"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, December 9, 2014

TAPEWORM TERRORISM

Setahu aku anak kambing umur 2 bulan, yang masih duduk dalam petak beranak, dan tak pernah turun ke bawah untuk meragut - tiada isu kecacingan. Tapi kali ni, aku perhatikan ada anak anak kambing yang kecacingan. Tapeworm infestation.

Selama ini, aku tak pernah bagi ubat cacing pada anak anak pada umur mereka sebegitu. Kali ini aku terpaksa deworm.

Aku pun tak tahu macam mana cacing boleh membiak dalam perut anak kambing. Mungkin semasa mengandung, cacing cacing ikut tali pusat pindah ke janin. Agaknya lah.

Apa pun, cuaca tahun ni memang bukan biasa biasa. Dan cuaca sebegini mungkin juga kondusif untuk populasi cacing utamanya cacing pita meletup letup. Dan mereka sedang seronok mengganas.

Ramai rakan pembiak yang alami keguguran pada kambing kambing mereka ketika ini. Aku juga tidak terlepas. Dan aku suspect, ini semua ada kaitan dengan tapeworm. 

Buntut anak kambing yang ada tanda tanda tapeworm infestation. 


2 comments:

  1. tapeworm tengah berpesta > induk berak > kena kat anak dalam petak.

    mungkin la macam ni caranya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju..cara ini lebih plausible. Tapeworm dh jd mcm kebal dgn alben..masalah ni.

      Delete