"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, September 3, 2013

FACE OFF WITH THE BEAST AND THE DON

I am burning.

Burning with an almost feral rage.

Mengatakan petani dan penternak memiliki mental dijajah adalah suatu penghinaan. Suatu penghinaan bukan sahaja kepada petani dan penternak, tetapi adalah penghinaan kepada semua rasul rasul allah yang menjadi pembiak dan pengembala kambing.

Penghinaan yang menyalakan api kemarahan dan menyerap ke dalam setiap urat sarafku. Penghinaan yang bakal membingitkan paluan gendang perang ke atas penghina dan konco konconya.
_____________________________________

Ada importers, dimana sebilangan kecil adalah bebas dan waras.

Ada juga apex importers, bilangannya sedikit, dimana semuanya adalah kaki kipas, sangat bergantung kepada kontrak kerajaan.

Dan ada juga The Beast, top of the food chain. Senyap tapi sangat berpengaruh. Menguasai seni mencium punggung ke suatu tahap ekstrem, hinggakan setiap bekas ciuman punggungnya menjadi tattoo kekal, tidak lagi boleh dihilangkan hatta dengan teknologi laser terkini.

Dan aku rate The Beast sebagai kuasa yang sangat destruktif kepada industri ternakan negara. Berterusan membekalkan ternakan substandard dan berpenyakit, tetapi masih mendapat layanan istimewa dari australia, dan perlindungan khas malaysia.

Dari segi layanannya kepada penternak tempatan, The Beast adalah importer dan trader paling kejam paling zalim aku pernah jumpa. The Beast akan membeli kambing tempatan pada harga $90 seekor dan menjual kembali pada harga $700-$800. Kalau boer fullblood, dia akan beli pada harga $100-$200 seekor dan menjualnya kembali pada harga $1300-$3000.

The Beast melayan penternak tempatan sebagai sampah, tetapi merangkak menyembah bila berurusan dengan anjing penyalak penjajah.

Kekejamannya menepati gelaran The Beast.

Dan ada juga apex importer yang aku gelar The Don. Dia akan muncul sebagai The Next Beast. He is being groomed and being fast tracked into it. Kemungkinan sangat tinggi akan menjadi lebih besar, lebih feral, dan lebih kejam daripada The Beast yang ada sekarang. Even more destructive.

The Don adalah sophisticated dan memiliki public persona yang lebih baik daripada The Beast. Tetapi dia sangat berpotensi membunuh lebih ramai penternak terutamanya penternak baru.

And the Don is fond of creating bubbles after bubbles. Always has. He knows perfectly how to make people, gullible people clamoring, and stampeding for his products. But his bubbles, every bubbles always burst. Always. Dan bila pecah, ramai penternak dan pelabur akan bergelimpangan lemas dalam kerugian yang membukit.

The Don is an even more majestic ass kisser than The Beast.

Kombinasi The Beast dan The Don telah pun membawa industri ke tahap paling anemik dalam sejarah. Jujurnya aku rasa zaman kita adalah zaman paling mencabar, zaman paling suram, zaman paling berdarah bagi sang penternak kambing dan lembu. Zaman di mana terlalu banyak peluru peluru tipu daya ditembak tepat ke dada kita, deras menghujani bersimpang siur mengelilingi kita; dan zaman di mana bendera kebenaran dihentak hentak sekeras sekerasnya jauh ke dalam tanah agar tersembunyi kemas kemas.

Akan tetapi ketahuilah wahai The Beast, The Don dan juak juak pencium punggung sekalian, hari hari kamu bersukaria menipu dan menzalimi penternak akan berakhir jua. Kamu tidak akan dapat memperdaya semua penternak pada semua masa. Dan kamu tidak berkuasa ke atas pembiak dan pengembala yang mengikut jalan para anbiya' yang merdeka bebas dari kebergantungan.

Tidak. Kamu tidak sekali sekali akan mampu menghalang bendera kebenaran yang dikibarkan oleh tangan sang pengembala yang menjunjung sunnah rasulnya.

Kitalah golongan pembiak yang menggali gali tanah mencari cari bendera kebenaran yang sekian lama tersembunyi.

Kitalah golongan pembiak yang menegakkan dan menjulang kembali bendera kebenaran setelah sekian lama hilang dari pandangan.

Dan kitalah golongan pembiak, yang akan terus berjuang memastikan bendera kebenaran akan terus berkibar megah di udara.

Kita adalah patriot.

Sejernih jernih patriot.

Into war!!!






1 comment:

  1. Prof

    Boleh tak update statistic pasal ternakan prof kat side bar tu...jumlah kelahiran, jumlah induk etc.ianya jadi inspirasi kpd hamba..tq

    ReplyDelete