"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, November 9, 2014

OTAI PEMBIAK : SATAR LAJEH

Aku panggil dia otai bukan kerana dia belanja aku makan kari kepala jenahak mahu pun kari bawal angsa, tetapi kerana dia sememangnya layak dipanggil otai kerana sudah 10 tahun membiakkan kambing pedaging. Pure breeder..

Tuan Satar Lajeh. Alhamdulillah bilamana Tuhan berkenan mempertemukan aku dengan beliau. Sama sama berjuang menyahut cabaran meningkatkan pengeluaran daging dalam negara, mempertahankan genetik tempatan, dan berusaha membebaskan diri dan ummah dari kebergantungan.... walaupun dia dan aku berbeza sistem.

Aku dengan gembala, dan beliau dengan breedlot.
__________________________

Somewhere deep in Penang. Sabtu 8 November 2014.

Inilah dia Tuan Satar Lajeh. Umur sekarang 57 tahun. Start bela kambing umur 47. Tahun pertama ada 12 ekor induk (ada persamaan dengan aku), dan dari 12 ekor itulah kambing beranak pinak. Populasi semasa kambing dalam 200 ekoq.

Kambing 200 ekor - dia seorang jaga. Orang pencen buleh jaga kambing 200 ekoq? Amekkaw.... cabaran kepada penternak muda nih. 

Ladang kambing beliau cuma 2 ekar. Rumah tu bukan rumah yang dia duduk. Kandang kambing ada di belakang rumah tersebut.

Keliling kebun ni ialah kawasan semak berpaya.  Basah lenjun. Natural barrier. Kambing tak boleh pergi jauh. Dan beliau gunakan teknik breedlot. Dalam satu satu masa, 70% kambing akan dibenarkan turun meragut dan bermain main sekitar kebun dua ekar nih, manakala 30% lagi (betina bunting) makan tanggung.


Tuan Satar bela kambing dan bebiri sekali sekandang. Cantik kambingnya. Bulat bebirinya. 


Zoom dekat sikit..


Kambing merah sekoq tu tak habih habih syok mengkokak batang pokok. Habih licin kulit pokok dikerjakan. Oiitt cuba hang kokak pula tiang TNB belakang hang tu! Meh bagi aku tengok sapa lagi power!


Amboii bukan main stim hang no! Punyalah khayal mengkokak... pokok ni ada kokain apa, sampai buleh buat hangpa ketagih?


Kandang pertama. Penuh nostalgia. Biasaklah..


Jeng jeng jeng... kandang primary. Omakkk kauu... awat besarnya tiang konkrit? 12in x 12in. Tinggi 8 kaki. Wow.. Built for toughness..

Tapi perasan tak? Kayu diinding habih dikokak kambing. Tutup dengan zink kilang pun, habih zink dikokak. 8 tahun dah umur kandang ni. Memang kayu tak boleh lawan gigi kambing.

Anyway, aku tahu berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, walaupun Tuan Satar tak beritahu, Tuan Satar lebih banyak 'rely' atau bergantung  dedak formula sendiri yang tinggi fiber berbanding rumput napier /foraj. Ini senang punya style breedlot. Sebab tu Tuan Satar boleh sorang sendiri aje jaga kambing 200 ekoq.

Tapikan... dedak high fibre tidak dapat memuaskan nafsu seekor ruminan. Ruminan tetap nak VERY high fibre diet. Haaa... kalau tak dapat cukup very high fibre diet - alamat kayu kandang kita habis dikokak. 


Stor tempat simpan dedak. 


Garam jilat yang sama jenis dengan aku. Jenama ni aku gunakan sebagai primary salt lick buat masa ini. Ada je jenis dan jenama lain yang aku guna sebagai secondary dan tertiary salt licks. Mana boleh brand ni aje monopoli ye tak?

Bila lah nak ada orang Islam yang keluarkan garam jilat ternakan berkualiti tinggi ni? Siap ada bacaan ayat Quran lagi. Macam Air Anugerah. Biar jadi double strength, triple strength. Biaq makin tunduk kambing kambing kepada kita. 


Chopper rumput. 


Mixer dedak.

Ok. Tuan Satar buat sendiri dedak. Dan... aku nampak yang Tuan Satar bukan buat konsentrat, tetapi dedak. Spesifiknya dedak 'hi fibre'. Haa tuan puan kena paham perkataan dan ayat yang aku gunakan dalam blog aku. Dedak lain, konsentrat lain. 

