"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, December 3, 2014

GAGALKAH AKU?

Suatu ketika dahulu, yang tak berapa lama dahulu, Mardi diberi peruntukan $50 juta untuk program khas pembangunan baka boer. Menggunakan konsep 3 lapis - nukleus, multiplier, komersial. Pembiakan. 

Ladang nukleus yang berpusat di Kluang, Johor dibekalkan induk atau ibu kambing boer sebanyak 1,500 ekor. Kemudian ladang pengganda (multiplier) akan dipilih lebih kurang 13-14 ladang seluruh Malaysia (tetapi yang dapat dalam 7-8 ladang), di mana setiap ladang multiplier akan dibekalkan dengan 250 ekor ibu kambing dari ladang nukleus.

Ladang pengganda dapat 250 ibu kambing secara percuma, atau secara tepatnya skim pawah, dengan syarat setiap ladang pengganda mesti rekrut 5 ladang komersial dimana anak anak betina yang terhasil daripada 250 ibu ini dibekalkan 50 ekor kepada setiap ladang komersial. 

Takrifan ladang komersial ialah ladang kambing yang ada sekurang kurangnya 250 ibu, atau populasi kambing 500 ekor. Dan bagi ladang pengganda, mereka semua bermula dengan kapital juta juta, dan populasi kambing lebih 500 ekor.

Dan ini membawa aku kepada papan tanda di bawah, tatkala aku merenung kembali papan tanda ini, dalam keadaan hujan membasahi bumi di ladang aku, dan aku mendalami apa yang tersurat dan apa yang tersirat pada ayat ayat yang membarisi papan tanda tersebut. 



Ya. Aku dipilih sebagai ladang pengganda boer oleh Mardi. Untuk pengetahuan tuan puan semua, alwigoatfarm adalah ladang yang kecil. Sangat kecil.  Cuma ada induk atau ibu kambing tidak sampai 100 ekor, dan populasi 300 ekor kambing. Dan start up capital aku cuma $10,000. Dan aku bermula dengan 13 ekor ibu kambing.

Aku tak cukup syarat pun untuk capai takrifan ladang komersial, apatah lagi ladang pengganda. Sebenarnya aku tak layak langsung untuk dipilih sebagai ladang pengganda oleh Mardi.

Aku adalah ladang kambing skala kecil. Small scale. Aku adalah seperti kebanyakan penternak penternak kambing yang baru bermula. Modal ciput. Ilmu ciput. Yang ada hanyalah kebodohan yang menjadikan aku berani untuk terjun ke dalam industri. 

Dan... aku bukan bela boer. Yang aku biakkan hanyalah kambing kambing biasa, sedang sedang saiznya, yang tiada wow factor dalam pameran dan pertandingan kambing tetapi berpaksikan darah tempatan. 

Secara teknikalnya, aku gagal sebagai ladang pengganda Mardi. Aku gagal sebelum dipilih. Dan aku masih gagal selepas dipilih. 

Itu apa yang tersurat.

Tetapi yang tersirat membawa makna yang berbeza. Jauh berbeza.

Sepanjang aku biakkan kambing pedaging berpaksikan darah tempatan, dan bersauhkan amalan gembala warisan Habil Alaihissalam - aku telah pun membekalkan lebih 250 ekor kambing betina kepada sekian banyak ladang. Kini aku telah membekalkan hampir 500 ekor kambing betina atau kambing pembiak atau breeder produksi aku sendiri kepada ladang ladang kambing seluruh penjuru bumi bertuah ini. 

Tanpa perlu bergantung kepada kambing boer bantuan 250 ekor sepertimana ladang ladang pengganda sebelum ini. Tidak. Tidak. Aku tidak mendapat keistimewaan atau bantuan kewangan daripada Mardi. Aku masih menggunakan ibu ibu kambing sedia ada.

Tanpa perlu bergantung kepada soft loan, geran atau biasiswa dari Tekun, Teraju, Koridor sana sini, Kementerian Kewangan, atau menggunakan duit rakyat. 

Tanpa perlu bergantung kepada kekafiran. Kekufuran. Kesesatan.

Dan semua ini dicapai dalam keadaan aku masih bergelar penternak kecil. Dalam keadaan aku masih digelar pihak tertentu sebagai penternak 'nothing'. Dalam keadaan aku masih ditanya pihak tertentu apa sumbangan aku kepada industri dan sekuriti makanan negara. Dalam keadaan aku masih digelar pihak tertentu sebagai berdongeng lagi mengarut. 

Semua ini dicapai dengan tidak sampai 100 ibu kambing. Semua ini dicapai dengan bermodalkan $10,000 bukannya juta juta atau puluhan juta. Semua ini dicapai dengan low tech bukannya high tech.

Aku berjaya selesaikan misi pengganda dengan $10,000 berbanding $50 juta yang masih terkial kial menyempurnakan misi mereka.

It's mission accomplished. Quietly. Tanpa perlu bergegak gempita dalam media cetak media sosial media massa. 

Itulah hebatnya bila kita berpaksikan kehebatan kepada darah yang mengalir memenuhi segenap tubuh kita. Itulah hebatnya bila kita bersauhkan kepada amalan gembala yang diwariskan oleh Habil a.s kepada seluruh para rasul dan akhirnya kita. 

Wahai saudara saudara pembiak ku! Hembuskanlah angin keyakinan pengembala ke seluruh gunung ganang dan lembah lembah pada bumi ini! Bisikkanlah keyakinan akan darah sendiri ke dalam hati setiap rakan pembiak!

Bangkitkan semangat percaya akan diri sendiri dan amalan para Rasul Allah! Kita boleh lawan kebergantungan kepada kekafiran! Kita boleh bebaskan diri kita dari kebergantungan kepada kekufuran!

Biarlah suatu hari nanti bergema dari seluruh gunung ganang bukit bukau lembah dan landai akan kata kata keramat "Kita bebas! Kita bebas! Kita bebas akhirnya!"

Agar hari yang kita semua nanti nanti kan akan muncul dimana berduyun duyun umat Islam mempersembahkan yang terbaik dalam Qurban dan Aqiqah mereka kepada Yang Maha Perkasa!

Kita mesti berjuang untuk hari tersebut!

Into freedom!!!!



1 comment: