"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, November 23, 2014

BASUH PINGGAN WEH!

Aku baru tukar wiper cermin kereta. 

Dan hal penukaran aksesori ini, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan juga kontrak perkahwinan lelaki - perempuan (it's in very very very fine print, and the smallest font possible, so nobody bothers to read it) - membolehkan seorang lelaki membelek belek keretanya, mahu pun tertonggeng tonggeng merenung keretanya, selama 40 hari 40 malam berturut turut.

Dan memang aku buat. Memang aku mematuhi kontrak perlembagaan ini. Kejap kejap keluar rumah, belek belek wiper, dan sibuk cuci cermin kereta. Tak nak bagi wiper yang baru ini berhabuk lantas mengurangkan prestasi pengelapannya. 

Aku jadi macam patung kepala gergasi kat Easter Island yang penuh misteri tu. Sentiasa merenung. Cermin kereta dan wiper blade. 

Dan ketelitian serta keasyikan aku dengan wiper blade baru ini telah menimbulkan ketensenan yang dicompress compress kepada orang rumah aku. Peh berasap asap  macam apple pie baru keluar oven, atau kerang berapi di Pulau Pinang. 

"Abangku sayang, daripada abang sibuk sibuk belek wiper cermin kereta tu, baiklah abang tolong I basuh pinggan. Banyak fadilatnya kepada kerukunan rumahtangga kita."

Adussss.... kena aku sedas. Terus berlubang. Double armored hulls pun tembus. Karam dibuatnya. Macam Prince of Wales kena serangan kamizake pilot Jepun masa perang dunia ke 2.

Weh basuh pinggannnn!!!  Heyhoh!

*Psychologist has found at that when men are given a household work, they automatically produced a grunt, just like shifting a gear in manual. They need some time to change focus, they need some time to engage in a new work. 

Womenfolk should not look at this 'grunt' as a sign of resistance, rather it is a sign of acceptance. We men just need to change gear. 

We are gear nuts!

Aaahhh.., kalaulah merenung pinggan mangkuk dalam sinki mendatangkan kepuasan kepada lelaki....

No comments:

Post a Comment