"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, December 7, 2014

RAKAN PEMBIAK : HAFIZ

Gua Tempurung. Gopeng.

Hafiz ni muda lagi. Syarikatnya Clever Rich Global Trading. Kalau aku tak silap. Baru lagi mulakan operasi kambing. Masa aku datang, baru cecah 2 bulan. 

Sapa sapa yang dah lama bela kambing kawasan berdekatan, akan perasan ladang kambing ni. Tempat lama, orang baru. 

15 ekar. Dulunya ladang kambing yang hebat. Antara ladang kambing yang berani bawak masuk pedigree grade punya kambing baka. High quality commercial grade pun ada, fabulous quality pedigree grade pun ada. 

Sekarang ladang ni 'is just a shadow of its former self'. Terserah kepada pengurusan baru untuk menaikkan kembali reputasi ladang ini. 

Its not going to be easy. Its going to be a lot of hard, butt kicking, painful work.

Ok. Gambar gambar semasa aku disana. Semenjak pengurusan baru diperkenalkan 2-3 tahun lepas, aku dah tak jejak kaki disini. Dan Hafiz adalah sebahagian 'komponen' terbaru pengurusan.

Hafiz dan ayahnya. Mereka berdua pernah melawat ladang aku. Kandang di belakang ialah kandang lama. Asalnya kandang kuarantin. Dah lama betul tak digunakan. Anak beranak repair sendiri kandang ni. Dasat dasat..

Its still work in progress. There's so much to be done. 

Ada saanen untuk susu. Huii ada tv dalam kandang. Pandai juga kambing kambing Hafiz ni melayan drama swasta..

Ada jamna. Nampaknya operasi Hafiz lebih kepada susu. Saanen baka susu. Jamna pun baka susu. Pedaging adalah sikit sikit.



Pejantan jamna. Tinggi. Pipih. Sesuai untuk prduksi susu kawasan tropik. Tak berapa sesuai untuk pedaging. Takde hal. Susu income hari hari. 

Anak anak jamna. Kepala hitam badan putih. Kiut betoi. Haii!!





Pejantan primer. Cantik noo..

For a newbie, he's doing well. Sapa sapa nak kambing, atau susu kambing, atau nak melawat, atau nak jadikan menantu, atau nak jadikan suami - Hafiz boleh dihubungi pada nombor 0175725685.

Terima kasih kepada Hafiz dan ayahnya yang melayan aku dengan begitu baik. Aku doakan usaha ternak beliau semakin maju. 

Tahniah kerana bersama sama menyahut cabaran meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara!

6 comments: