Anjing
yang tak suka menyalak.
______________________________
Anjing
liar australia. Anjing feral. Semuanya warna kuning emas. Dan
dipercayai berasal daripada satu anjing betina. Satu.
Ye.
Semua dingo di australia sekarang berasal dari satu anjing betina.
Ini kes ekstrem inbreeding. Wujud kesempitan genetik. Tetapi masih
elok membiak, berketurunan seluruh australia, dan mendapat status
spesis.
Dingo
adalah suatu contoh inbreeding tahap ekstrem tetapi masih memiliki
survivabiliti yang mengejutkan. Inbreeding tidak akan menyebabkan
kematian spesis, atau kacau bilau dalam pembiakan. Sesuatu spesis
masih boleh membiak baik walau wujud inbreeding.
Sama
seperti yang aku terangkan sebelum ini - ada beberapa langkah yang
diambil untuk mencergaskan kolam genetik walau pun terhad.
Dingo
kuat berjalan, banyak mengembara. Jadi perubahan cuaca dan
persekitaran memberi sedikit mutasi kepada genome. Justeru wujud
sedikit variasi. Dan sedikit variasi sudah cukup baik mengurangkan
risiko buruk inbreeding depression.
Selain
itu, dalam sesuatu kawanan dingo, yang dibenarkan membiak hanyalah
jantan alpha dan betina alpha. Jantan paling kuat, dan betina paling
fit. Kedua duanya yang paling puncak jasmaninya. Betina lain lain
dalam kawanan tersebut hanya tolong membesarkan anak anak jantan
dengan betina alpha.
Ye,
pembiakan memerlukan stamina, fitness, dan conditioning. Baru
keturunan kurang masalah. Baru senang mengandungnya, kelahirannya,
dan survivabilitinya.
Kambing
kita pun serupa. Fitness kena tinggi. Baru boleh dapat kidding rate
tinggi. Baru dapat prestasi baik pembiakan. Inbreeding hanyalah
faktor kecil yang terlalu ditakuti dan menjadi taboo.
Hmmm...
zaman Nabi Nuh, ketika super banjir melanda, semua haiwan dalam kapal
Nabi Nuh adalah sepasang. Dan mereka semua masih baik membiak
walaupun induk asalnya sepasang sahaja. Masih berketurunan meluas
walau wujud inbreeding.
Kenapa
kita takut sangat inbreeding ye?
Barangkali
dah sampai masanya kita pertimbangkan balik banyak pandangan
konvensional. Bagi aku yang penting, untuk status pembiakan pedaging
cemerlang - pejantan dan induk kena fit dan tahap nutrisi baik. Isu
inbreeding ni jangan dibebankan kepada para penternak kambing
pedaging terutamanya yang baru. Pening kawan tu dibuatnya.
Kandang
kecik aje, tapi habih semua jadi partition banyak sangat petak. Pasal
nak elak kahwin itu kahwin ini. Banyak protokol. Haha kesian kesian..
Kita
mudahkan. Biak itu mudah saja.
Kambing
je pun. Pedaging pula tu.
Salam!
makin jelas sekarang. terima kasih
ReplyDelete