"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, October 15, 2013

KAMBING BETINA BUNTING BOLEH DISEMBELIH

KAMBING BETINA BUNTING BOLEH DISEMBELIH


Salam aidiladha kepada semua pembiak kambing dalam setiap tujuh lapis alam semesta,

Aku raya korban ni tak boleh pi mana mana. Standby kat ladang. Customer main datang takde tepon tepon. Last minute aje. Ada yang nak beli kambing malam malam. Saspen aku dibuatnya.

Anyway, kali ni cerita sikit isu kambing betina. Banyak penternak dan pelanggan tidak tahu akan hukum sebenar sembelih kambing betina utamanya yang bunting. Berdasarkan firman Tuhan dalam surah Al An'am sebenarnya kambing betina hatta yang bunting sekalipun boleh disembelih untuk dimakan. Boleh dijadikan qurban dan aqiqah.

Perhatikan:

Al An'am 142:

And of the grazing livestock are carriers [of burdens] and those [too] small. Eat of what Allah has provided for you and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy.

Dan di antara binatang-binatang ternak itu, ada yang dijadikan untuk pengangkutan, dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu, dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
______________

Al An'am 143:

[They are] eight mates - of the sheep, two and of the goats, two. Say, "Is it the two males He has forbidden or the two females or that which the wombs of the two females contain? Inform me with knowledge, if you should be truthful."

(Binatang ternak itu) delapan ekor - (empat) pasangan; dari kambing biri-biri dua ekor (sepasang jantan betina), dan dari kambing biasa dua ekor (sepasang jantan betina). Tanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Adakah yang diharamkan Allah itu, dua jantannya atau dua betinanya, atau yang dikandung oleh rahim dua betinanya? Terangkanlah kepadaku dengan berdasarkan ilmu pengetahuan (Syarak dari Allah yang menjadi dalil tentang haramnya), jika betul kamu orang-orang yang benar".
______________________

Aaa sudah terang jelas dalam Alquran yang sebenarnya takde isu haram sembelih kambing betina bunting. Boleh sahaja sembelih. Orang kafir je yang takut takutkan kita agar jangan makan.

Jantan betina takde masalah jadi qurban dan aqiqah. Betina bunting pun boleh jalan. Dijadikan lauk. Takde benda nak takut. Jangan kata haram. Itu dah berlawanan dengan firman Tuhan. Habih pula iman kita nanti.

So tuan puan penternak kambing, ketahuilah sesungguhnya kambing betina bunting pun halal disembelih dijadikan qurban dan aqiqah. Kita kena inform semua customer kita. Bagitahu diorang akan hakikat ini.
_________________________

Hmmm Tuhan kata biri biri dijadikan dua pasang. Kambing pun dua pasang. Maknanya biri biri masa mula tercipta di dunia ada empat ekor - dua jantan dua betina. Kambing pun serupa.

Dan mungkin semua binatang ternak (binatang yang ditundukkan untuk manusia bagi tujuan makanan) dijadikan dua pasang ketika asal kejadian.

Aku dok pikir mungkin kajian genetik yang lebih dalam dapat bertemu fakta menakjubkan ini. Kalau kita tak jumpa, mungkin anak cucu kita akan jumpa sains yang diceritakan dalam Alquran ini.

Yeah benda menarik untuk dikaji ni.

Baka asal kambing ketika kemunculan kali pertama di muka bumi. Macam mana rupanya yek?

Merah? Hitam? Putih? Kecil? Besar? Telinga ke atas?
Dan bagaimana mudahnya ia bermutasi kepada ribuan jenis baka?


Allah Maha Besar!

3 comments:

  1. Salam Tuan

    Kalau janin tu kita boleh makan atau tidak? saya pun tertanya-tanya dari dahulu.

    ReplyDelete
  2. Haiwan yang bunting ketika sembelih dan dilihat ada janinnya, ia boleh dimakan. Tetapi kalau selepas sembelih dan melihat janinnya masih hidup mesti mnyembelih pada janin itu baru boleh dimakan... Allahu'alam bishawab.

    ReplyDelete
  3. Haiwan yang bunting ketika sembelih dan dilihat ada janinnya, ia boleh dimakan. Tetapi kalau selepas sembelih dan melihat janinnya masih hidup mesti mnyembelih pada janin itu baru boleh dimakan... Allahu'alam bishawab.

    ReplyDelete