"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, November 26, 2014

VAN BERANAK

Masa aku mula mula bela kambing, aku naik moto aje. Semua kerja buat dengan motor kriss aku tu. Termasuklah bila balik bangi nak jumpa awek sebulan sekali. Dan bila awek tersebut menjadi bini aku, aku sedar kena ada kereta. Senang sikit nak balik kampung dia nun jauh di Jengka, Pahang dan Pengkalan Berangan, Marang, Terengganu. 

Ikutkan jiwa aku yang autistik ni, aku tak nak jalan mana mana. Nak duduk diam bertapa dengan kambing kambing aku. Masalahnya aku dah kahwin. Dan orang yang aku kahwini itu suka sangat berjalan. Langsung terbalik dengan aku. 

Aku kalau boleh hari hari duduk dengan kambing. Bini aku kalau boleh hari hari berjalan. Macam mana nak buat tu?

Jadi aku pun pinjam keta pak aku buat sementara. Nak beli yg baru takdak duit. Semua duit habis kat kambing dan kandang, dan infrastruktur ladang. Kebetulan pak aku ada beli keta lain. Jadi buleh la aku pinjam guna van toyota liteace dia.

Dan dalam banyak banyak kenderaan yang ada (banyaklah sangat!) aku paling melekat paling romantik paling syahdu dengan van toyota ni. 

Bukan sahaja kerana banyak duit keluar untuk repair van 25 tahun ni, tetapi juga disebabkan banyak masa aku habis dok belek belek cuci cuci cermin tingkap van ni. Itu satu.
Lepas tu dah banyak kali kes kambing beranak dalam van ini. Juga banyak kali kes selamatkan kambing yang 'stranded' atau hilang masa gembala. 

Dan yang paling best - dan aku masih ingat saat saat yang cemas itu - 'vivid' (macam baru berlaku semalam) - anak pompuan aku no 2 dilahirkan dalam van ini. Tak sempat sampai hospital atau klinik, dah diberanakkan dalam perjalananan. 

Aku masih ingat jelas saat anak pertama aku menangis takut melihat maknya tumpah darah, dan aku masih ingat jelas saat kepala baby keluar dan tangisan pertamanya, dan aku masih ingat wajah cemas dan sakit isteri aku ketika melahirkan - semuanya dalam keadaan aku dok sibuk kelam kabut driving ke klinik desa yang terdekat. 

Bilik beranak yang ditayangkan secara live kepada aku. Lebih real dari 3D. Tiada doktor. Tiada misi. Tiada instrumen kelahiran. 

Yang ada ialah rahmat Tuhan. Yang ada ialah semangat juang seorang ibu.

Sampai kat klinik, misi cuma potong tali pusat. Ramai orang kampung berkumpul keliling van ni. India, Cina, Melayu. Dan semuanya ucap tahniah kepada aku. Dan banyak juga yang catit no plat van ni (kaki nombor ekorlah). Tapi semua ucapan tahniah tu tak masuk dalam kepala aku, pasal aku dalam keadaan saspen pucat sepucat pucatnya. 

Aku dah biasa tengok kambing beranak. Aku dah biasa sambut kelahiran. Aku dah banyak kali tengok kambing beranak dalam van.

Tetapi aku terketaq ketaq saspen tiada tandingan melihat kelahiran anak kedua.

Apa pun, alhamdulillah semuanya selamat. Anak kedua dan bini dibawa dengan ambulan ke hospital. Toyota juga. Hiace. Tapi bini aku kata, jalan gedegang gedegung. Terhentak hentak melambung lambung dia dalam ambulans. Sakit badan dibuatnya bila dibawa naik ambulan.

Agaknya Toyota Liteace punya suspension lebih lembut dari Toyota Hiace.

Ok. Van ini banyak kenangannya buat aku. Sekarang, van ini ada kat Bangi. Dah tak bawak kambing atau dedak. Misi terbarunya ialah bawak barang barang Giant Bubble Putrajaya. 

Tiada lagi kerja berat untuk dia. Cuma kerja ringan.

Thanks for the memories dear beloved van!


The one you delivered safely has grown bigger (and very picky fashionistas!) o mr van! Thanks for your dedication!

No comments:

Post a Comment