"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, November 3, 2014

MENDARAT LAGI..

Yang ni bukan semalam. Beberapa minggu sudah. Tapi tak sampai sebulan lagi. Ladang kambing Ridhwan di Seberang Perak. Berhampiran ladang kambing Tuan Johari dan Cikgu Jalil. Tak jauh juga dari RDS Farm (Assalam bro Rizal! Bila hang nak update blog ni?)

Ridhwan dan bininya dulu kerja kat Berita Harian. Wartawan. Sekarang full time bertani dan orang rumahnya buat kuih bahulu. Tak silap aku Ridhwan ni sebaya atau muda sikit dari aku. Dia pernah datang ladang aku. Jadi aku buat kunjungan balas. 

First stop. DIY reban ayam mutiara. Rumah dia hujung kampung. Senang nak buat projek tani.

Ada tanam buluh madu. Dengar cerita $6 sekilo rebungnya ni. 

Kawasan kandang berpagar 3 ekar. Apa yang mengejutkan ialah kos konstruksi kandang dan pagar. Very very very cheap. Tak silap aku (tolong betulkan bro Ridhwan kalau aku salah) $3000 kandang dan $2000 pagar.  

Masa mula mula bela kambing stail makan tanggung. Lepas jumpa aku terus convert makan kat bawah. Makin cantik kambingnya. Nice!




Inilah Ridhwan. Semenjak menjadi penternak, perut semakin kempis dan badan semakin ringan. Tak payah susah susah masuk gym. Tapi kalau dah jadi tokey, naik balik perut tu hahaha..

Masa aku pi ni banyak boer cross ngan feral cross. Tapi baru ni dah masuk kampung cross. 

Ok. Bro Ridhwan kita boleh dihubungi pada 0192658965. Dia ada kambing, ayam, ikan keli, buluh madu, kuih bahulu dan.... ishhh aku pun tak ingat dah. Banyak projek dia nih. 

Semoga usaha tani bro Ridhwan kita semakin maju jaya! 

Into freedom!

5 comments:

  1. Boleh ko ambo nak lawan demo2 ni,semuanya muda2 belaka,kudrat masih banyak.Biar apapun ambo harap Allah sihatkan tubuh badan,kuatkan semangat agar cita2 ambo nak miliki induk sebanyak 40 ekor akan berjaya.

    ReplyDelete
  2. gemukgemukagro.blogspot.comNovember 4, 2014 at 3:19 AM

    Assalamualaikum..terima kasih prof alwi..saya muda 2 thn drp abg....terima kasih sudi dtg ke kandang dan terima kasih byk berkongsi info..kandang tu dlm rm4 k.kayu dan zink.upah rm700..12x24..skrg tgh siapkan kandang 20x40..kos pagar 3 ekar dlm rm8k...termasuk upah..bleh la buat senget sana,senget sini...huhu

    ReplyDelete
  3. Salam...sy skrg tgh clear tanah 2ekar..cadang nk buat lembu dgn kambing. kos pagar paling tak masuk akal..Kos bahan nak bina kandang lagi murah..

    ReplyDelete