Hujan.
Lebat.
Deras.
Aku
membiarkan tubuhku ditimpa hujan dan kesejukan. Ku mahu mengurangkan
api kemarahan yang sedang marak dalam jiwa. Ku mahu kemarahan itu
reda dan hilang bilamana dicurahi sang hujan. Ku mahu akalku kembali
menguasai diri, menggantikan kemarahan dan emosi.
Aku
seorang pendiam, dan penyendiri, dan aku tenang bila aku diam dan
terasing.
Bilamana
aku berlutut ke tanah memegang tongkat gembala, bilamana hujan deras
membasahi tubuhku, bilamana titisan hujan menggenap ke seluruh
wajahku dan bertaut di dagu, bilamana aku tunduk diam sediam diamnya,
dan bilamana aku bersendirian tanpa ada yang memerhati -
saat
itulah ketenangan menjalar ke seluruh urat sarafku. Padamlah api
kemarahan berganti kekosongan berganti ketenangan berganti syukur
pada Tuhan kerana memberikan aku ruang untuk saat saat sebegitu.
Saat
itulah aku rasa diri aku menjadi yang sebenarnya.
Hening...
Roh...
Kala
sang gembala dipeluk sang hujan.
Itulah
aku...
No comments:
Post a Comment