"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, November 20, 2014

TERIMA KASIH SBPI GOPENG!

Baru baru ni, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng ada beli 5 ekor kambing jantan untuk praktikal sembelihan. Baru tak baru, rasa rasanya dalam dua minggu sudah kot. Ishh aku ada masalah memori. Apa pun sedikit gambar semasa kedatangan mereka hari tersebut.



Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Haris dan Cikgu Salman yang menguruskan pembelian kambing. Tahun sudah pun SBPI Gopeng ada beli kambing dengan aku. Terima kasih atas kepercayaan tersebut.

By the way, selepasa itu, aku terima pesanan daripada Cikgu X dari SBPI Gopeng, semasa kursus sembelihan :

"Alhamdulillah, dalam pada masa yang sama ada seekor lamb frozen yang digolek, sementara tunggu siap kambing dilapah. Meraikan geografi PMR tahun lepas dapat 100% A terbaik kebangsaan, berkat saya apply ilmu dari blog prof dalam menundukkan pelajar SBP".

Hmm... tahniah kepada warga SBPI Gopeng atas pencapaian tersebut, dan tahniah kepada Cikgu X. Aku tahu Cikgu X pernah mengembala kambing, dan dia menggunakan sepenuhnya 'insight' yang dia dapat hasil gembala tersebut kepada pelajar pelajarnya. It works!

Kepada semua pengembala kambing seluruh tanah air, semoga kita semua tenggelam dalam keasyikan gembala hari ini!

Terima kasih sekali lagi kepada semua warga Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng!

1 comment:

  1. ustaz salman! ustaz yg ngajar subjek syariah islamiah 06/07. masih setia dgn igop. eh, tersemangat pulak nak komen tetiba sbb nampak ustaz sy masuk blog prof. hehehe.

    ok. turn on balik silent reader mode. :p

    ReplyDelete