Anyway, yang bagusnya Tuan Satar guna hampas kelapa sebagai basic ingredient. Kat pasar pasar ada banyak kedai perah santan, dan Tuan Satar gunakan sisa/hampas kelapa ini  yang biasanya percuma sebagai ramuan utama. 50%.

Orait. 50% hampas kelapa + x + y + z + a + b + dicalcium phospate. Ramuan lain tidak akan aku dedahkan kerana ianya telah pun dicopyrightkan oleh Tuan Satar. Ramuan ini telah pun digunakan selama 6 tahun. And .... it's ok! Kambingnya cantik, bebiri pun cantik.

Kepada rakan pembiak yang nak tahu lebih lanjut, kenalah berjumpa Tuan Satar sendiri. Tapi ada satu syarat, kita kena membiak. Tuan Satar hanya akan melayan pertanyaan dan permintaan daripada pembiak. Haaa jangan main main dengan Tuan Satar. Dia lagi hardcore lagi keras lagi 'passionate' dari aku.




Ishhh apa yang bebiri dok berebut sakan tuh?


Hmmm what really is that?..


Oh? Kulit ubi kayu rupanya. Tuan Satar biasa gunakan kulit ubi kayu untuk kambing dan bebirinya. Nice!



Laman utama sistem breedlot. Ahhh... nampaknya semua pokok buah disini pakai sut perlindungan. Yeahh suit ironman!


IronMan vs Goats.. and IronMan wins! Hmmm kambing kambing Tuan Satar masuk aje ke dalam hutan banat tu. Keluar dari situ penuh kaki kambing dengan darah dan pacat yang kekenyangan. Sama je macam kambing aku. 




Pandangan belakang kandang


Ok. Kita naik ke kandang dan lihat situasi kambing kambing atas kandang. Yang ni group bunting. Tuan Satar tak lepas. Makan tanggung.


Jamna cross. Boer cross. Kampung cross.  Sebat aje cross apa pun. Peduli apa F1 F2 F3 F4 kalau kita biak pedaging. Tibai je.


Hmmm cara gantung garam jilat yang paling berkesan. Dah tinggal sisa pun masih melekat mantap pada pemegangnya. Jimat garam jilat macam ni. Lepas tu kalau dah jatuh, sisanya Tuan Satar tumbuk dan campur pada makanan. Kelas!




Haii comel! Apa tu dalam palung? Lain macam je?


Ahhhh tempurung kelapa rupanya.. Nampaknya Tuan Satar ada banyak 'access' kepada sisa makanan tinggi fiber. Aku perhatikan kambing dan bebiri tak beria makan ni, tapi ok lah sebagai 'filler'. 

Misteri basikal dalam kandang.. Ada nilai sentimental kot?

Ada baka saanen di sini. Untuk susu. Aku je yang tak dak lagi baka susu sampai la ni. 

First Encounter with.... a Saanen Kind. Ok perhatikan palung makan yang double decker. Palung atas ada. Palung bawah ada. Yang bawah tu untuk anak anak kambing. Jadi takdaklah berebut dengan yang dewasa. Dia buleh makan celah celah kangkang kambing besar. Kreatif!

It's double decker!

Cuba cari pejantan jamna dalam gambar ni. Dialah pejantan primer. Umur dah 8 tahun, dan masih digunakan. Masih mantap masih kaw. Ada ubat special yang digunakan. Kejap lagi aku cerita.


Pejantan jamna yang jadi pejantan primer bagi sesape yang gagal mengenalpasti pejantan dalam gambar sebelum. 

Bebiri. Campur sekandang dengan kambing. 

Boer cross hitam putih bintik kuning. Bakal pejantan masa depan. Aku tanya Tuan Satar ada beza tak kambing bintik dengan tak berbintik. Ada beza katanya.

Kambing bintik lebih tinggi prestasi banding kambing tak bintik, jawabnya.

Maka betullah apa yang aku hipotesis sebelum ini. Kewujudan bintik (spot) menunjukkan darjah ketundukan yang tinggi (higher level of domestication, or deeper level of master-servant relationship). Lebih tunduk, lebih tinggi prestasi. Excellent!

Uh oh! Awat lebat semacam jambul dia ni? 

Tuan Satar bawak aku ke rumah dia untuk minum secawan dua nescafe. Dia tahu aku caffeine dependant. Sebab dia rajin baca blog aku. Habis khatam satu blog. Satu huruf pun tak tinggal katanya. Terima kasih Tuan Satar Lajeh!

