"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, November 2, 2014

MANA PERGI LEMBU RIBU RIBU?

Cerita 'Feral Shooter' itu hari ialah sedara belah abah aku. Kali ni cerita sedara belah mak aku. Sapa sapa yang tahu identiti dia, harap jangan dedahkan. 

Baik. Masa dok heboh dengan Economic Transformation Programme (ETP), dibawah Entry Point ke 17,..... atau.... god damn whatever entry point it is, kerajaan Malaysia berpendapat daripada dok pening  pening semua projek ternakan mega  dalam Malaysia gagal demi gagal lantas mendatangkan kemaluan demi kemaluan,..

..barangkali lebih baik kita suruh pihak swasta bukak ladang atau beli ladang di Australia. Nanti ladang private ni buleh la eksport ternakan diorang ke Malaysia. Tak payah susah susah kita keluarkan duit, pasalnya memang kita dah takdak duit, semua habih kat NFC dan  mereka mereka yang sewaktu dengannya.

Maka sedara aku ini menjadi antara orang pertama ambil alih sebuah ladang lembu di utara Australia. Operasinya lebih kepada ladang lembu penggemuk, pasalnya bukan luas sangat ladang dia. 800 hektar. Je....

Aku pun tanya kat dia "lembu lembu ni semua jual kat mana bila dah selesai digemukkan?" (kapasiti pengeluaran ladang dia adalah dalam 20,000 - 40,000 ekor lembu hidup setahun).

Dia jawab "Brunei, Indonesia, and Arab countries".

Aku tanya balik. "Malaysia?"

Dia jawab. "Takdak. Harga di Brunei dan negara luar lain adalah lebih menarik. Lebih untung jual kat sana."

Uh oh..... this is not good. Kepada dia oklah. Memang dia buat bisnes. Memang apa pun keputusan dia, akan bergantung pada keputusan kewangan. Mana lagi untung, jual lah kat situ. Aku faham.

Tapi kepada kita...  rugilah. Maknanya kerajaan Malaysia dah salah strategilah guna private investment untuk outsource aktiviti menternak ke luar negara. Takde jaminan yang semua lembu dan kambing akan dihantar balik ke Malaysia. 

Ah payah payah. Tak boleh macam ni. Tak boleh bergantung kepada negara luar. Kita memang kena bangunkan usaha biak kita sendiri. 

Kerajaan Malaysia tak perlu keluarkan modal puluhan juta mahu pun ratusan juta untuk memajukan industri tempatan. Tak perlu pun NFC style, Pondok Tanjung style. Malah tak perlu pun sistem pawah atau pintaf. .Tak payah semua tu. Tak payah keluarkan duit.

Senang je. Berhenti pandang tinggi genetik luar. Berhenti pandang tinggi kepada negara kafir. Berhenti teragak agak, berhenti lah  memandang rendah kepada sunnah gembala para rasul Allah. 

Biarkan industri sendirian tanpa perlu campur tangan dari kerajaan. Sebabnya kepada pembiak berpengalaman, kita nampak dan sangat nampak, kebergantungan kepada kambing dan lembu import SENANTIASA memundurkan industri dan melunturkan semangat yakin diri peserta industri.

Setiap gelombang kambing dan lembu import, tak kisah lah dari mana pun, hanya membunuh kambing kambing dan lembu lembu tempatan dengan gelombang penyakit yang mereka bawa. 

Dah ribuan pembiak yang tumbang akibat bencana ni. Dah elok lembu kambing membiak cantik, sat lagi dapat bantuan pawah, atau terpesona dengan lenggok buntut ternakan import - habih mati lembu kambing tempatan. 

Punah dengan penyakit yang ternakan import bawa. CL lah, brucellosis lah, meliodosis lah, q fever lah, pnemonia lah, haemorrhagic fever lah, sakit kuku dan mulut lah, dan ntah apa apa penyakit lagi lah. 

Lembu dan kambing import ni semuanya 'destructive invaders'. 

Importer untunglah. Diorang je lah yang untung. Yang lain semua habih tergolek. Dek penyakit demi penyakit yang menggagalkan pembiakan. Usaha biak kita senantiasa diracun oleh anasir anasir ini. 

Sebab itu industri kita susah sangat nak capai tahap bebas kebergantungan. Dok dalam zaman Dark Ages lagi. Zaman feudal.

Tapi kalau kita lihat negara negara yang percaya dengan kekuatan genetik sendiri, percaya dengan amalan para rasul Allah (walau pun lidah dan hati mereka tak nak mengaku), dan mempersembahkan korban yang terbaik buat Tuhan mereka (bukannya guna  kambing feral yang tidak memenuhi syarat sah korban dan aqiqah) - elok aje maju industri mereka. Siap buleh eksport lagi ternakan mereka.

Berapa lama kita nak tenggelam dalam penafian?


3 comments:

  1. Selagi ada ruang untuk orang tengah buat untung..atau pegawai berkenaan merasa kickback atau sesuatu projek..maka jangan haraplah benda import mengimport ni nak stop..

    Seperti kartel pengimportan daging beku dari india..it's a 1 billion dollar a year business..sapa berani campur..ibarat minta peluru dimasukkan ke kepala..dan ada di antara mereka yang mendapat sekupang dua bagi setiap kilo atas 'usaha' mereka meluluskan permit in the first place.

    Aku percaya jika kita istiqomah dalam menternak, there will be one day..one period in time..barangan import ni tak mampu lagi diimport oleh negara kita..it could be a turn of event such as global economic downturn..serious disease outbreak..sanctions..natural catastrophe..masa tu semua orang akan scramble untuk mencari cari haiwan untuk makanan di balik semak belukar..di balik pokok sawit..pohon getah..dan sebagainya.

    ReplyDelete
  2. MARI KITA LAWAN KEBODOHAN KITA.

    ReplyDelete
  3. Salam para pembiak kambing. Aku rasa hangpa semua dah msk level mujahidin..berjihad utk meneruskan bekalan makan..terus usaha2 hgpa semua...semoga berada di bawah lindungan Allah - aku yg masih berangan nk jd cam hgpa

    ReplyDelete