"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Saturday, November 29, 2014

RAKAN PEMBIAK : FAISAL BASRI

Kambing golek + petai = viagra? ... ;) ;)

Semalam Faisal Basri jemput aku datang kenduri kahwin saudara, dan ladang kambing dia di Bagan Datoh. Lebih kurang 80km dari rumah aku. Aku pun ada mood nak bawak anak bini jalan jalan. Jadi aku setuju ajelah jemputan Bro Faisal ni. 

Sebelum pi Bagan Dato, aku singgah Teluk Intan. Pi repair genset yang baru aku beli. Subaru. 2200 watt. Harga $1300. Aku suruh mekanik tu tengok kenapa laju semacam genset ni telan minyak. 

Boleh plak 1 jam lebih 1 liter. Demam aku dibuatnya. Kalau pasang 4 jam, dah lebih 4 liter. Petrol 1 liter = $2.30. Pehh... tak mahu aku budget $10 sehari untuk kos petrel genset. Sebulan $300? Membazir sungguh. Kalau sebulan $200 ke bawah untuk petrol genset - aku boleh terima (tapi tinggi juga kan? aii kehidupan ladang yang remote macam ni lah).

Rupanya timing dia overrev. Ada 'tangan tangan ghaib' dok kacau tuning dia sebelum aku beli ni. Patutlah keras semacam bunyinya. Patutlah telan minyak laju semacam. 

Ok pomen dah tune. Sedap sikit bunyinya. Harapnya lepas ni jimat minyak. Dan aku pikul genset ni pergi balik ke Bagan Dato. 

Dua pasangan sekali kahwin. 

Buleh nampak ka isi signboard love tu? Wedding.. of.. the... year.. mmm patut patut kalau ada 3 ekor kambing golek hehehe

Kenduri ni dekat Kampung Sungai Lanchang. Kandang kambing Bro Faisal depan atau seberang rumah ni.

Pukul 2.30 petang aku sampai pun meriah dengan orang lagi. Biasanya kat kampung, 2.30pm tetamu dah surut.

Aku ambik nasi hujan panas, kulit lembu masak 'x' (aku tak tahu nak panggil apa jenis masakan), dan ulam petai.

Tinggal fosil sahaja

Tapi Bro Faisal ada reserve untuk aku kambing golek, dan buah salak. Thanks!

Comel pula aku tengok tempat basuh tangan. Portable. Siap sinki dan paip bagai.. VIP level.

Ok. Siap makan aku terus ke kandang kambing. Tak jumpa pengantin pun. Pasal aku memang tak kenal pengantin. Dan aku memang nak tengok kambing. 

Bekas kandang lembu. Dulu Bro Faisal ada ternak lembu. Tapi ada masalah pekerja. Terpaksa berenti operasi.

Maknanya Bro Faisal dah biasa menternak. Bukan tak dak experience.

Luas kawasan ragut bro Faisal. Ratus ratus ekar. Kebun kelapa banyak di Bagan Dato. Memang syoklah kambing digembala. (tapi nyamuk banyak kawasan kebun kelapa ni, betul tak?)

Masa aku datang ni, kambing kambing masih dalam keadaan trauma akibat program pelalian JPV. Ada yang demam, sakit kaki. Ubat cacing diberi secara oral. Dan suntikan adalah untuk vaksin HS. Dan darah diambil untuk tapisan penyakit.

Dah dua hari kambing tak lepas. Terpaksa makan tanggung. 

Baguslah JPV datang buat program. Takpalah 'inconvenience' sekejap. Penting tu untuk kesejahteraan ternakan masa depan. Thanks JPV!

Bro Faisal kerja di Port Klang. Forwarding company. Biasa handle kereta impot, motor impot. Dulu dia engineer kat kilang Jepun. Merata rata pergi satu globe untuk handle production facilities. Tapi stress sebab banyak sangat masa habis kat kerja. Sampai kan nak kahwin pun tak boleh. Bos Jepun siap suruh tunda dulu perkahwinan. Buahaha gila orang Jepun. Workaholic sangat. Tu yang tinggi kes bunuh diri kat Jepun. 

Bela kambing juga aman damai. Sihat fizikal sihat mental. Tak gitu?

Its 'airy'. Its 'lighty'.

Bro Faisal guna garam bukit. Bagus garam jilat ni. Seronok aje kambing menjilat.

Si Turbo terlepas keluar. Amboii bukan main mencekik sorang sorang dia aja.

Fresh consignment just arrived



Banyak daun sarang buaya. Kambing Bro Faisal berselera makan daun nih. Tapi kan, kambing aku buat dunno atau slow mo bila dihidangkan daun ni. Apa pasal ha?


Yaaa inilah Bro Faisal Basri dan isterinya. Sapa sapa nak kambing atau melawat ladang beliau boleh contact 0122021560. Blog beliau ialah 'Gembala Kambing' (goatbreeding.blogspot.com)

Terima kasih atas layanan baik beliau kepada aku sekeluarga. Semoga usaha ternaknya semakin berkembang semakin maju. Kita akan bebaskan diri kita dari kebergantungan.

Into freedom!



No comments:

Post a Comment