SITI JUWARIYAH DALAM KENANGAN
Aku
menangis. Semahu mahunya.
Aku
tenggelam dalam kehibaan. Masih kelemasan.
Aku
telah kehilangan seorang insan yang telah berkhidmat kepadaku selama
5 tahun. Taat dan jujur dalam menjalankan tugasannya. Senantiasa
ceria dalam menjalankan tugasannya. Menjadi sumber keriangan kepada
ahli ahli komuniti alwigoatfarm. Menjadi jiran setia saat aku mula
hidup bersama isteri di ladang yang penuh sepi.
Pemergian
beliau secara mengejut sangat mendukacitakan diriku. Aku merasa
sangat terpukul dengan kehilangannya. Beliau adalah faktor penstabil
di ladangku. Sentiasa rasa bertanggungjawab ke atas kambing kambing
di ladang. Menjaga mereka dengan penuh kasih sayang, melebihi
kasihku.
Aku
benar benar jadi bingung. Setiap kali melihat suaminya, pintu ladang,
kandang kambing, dan kambing kambing yang diuruskannya - aku jadi
hiba, dan tumpah air mataku.
Inilah
kali pertama aku menitiskan air mata di hadapan semua pekerja
pekerjaku. Aku berkongsi kehilangan mereka. Aku merasa derita mereka.
Aku turut sakit bersama mereka.
Aku
berduka dengan pemergiannya. Aku iringi pemergiannya berjumpa Yang
Maha Esa dengan doa dan air mata. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke
atas roh kamu, wahai Siti Juwariyah. Dan semoga kamu bersemadi dengan
penuh ketenangan.
AlFatihah..
Innalillahi wainna ilaihi rajiun
ReplyDeleteSakit apa Alwi. Aku ingat lagi, kaka ni yang bagi kambing makan masa aku ambik kambing tu ya.
Hidup satu perjuangan. Semoga rohnya dikalangan orang orang yang beriman. Amin
trut bersedih.smoga arwah bhgia dsana.
ReplyDeleteal-fatihah
ReplyDeleteterima kasih atas doa dan keprihatinan tuan tuan sekalian
ReplyDeleteal-fatihah, semoga ia diletakkan Allah swt dikalangan orang yang beriman.
ReplyDeleteAl fatihah
ReplyDeleteTazkiah Tuan. ya allah,ampunilah dia dan gantilah bagi kami dengar ganti yang baik
ReplyDeleteTakziah
ReplyDeleteTakziah..semoga rohnya berada dikalangan orang yg beriman..begitulah, yang hidup pasti mati, yang hidup mesti teruskan perjuangan.
ReplyDeleteal-Fatihah
Al-Fatihah..
ReplyDeleteBila sampai masanya, tidak lambat sesaat...tidak cepat sesat.
ReplyDeletePasti kita pun merasa takdir kita.
Kematian itu benar2 menginsafkan kita yg masih hidup...