"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Saturday, November 1, 2014

SIRAATUL BIKAMUN

Aku selalu geli hati ketawa sendirian bilamana kawanan kambing yang digembala sampai masanya untuk melintas titi. Kena pula parit yang nak dilintas penuh dengan air. Aku paling suka tengok anak anak kambing yang comel lote pertama kali ikut gembala teragak agak lagi terketar ketar dengan setiap langkah semasa melintas titi. 

Dia punya ketar.... hahaha. Yang kawan kat belakang bukan main ramai tak sabar sabar tolak dia. Sampai boleh 'kecebur' masuk dalam air jugalah dia yang dok terketar ketar ni. 

Tapi dalam dok gelak gelak pun, aku teringat juga kepada Siraatul Mustaqim di Padang Mahsyar nanti. Sekarang buleh la gelak terguling guling tengok kambing melintas titi sebatang penuh 'ayaq'. Sana nanti, mampuih nak melintas titi cuma lebar sehelai rambut. Pulak tu api menjulang julang menyambar nyambar.  Aduh ya Allah ampunkanlah segala dosa dosaku...

Ok. Gambar gambar aksi aksi kambing nak melintas titi semasa hari kedua aku gembala.  

Arriving at the site of crossing. Kambing tak cukup makan hari ni. Aku nak cepat. Nak solat Jumaat.

The crossing began..

Yang putih tu tak konfiden sebenarnya. Biasa titi tak tenggelam dalam ayaq. Kali ni ayaq banyak sampai tenggelam titi dibuatnya. (Dulu masa aku baru bela kambing, parit ni cantik bersih kawasannya. Selalu aku ajak para tetamu terutamanya sedara mara mandi manda kat parit ni. Best!)


Bungee!! Sekor dah berani terjun, yang lain baru berani.




Terketaq ketaq. Banyak kali tekan brek kecemasan..


Woii cepatlah! Buat apa dok berdiri kat tengah tengah tu?

Anak lebih berani terjun ayaq dari maknya

The Last of the Mohicans..


Well... Kambing tak cukup makan hari ni. Cuma dua jam je. Pasal aku nak pi solat Jumaat. Jadi besok kena lepas awal, dan cari 'port' meragut baik punya..

Assalamualaikum!

4 comments:

  1. kena balik awal ni tak bising ka dia?

    ReplyDelete
  2. Terbaeklah prof...! Teruskan perjuangan dengan senyuman...inshaa Allah.

    ReplyDelete