Dan
kehebatan Sang Pencipta.
____________________________
Finally
some serious responses to my Hypothesis series. Many thanks to all
commentators.
____________________________
Facebook
aku sekarang ni cuma ada 177 likes (dan aku masih tak tahu tahu macam
mana nak 'like' page orang lain), tetapi 106 sedang bercakap
mengenainya.
That
is some healthy number of 60% - for a blog that has not got pictures,
and serious undertone. Just a pure, and frank expression of my
thoughts.
Maknanya
walau sasaran aku sangat terhad, tetapi post aku ada menjana minat
dan membangkitkan diskusi. Jadi terima kasih sekali lagi kepada semua
pembaca.
____________________________
Thanks
to Tuan Es Emdi - who had succinctly, beautifully, and candidly
capture my thought process. He knows how I think. Yes - "I
Believe, then I start searching". It is not - "I Doubt,
therefore I will argue".
And
I believe, firmly, in the Holy Words of God - Kalamullah.
_____________________________
Aku
nak umumkan di sini, sekali lagi, yang aku anti ateis. Aku tidak suka
golongan yang menafikan kewujudan Tuhan. Dan aku juga anti evolusi
atau anti Darwinism. Aku tidak dapat menerima teori evolusi Darwin
yang penuh dengan kecacatan. Aku telah isytihar perang kepada
golongan yang menyebarkan fahaman evolusi.
Aku
percaya kepada kesempurnaan Sang Pencipta.
_____________________________
Sepertiga
AlQuran dipenuhi fakta sains. Dan Alquran meminta kita melihat,
berlumba lumba memburu, tabah menggali, dan merenung sedalam dalamnya
tanda tanda penciptaan Tuhan yang ada pada alam sekeliling kita. Baik
di bumi, dalam bumi, dasar lautan, mahupun ke seluruh langit dan alam
semesta.
AlQuran
juga dipenuhi fakta sejarah. Dan Alquran berulangkali menyuruh kita
berjalan sedaya dayanya pada mukabumi memerhati runtuhan dan
peninggalan tamadun silam agar menjadi pengajaran. Agar kita tahu
siapa lebih hebat, Tuhan atau makhluk ciptaanNya.
Kedua
duanya, sains (tanda tanda penciptaan) dan sejarah (tanda tanda
peninggalan). Gabungan kedua duanya akan lebih menjernihkan pandangan
kita kepada kehebatan dan kekuatan Sang Pencipta. Rasa kagum yang
tidak putus putus.
Dan
aku nampak, AlQuran bukan milik generasi terdahulu, atau milik
generasi sekarang sahaja, atau milik generasi terkemudian daripada
kita sahaja.
Kehebatan
AlQuran adalah untuk milik semua umat Muhammad SAW, daripada dulu,
sekarang, hinggalah kiamat. Inilah sebesar besar mukjizat. Tidak
tertanding dari zaman Adam AS. Mukjizat yang bukan milik seorang Nabi
sahaja, tetapi mukjizat yang dikurniakan menjadi milik seluruh umat
Muhammad SAW, dan boleh menjadi tatapan harian.
Sememangnya
kita adalah umat yang istimewa kerana dianugerahkan sebegitu rupa.
Satu satunya umat yang berkongsi mukjizat dengan Nabinya. Tiada umat
lain yang serupa kita.
Dan
AlQuran bukan milik ulamak, bukan milik wali wali, bukan milik para
ahli tafsir sahaja, tetapi adalah bacaan yang sangat hebat untuk apa
sahaja profesion dan upaya semua umat manusia hatta yang kanak kanak
atau cacat sekali pun. Jurutera, sejarawan, saintis, penternak,
petani, nelayan, doktor dan apa sahaja jenis pekerjaan boleh membaca
AlQuran. Kita semua boleh berterusan memburu dan menggali kehebatan
dan rahsianya, yang tidak akan habis habis sehinggalah Hari Kiamat.
AlQuran
sentiasa segar, dan terbuka untuk tafsiran mana mana generasi. Tanpa
perlu rasa takut, atau gentar untuk meluahkannya. Sekiranya kita
katakan cukup sudah tafsiran umat terdahulu, maknanya kita menafikan
kehebatan AlQuran sebagai suatu gudang ilmu yang infiniti.
Sebagaimana
umat terdahulu tidak dapat menafsirkan air sebagai prasyarat
kehidupan; dan fenomena kosmos terkini yang baru sahaja dijumpai
generasi kita tetapi rupa rupanya sudah lama diungkapkan dalam
AlQuran (contohnya black hole, dan orbit planet planet) - kita juga
tahu banyak lagi rahsia dalam AlQuran yang hanya akan dijumpai oleh
generasi akan datang.
Kita
tak boleh katakan mana mana tafsiran adalah muktamad. Kita tak boleh
rasa selesa dengan tafsiran generasi terdahulu, dan menolak
kemungkinan kewujudan tafsiran baru, kerana keengganan kita
membolehkan golongan anti Tuhan, dan Zionis, mengaut menggali sedalam
dalamnya untuk kepentingan mereka, dan akhirnya mengelirukan kita.
Jangan
gentar dengan tafsiran baru. AlQuran memang sentiasa meminta kita
merenung dan mentafsir hatta sepatah perkataan pun. Semua tafsiran
tafsiran itu akan terkumpul dan membukit memperlihatkan kehebatan
AlQuran sebagai kebenaran kata kata Tuhan yang tiada sebarang
kecacatan.
Tuan
puan pembaca yang beriman kepada Tuhan yang Satu,
Kita
tidak nampak Tuhan kita, kita tidak dengar Tuhan kita, kita tidak
rasa Tuhan kita - tetapi Tuhan beritahu kita, lembut, dalam KalamNya
-
Lihatlah
betapa banyaknya tanda tanda penciptaan dalam alam semesta, dan
lihatlah betapa banyaknya tanda tanda peninggalan umat umat terdahulu
yang tersimpan baik dalam lipatan sejarah,
Burulah,
galilah, renunglah, dan lemaslah sepuas puasnya akan Tanda tanda yang
kita lihat. Jadilah detektif, jadilah pemburu, menurut klu klu dan
jejak jejak yang ditinggalkan; ada masa kita buntu, ada masa kita
salah, ada masa kita balik ke asal;
Tetapi
jangan sesekali putus asa memburu.
AlQuran
mesti terus digali, AlQuran wajib terus diteroka, AlQuran mesti terus
ditafsir. Oleh sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat dan tahap ilmu,
asalkan manusia itu bersyahadah yang Allah Tuhannya yang Satu, dan
Muhammad itu Pesuruhnya.
Keajaiban
AlQuran menanti nanti kita menerokanya, dan keajaiban AlQuran adalah
milik kita semua, umat Muhammad SAW. Pandangan dan tafsiran kita akan
berbeza beza, keseronokan dan kekaguman kita menghayati AlQuran pun
akan berbeza beza. Tetapi itulah sifat ajaib AlQuran - gudang ilmu
manifestasi pengetahuan Allah yang infiniti - sentiasa segar,
sentiasa baru, sentiasa terbuka dengan tafsiran terkini.
Apa
yang pasti kita semua akan terus memburu kehebatan Sang Pencipta,
Tuhan Yang Maha Agung!
Salam
hormat!
well said. abandoment of ijtihad stifled thinking and led to the decline of science & tech in islam.
ReplyDelete