SURAT TERBUKA KEPADA SEMUA BAKAL PENTERNAK KAMBING
Salam
hormat.
Sesungguhnya
aku telah lali dengan ketidakpercayaan bakal penternak kambing kepada
para penternak dan pembiak kambing berpengalaman. Aku tahu mereka
sangat teruja untuk terjun dalam industri dan orang pertama industri
mereka akan jumpa ialah para importer, sebagaimana yang terjadi
kepada aku dan rakan rakan penternak suatu ketika dahulu.
Bakal
penternak sudah pasti akan mendengar nasihat para importer, dan akan
memberikan para importer kedudukan istimewa dalam program penternakan
mereka.
Dan
seperti biasa bakal bakal penternak, dalam keterujaan mereka, akan
memberi tindak balas negatif bilamana mereka terjumpa pembiak
berpengalaman yang memberi nasihat jauh berbeza. Bakal penternak akan
menuduh para penternak dan pembiak berpengalaman, sebagai penuh
hasad dengki, kolot, minda terjajah, dan tidak pandai mengambil
keuntungan yang terhidang di depan mata.
Ini
bukan soal hasad dengki kepada saudara sebangsa, samada India Melayu
dan lain lain bangsa, tetapi soal survival industri jangka panjang.
Tiada agenda bangsa dalam pertempuran ideologi pembiak kambing dengan
importer kambing.
Ketahuilah
bakal penternak sekalian,
Para
importer, apa bangsa sekali pun, utamanya apex importer dan
sekutunya, telah mematahkan ribuan tengkuk para penternak yang ikhlas
menyahut cabaran meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara.
Adakah kita hanya mahu suasana industri dimana : para importer dua
tiga kerat, terus hidup sihat dalam industri; manakala ratusan dan
ribuan penternak dan pembiak kambing terkulai layu saban tahun?
Adakah
ini keadilan? Adakah kita akan berdiam diri? Adakah bila kita
bersuara menentang kezaliman, kita akan dituduh penuh hasad penuh
dengki kepada kejayaan orang lain?
Dan
aku tahu inilah harga yang mesti dibayar untuk mendapat keadilan dan
mendedahkan kebenaran. Dan ketahuilah wahai bakal penternak,
kebenaran akan menerbitkan dirinya sedikit demi sedikit apabila kita
semakin lama dalam industri.
Wahai
bakal penternak kambing sekalian,
Adakah
kita berbangga dengan status Malaysia sebagai pengimport kambing
terbesar dalam rantau Asia Tenggara ini? Adakah kita berbangga bila
kita mengimport sebanyak banyaknya kambing orang kafir untuk ibadah
umat Islam di Malaysia ini? Adakah kita berbangga dengan kambing
feral yang direject, ditolak, dan dianggap sebagai perosak oleh orang
kafir - golongan anti Tuhan dan Tiga Tuhan, untuk digunakan dalam
korban kita kepada Allah Tuhan yang Satu, dan untuk digunakan dalam
aqiqah anak anak kita yang disayangi?
Dimanakah
harga diri kita sebagai umat Islam? Dimana harga syahadah kita?
Dimana harga laungan Allah Maha Besar di saat mata pisau bertemu urat
kambing?
Adakah
kita akan membiarkan orang kafir yang merendah rendahkan Tuhan kita,
terus tersenyum sinis geli hati melihat kebergantungan kita kepada
mereka?
Wahai
bakal penternak kambing sekalian,
Jadilah
detektif. Siasatlah blog blog penternak kambing terdahulu, yang telah
senyap menyepi. Telitilah posting posting mereka, dan tanyalah
mereka. Baka apa yang mereka gunakan, sistem apa yang digunakan,
adakah mereka bermain jual beli kambing import, adakah wujud letusan
penyakit dan kematian dalam kawanan kambing mereka, adakah mereka
mampu menghasilkan kambing pedaging pada satu dinar.
Tanyalah
sepuas puasnya. Nescaya kita boleh banyak belajar daripada kesilapan
mereka - yang biasanya bermula saat mereka bermain kambing import.
