriti baka import. Biasa terbang ke australia cari
kambing eksotik darah tulen.
Aku
jadi takjub ternganga melihat kapasitinya, dan aku jadi gusar segusar
gusarnya bila dia umumkan hasratnya untuk 'flood the market' -
banjirkan pasaran dengan kambing kambingnya pada harga yang murah
murah.
Kalkulasinya
- dengan upaya yang dia ada, dia akan jadi kuasa dominan dalam
pasaran. Dalam masa yang singkat. Sebab itu dia berani umumkan
'kebanjiran'.
Aku
balik ke ladang dengan kerisauan yang menggunung, memikirkan aku
tidak akan mampu bersaing dengannya, dan akhirnya tenggelam lemas
dalam kebankrapan. Aku tak boleh tidur lena. Sentiasa risau.
Hmmm
rupanya kerisauan aku tidak berasas. Beliau gagal dalam operasi
pembiakannya. Banyak kambing mati. Kemudian beliau tukar taktik.
Kecilkan operasi pembiakan dan besarkan operasi import. Macam macam
negara. Jadi importer.
Pun
gagal. Skala kemusnahan yang lebih besar. Lebih banyak kambing mati
dan kerugian. Akhirnya tutup kandang. Rugi yang sangat sangat besar.
Hmmm
dan aku yang merangkak bagaikan kura kura, dan tiada hasrat
mendominasi pasaran, rupa rupanya hidup lebih lama. Walaupun aku
kapital ciput, dan sumber aku kerdil berbanding dirinya.
Sebenarnya
aku perhatikan dalam industri ternakan kambing pedaging, tiada pihak
akan mampu memiliki kuasa monopoli pasaran. Tiada entiti yang akan
mampu mendominasi pasaran sepertimana Google dalam carian internet,
atau Microsoft dalam sistem operasi komputer.
Tiada
entiti yang akan dominan dalam pasaran tempatan mahu pun pasaran
global. Tiada satu pun. Dari dulu hinggalah sekarang. Pasaran kambing
pedaging bukan milik syarikat besar, tetapi adalah milik pembiak
pembiak yang bebas.
Aku
fikir Tuhan melindungi jalan para rasulNya, memelihara kebebasan
setiap pengembala kambing di seluruh dunia.
Mereka
yang tamak tidak akan berjaya menguasai pasaran. Dan sebaik sahaja
mereka melaungkan keinginan mereka untuk mendominasi pasaran -
kematian menanti usaha penternakan mereka.
Dan
sesungguhnya tuan puan penternak yang aku muliakan, aku telah banyak
menyaksikan kematian penternak penternak bermodal raksasa ini tahun
demi tahun. Aku dah jadi biasa melihat kematian mereka.
Dan
yang jelas bagi aku - semua penternak modal raksasa yang tumbang ini
memandang lekeh akan darah sendiri, dan tidak percaya akan jalan para
anbiya' yang mengembala kambing.
Mereka
tiada kesabaran membiak. Mereka lebih suka main kambing asing atau
kambing feral dan sekutunya. Mereka gemarkan darah asing, menyanjung
tinggi darah penjajah. Dan mereka suka import sahaja, dari negara
mana pun tak kisah. Janji murah walau pun berpenyakit tak cukup
syarat protokol pembiak.
Transformasi?
Adakah
import kambing besar besaran mampu transformasi bidang ternakan?
Yang
aku tahu kekayaan apex importers dan sekutunya akan ditransformasikan
menjadi semakin kaya, dan kekayaan bakal penternak dan penternak baru
yang terjerat dengan perangkap mereka akan ditransformasi menjadi
miskin papa kedana.
Oh
wayang kematian dimainkan sekali lagi. Dan lagi dan lagi....
jemunya...
Huarggghhh...
mengantuk... zzzz
No comments:
Post a Comment