"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, November 30, 2014

PELAWAT ALWIGOATFARM AHAD SEMALAM

Ada dua pelawat. Masing masing bawak 'missus' dan 'toddler'. Nice!

Pelawat pertama Hariz Nordin dari Lembah Kaprima Setiu Terengganu. Masuk yang ini, rasanya kali kelima atau keenam dia datang melawat ladang kambing aku. Ishh segan plak rasanya aku tak pernah sampai lagi ladang dia. 

Anak pompuan dia. Humairaa namanya. (Ada lagi nama depan, aku dah lupa. Sorry bro!). Ini adalah apa yang terhasil apabila darah Melayu dicampurkan dengan darah Mahgribi hehe. Kuat lagi genetik arab nya. Macam mana kambing kita buleh kata bapak lagi kuat? 

Ntah la. Observasi aku tak semestinya darah bapak kuat pada anak. Tetapi darah datuk lebih kuat kepada cucu. Generasi ketiga membawa bayangan lebih kuat generasi pertama. Lebih stabil. Jadi program pembakaan kita kena ambik kira hal ini. (Hipotesis aku ja ni. Pengalaman tuan puan mungkin lain pula). 

Ok. Hariz buat masa ni ada 400 ekor kambing. Patutnya dah lebih 500. Tapi tahun ni kambingnya kena kebas 97 ekor. Sayangnya.... aku doakan kepada bro Hariz agar Tuhan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.  

Dalam banyak banyak penternak yang beinteraksi dengan aku, pengalaman bro Hariz bela kambing adalah unik. Aku dan dia sama sama belajar benda baru hasil pertukaran experience. 

Thanks Hariz!


Pelawat kedua ialah Syed Kodiang and Co! Dari Gemuk Gemuk Agro. Penternak baru yang agresif. Papan iklan dah merata rata. Bagus bagus. Jangan ikut aku yang 'lembap' ni. Dah masuk tahun ke 10 - satu tiang iklan pun tak dak. Bisnes card pun tak wujud wujud. (Sapa sapa pandai buat bisnes card?)

Ok. Syed Kodiang baju biru. Yang baju hitam tu Nizam. Sepupu. Partner in business. Ada sorang lagi partner. Kawan sekampung juga kot.

Si kecik tu nama Aryan. (pun aku lupa nama penuh. Sorry bro!) Bakal mewarisi tugas gembala bapaknya.

Hmmm semenjak jadi gembala full time ni, aku perasan bodyfat score Syed Kodiang semakin menurun. Dan aku fikir sekiranya disiplin gembala diteruskan beberapa bulan lagi, kita semua akan nampak transformasi Syed Kodiang kepada all new Syed Kodiang. Buehehe.. baguih baguih. Semua gembala slim slim badan.

Walking is the best exercise!

Aryan test power ngan kambing

Terima kasih semua! Assalamualaikum!





No comments:

Post a Comment