Wahai
bakal penternak kambing sekalian,
Pergilah
kepada blog blog dan facebook para importer pula. Saksikanlah betapa
banyaknya 'link dan like' penternak baru dalam website mereka. Dan
betapa banyaknya juga 'link dan like' yang telah mati. Tetapi
langsung tiada 'link dan like' kepada para penternak dan pembiak
kambing yang berjaya dan berpengalaman. Tiada. Tiada sebarang 'link'
kepada mereka yang masih hidup membiak walaupun sekian lama dalam
industri.
Sebaik
sahaja seorang penternak berjaya dalam pembiakannya, sebaik sahaja
seorang penternak berjaya menghasilkan kambing pedaging pada harga
mampu satu dinar tanpa perlu bergantung kepada produk dan servis para
importer ini, mereka para importer akan terus shut down, atau black
out sang penternak.
Sang
penternak dianggap suatu ancaman, dan kejayaan para penternak tidak
boleh dan tidak akan digembar gemburkan. Malah dianggap sesat dan
tidak boleh dijadikan contoh kepada bakal penternak atau penternak
baru.
Para
importer mahu mindset penternak terus bergantung kepada mereka.
Mereka akan katakan operasi pembiakan adalah mustahil berjaya. Lebih
baik bergantung kepada bekalan kambing yang mereka sediakan.
Wahai
bakal penternak kambing sekalian,
Burulah
para penternak dan pembiak tulen yang telah lama dalam industri. 5
tahun, 8 tahun, 10 tahun, 12 tahun, 20 tahun - dengarlah pandangan
mereka. Mereka perlu diburu, kerana kewujudan mereka cuba dihapuskan
atau dipadam padam oleh para importer. Dan aku pasti, sangat pasti,
pandangan mereka jauh berbeza bagai langit dan bumi dibandingkan
pandangan para importer.
Kita
akan tahu siapa sebenarnya yang berjuang untuk kebaikan industri, dan
siapa yang berpura pura berjuang untuk industri.
Wahai
bakal penternak kambing sekalian,
Ketahuilah
semua negara pengeksport kambing tidak membenarkan kambing diimport
sewenang wenangnya ke dalam negara mereka. Australia, South Africa,
New Zealand, Thailand, Indonesia malah Myanmar sekali pun tidak
membenarkan kambing diimport. Syarat mereka sangat sangat ketat.
Hanya kualiti baka, dan dalam kuantiti yang sangat sedikit,
dibenarkan dibawa masuk. Mereka benar benar menjaga industri kambing
tempatan mereka.
Ketahuilah
bagaimana Australia dalam saat awal projek pembangunan boer, hanya
membenarkan embryo transfer boer afrika selatan dilakukan. Dan
kambing boer yang muncul dari embryo transfer itu dikuarantin selama
10 tahun sebelum dibenarkan membiak ke dalam kawanan kambing di
Australia. Australia sangat sangat risau dan mengambil langkah
berjaga jaga dengan kehadiran kambing asing.
Tetapi
kita di Malaysia, membuka pintu seluas luasnya kepada kebanjiran
kambing kambing import. Kita adalah hab, kita adalah pusat, kita
adalah syurga kambing kambing imigran. Tapisan kita sangat longgar
sehinggakan kambing status reject atau sampah berleluasa diluluskan
kewarganegaraan mereka.
Dan
letusan demi letusan wabak penyakit terus menghantui industri
ternakan Malaysia. Membunuh dan membankrapkan sekian ramai penternak
selama puluhan tahun. Berterusan menggagalkan cabaran memenuhi tahap
sara diri. Dan sesungguhnya zaman kita adalah zaman paling sukar di
mana banyak rakan rakan pembiak seangkatan telah terbunuh dan mudah
terbunuh.
Wahai
bakal penternak kambing sekalian,
Ketahuilah
apabila kita berhenti mengimport, nescaya semua orang berlumba lumba
menjadi penternak dan pembiak. Situasi serius 'undersupply' yang
tercipta akan sangat sangat menggalakkan tumbuh membiak suburnya
kreativiti - bab membiak dan penggunaan sumber tempatan, dalam usaha
kita mengejar pengeluaran untuk memenuhi permintaan.
Industri
akan dipenuhi peserta peserta kreatif, yang akhirnya akan
menghidupkan kembali, bernafas kencang sebagaimana ikan yang
tercungap cungap masuk kembali ke dalam air, dan memecut laju ke ufuk
baru yang penuh cahaya.
