"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, November 13, 2014

UNCLE DARAH TINGGI

Ada seorang uncle India berumur yang selalu beli kambing jantan daripada aku. Setiap tahun semasa Deepavali. Dia ada penyakit darah tinggi.

Dan dia kata, dia tak alami darah tinggi atau 'blackout' bilamana makan daging kambing keluaran ladang aku. Tak pernah kena serangan darah tinggi, atau rasa lain macam, selagi dia makan daging kambing dari ladang aku. Tak kisah berapa banyak daging pun yang dia telan.

Dan ladang aku tidak mengamalkan fidlot untuk jantan, dan aku bukan main hentam bagi makanan pada kambing kambing.

Bila dia ada cuba cuba daging kambing stail fidlot - terus dia kena darah tinggi. Dan dia tidak lagi berani untuk beli sembarangan kambing untuk dimakan. 

Bagi dia, lebih selamat makan kambing yang dibesarkan dengan capaian kepada matahari, udara segar, exercise, dan pucuk pucuk dedaun. Dia bersedia bayar lebih, janji dia dapat menikmati kesedapan daging kambing tanpa risaukan serangan darah tinggi atau strok. 

Jadi aku nampak, cerita cerita yang darah tinggi tak boleh makan kambing adalah mitos. Sebenarnya boleh makan, tapi pilihlah sumber kambing yang betul. Jangan main order aje. Jangan main beli aje. Jangan hentam keromo. 

Bukan semua kambing dan bebiri adalah sama. Perlukan ilmu dan ketelitian untuk bezakan yang mana baik yang mana buruk. 

Secara teknikalnya, kambing fidlot pun takde masalah risiko darah tinggi jika cara pemakanannya betul. Jadi kepada semua penternak, kita kena upgrade ilmu menternak. Agar kita boleh menghasilkan kambing kambing yang sihat lagi kualiti. 

Customer puas hati. Customer lagi sihat.

Industri semakin tiada tanggapan negatif. Industri semakin makmur.

Into freedom!


3 comments:

  1. Hanya perlu optimize operational cost kita. Pass the savings to the masses supaya daging kambing lebih accessible even to the below average earners. High time to switch red meat source from beef to goat meat.

    ReplyDelete
  2. 1 lagi bila mana manusia sejagat disajikan daging "mutton" especially 'mamak conner' yang disebut kambing..Disitu dah disematkan presepsi daging kambing kurang bagus nanti kena serangan penyakit tur la, ni la,,mcm2 lg.... so apa macam nak stop import karkas ker?? kik..kik..Sapa la kita nak stop kemasukan benda ni..melain kita membiak sendiri kambing tempatan.. insyaallah kejayaan pasti....Amin.

    ReplyDelete
  3. Ana Ada kwn ,ia pening kepala jika seminggu tak makan Kambing!-Sablee

    ReplyDelete