Ahh inilah ubat khas kambing yang Tuan Satar gunakan untuk kambing kambingnya. Herba rumusan sendiri. Setiap 6 bulan diberikan kepada pejantan dan induk. Detoxifier effect. Anti batu karang. 

Ada pun herbal remedy ini hanya untuk rakan rakan pembiak sahaja. (Aku kata dah dia ni lagi keras daripada aku). 

Terima kasih kepada Tuan Satar yang menghadiahkan aku sebotol ubat herba ini. Thank you sir!

Oh! Majlis perkahwinan dua anaknya pada bulan 5 yang sudah. 

Arabian theme. Fuiyoo..

Yaaaa!!!! Kambing 36 ekor dikorbankan untuk majlis perkahwinan ini. 30 ekor buat masak berkuah. 6 ekor lagi buat golek. Dasat! Dasat! Memang tepat tema Arab nya. Sume bantai makan kambing. Ayam golek pun ada. 100 ekor. 

36 ekor kambing untuk satu majlis... pehhhh grand sungguh.. minister level punya majlis ni..

Tuan Satar bawak aku lunch di sini.. 

Kari kepala jenahak. Kari bawal angsa. Ikan semua fresh fresh segar bugar. Licin aku kerjakan. Makaseyyyyy Tuan Satar!!!

Lepas makan, aku singgah balik rumah Tuan Satar. Aku terlupa nak ambil gambar oven ciptaannya sendiri. Oven ini untuk masak kambing seekor. Tak yah susah susah golek. Kambing yang dimasak dalam oven adalah lebih sekata masaknya dan lebih lembut dagingnya. Oh yes it is..

Penutup oven.

 Ada observation opening. Senang tengok kambing dah masak ke belum.

Ada batuan khas yang digunakan bersama arang ketika memasak kambing. Volcanic stone. Ada juga ruang untuk blower demi meninggikan pressure ketika memasak. Lebih cepat kambing dimasak.

Bone saw machine. $2000 kalau aku tak silap dengar. Senang potong kambing macam nih..

Oven untuk memasak portion/quarter/half kambing. 

Peti sejuk untuk menyimpan hasil mahsul kambing.

Ok. Aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Tuan Satar Lajeh yang melayan aku dengan sangat baik, dan sudi berkongsi pengalamannya. Banyak lagi ilmunya yang aku tak dapat kongsi disini. 

Dan aku tak boleh publish no phone dia disini, kerana dia sendiri tak mahu. Tak larat nak melayan nanti katanya. Apa pun, rakan rakan pembiak kambing adalah dialu alukan untuk bertemu dengannya. Banyak ilmu yang boleh diturunkannya. Sapa sapa yang berminat samada untuk melawat atau membeli atau apa sahajalah, boleh contact aku untuk 'verification' dan 'authentication'. Apa boleh buat, dia ni jenis 'low key' low profile.

Yaaa sekali lagi terima kasih banyak banyak kepada Tuan Satar Lajeh. Otai pembiak kambing. The breedlot master. Inspirasi kepada kita semua terutamanya yang muda muda.

Into freedom!!!

Bebaskan diri kita dari kebergantungan!












16 comments:

  1. Replies
    1. nanti aku nak terjah juga Man Jadda Wa Jadda. Sebaik baiknya musim durian kuikui..

      Delete
  2. Terbaik.....kena terjah jugak ni!!!(Es Emdi)

    ReplyDelete
  3. ubat khas tu macam menarik. ramuan utama apa lah agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana boleh publish kat sini. kena menuntut 40 hari dengan tuan satar. haha

      Delete
  4. Wow..terbaekkk..sabar nnti leh sampai tahap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga usaha ternak tuan semakin berjaya!

      Delete
  5. Wow!.57 tahun umur,sama dengan ambo,"stil healthy and strong".Tengok gaya nya stail macam ambo,ada MTB dan dulu2nya suka kayuh basikal.Dah cuti berkayuh agaknya.Ambo dok cuti lagi.Huuh,hebat Encik Satar ni,siap ada formula sendiri.Hebat3.Prof, mesej tepon dia kat ambo( 014-8064281).

    ReplyDelete
  6. Prof Alwi, makanan tu rasanya kulit.ari kelapa kot. Ni dikira bahan buangan daripada proses.menjadikan serbuk San tan.

    Mmg ada perusahaan tu di Bagan Datoh. Tapi harga jualannya mengikut kilo

    ReplyDelete
    Replies
    1. kulit ari kelapa? banyak ke penternak sana guna?

      Delete
  7. Dua dua sifu bergabung...mantap ilmu

    ReplyDelete