Ketahuilah
yang kita boleh capai tahap sara diri, dan eksport, apabila kita
berani berhenti mengimport sebagaimana yang dilakukan oleh semua
negara pengeksport ternakan.
Wahai
bakal penternak kambing sekalian,
Ketahuilah
bahawasanya hanya pembiak pedaging yang percaya kepada kehebatan
darah sendiri, dan mengikut jalan pengembala sebagaimana yang
ditunjukkan oleh para anbiya' - mampu bertahan kukuh di sebalik
keruntuhan industri.
Percayalah
yang Tuhan tidak mempersiakan kejadian darah yang membesar daripada
tempat tumpahnya ia. Dan percayalah yang Allah akan memelihara jalan
para rasulNya.
Sesungguhnya
kepercayaan kepada darah sendiri, dan kepercayaan kepada jalan para
anbiya' - akan membebaskan diri kita daripada kebergantungan kepada
pihak lain. Kita akan bebas untuk berfikir, bebas berkata kata, dan
bebas bertindak.
Kita
tidak lagi melihat kambing peliharaan kita dengan mata kasar, tetapi
kita melihat dengan mata hati. Kita akan nampak kebenaran, tiada lagi
kepalsuan yang melilit.
Bebaskanlah
diri kita daripada importer. Bebaskanlah diri kita daripada belenggu
penjajah.
Setiap
penternak kambing berhak akan kebebasan.
Bebas!
Terima
kasih.
Yang
benar,
Sang
Pembiak.
penternak2 baru memang macam tu, nak cari yang nampak senang buat duit je, long term tak fikir. tak tahu nak beza mana yang hak dan batil. nak buat breeding, tanya orang trading, macam timur dengan barat je pendapat dia.
ReplyDeletesaya selalu syorkan penternak baru untuk jumpa dengan prof Alwi, jumpa dengan prof, tukar2 pendapat & bertanya. at least saya dah tunjuk jalan bunga ros, batang berduri, di hujungnya bunga.
Mana satu Don yang betul ni? Don Capra Hircus, ke Kapten Don Jenal?
DeleteBetul lah tu.
Yang nak untung short term ni yang cepat tumbang. Yang sabar buat long term akan dapat menuai hasil.
hahaha.. it's the same man.
DeleteSy setuju dengan hujah Prof Alwi, inilah dasar kerajaan memberi peluang kepada pengimport bermaharajarela dalam penjualan kambing dan mengekplotasi penternak baru. Alasan kerajaan memberi kebenaran adalah kerana penternak tidak dapat menyediakan supply dengan mencukupi dan harga yang murah. Sy berpendapat satu cara mengekang perkara ini berlarutan adalah dengan menubuhkan persatuan penternak kambing. Persatuan berkuasa menetapkan segala urusan berkaitan dengan penternakan kambing secara keseluruhan dalam negara. Dengan ini penyagak-penyagak pengimport dapat dihapuskan atas desakan persatuan.
ReplyDeletebuat macam indonesia. terus haramkan import. terus berkembang biak industri ternakan. siap boleh eksport. siap pedajal lagi si australia kih kih
Deletekak sokong...dulu kak baru2 ceburi terkapai2 jugak; bagaimana nak bina kandang, nak bagi mkn kambing, nak bagi kambing sihat........masa tu takde rezeki berjumpa alwi, bila dah jumpa, kak rasa membiak kambing nie senang kalau kena caranya....local blood (or cross), enviroment semulajadi (mengembala) dan yang penting adalah kawasan atau lokasi kandang......Alhamdulillah.....sekiranya kita nak membuat keputusan atau nak sesuatu, minta dan pohonlah pada Allah swt. Itulah kebetulan lokasi kandang kak dibelakangnya ada sungai besar, adalah tempat mengembala, Allah swt beri rezeki bertemu blog Alwi, Allah swt ilhamkan mengembala ditepi sungai....Alhamdulillah, Alhamdulillah.
ReplyDeleteya biak kambing itu senang cerita sebenarnya. tahniah kak nooraini kerana menurut jalan yang sama dengan para anbiya'. semoga usaha kak bertemu kejayaan
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete